Ada benarnya apabila melibatkan harta, banyak kes yang berlaku sehingga boleh putus saudara. Harta yang sedikit pun akan menjadi rebutan apatah lagi jika tidak diagihkan dengan cara yang betul sejak dari awal.
Ada pelbagai cara pembahagian harta yang boleh dilakukan di dalam Islam seperti wasiat dan hibah. Atas kesedaran ini, usahawan terkenal Yatie Kamarzaman,40 yang juga merupakan kakak kepada usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri ini telah memilih untuk membuat hibah, mengagihkan harta lebih awal harta anak-anak perempuannya. Ia dilakukan bagi mengelakkan sebarang permasalahan berkaitan tuntutan harta di kemudian hari kelak.
Bergambar kenangan depan Mahkamah Syariah. Risau je masuk dengan @mohamad.zaidi.aziz. Selepas 20 tahun alhamdulillah merasa jejak ke sini tapi atas tujuan hibah harta lah. Bukan atas sebab lain.
Slide belakang tu masa kami di awal kahwin, anak pun baru usia dalam 1-2 thn. Baru habis kerja, ada shooting @sendayu.tinggi_hq yang kami sendiri buat. Kami la photog, Kak Yatie lah mua. Fokus kami untuk bina kerjaya, gain experiences dan knowledge.
Masa ni tak fikir pun ada sesuatu yang boleh diberi pada anak-anak selain menjalankan responsible seadanya, hantar mereka study, beri makan, pakai yang mampu, sampai lah kami berdua own @the_hijab.co & @_theskin.co.
Korang yang ada waris anak perempuan je elok sangat lah tu buah hibah. Tak boleh dicabar tau. Kalau wasiat masih boleh dicabar di court. Even ada lelaki atau perempuan yang ramai pun elok juga lah dah siap-siap agih. Bukan apa, tanah sepasu pun boleh putus hubungan anak beranak. Makan masa bertahun-tahun nak setel. End up jadi harta tak dituntut. Korang tau tak, wang yang tak dituntut je hampir 11.2 billion yang mana majoriti adalah bumiputera.
Untuk makluman, Hibah merupakan pemberian harta sebelum berlaku kematian. Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak. Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau hibah, semua harta si mati yang dinamakan sebagai harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid.
Mesti Baca: “Nak Cantik Itu PILIHAN, Ramai Yang Tak Cantik Walaupun Ada Duit Kepuk-Kepuk,”
Baca Lagi Di Sini:“Tiada Siapa Nak Kahwin Cerai, Takdir Manusia Milik Allah, Orang Baik Tetap Dikenang..” Rozita Ibrahim
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya bab harta ni memang boleh bikin gaduh. Jadi sebaiknya diagihkan dan buat hibah siap-siap.
Sumber: Yatie Kamarzaman
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.