
Kedatangan bulan Ramadan semestinya membuka ruang untuk menambah amal ibadat serta menyantuni golongan yang memerlukan dengan aktiviti bersedekah dan sebagainya.
Sempena kedatangan Ramadan tahun ini, Perfume Paradise dengan kerjasama personaliti media sosial terkenal, Abam Panda, mengambil inisiatif menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda” sebagai usaha memberi kembali kepada masyarakat.
Bertempat di Flat Danau Kota, Jalan Genting Klang, mereka menyumbangkan lebih 300 ekor ayam secara percuma untuk membantu komuniti setempat berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan. Menggunakan konsep first come, first come, first serve tanpa mengira latar belakang, ia memberi manfaat untuk penghuni Flat Danau Kota yang sememangnya bersyukur dengan pemberian tersebut.
Inspirasi & Peranan Perfume Paradise dan Abam Panda
Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, kejayaan syarikat dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk mereka melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan.
“Dengan pencapaian memberangsangkan yang kami capai, ini adalah masa terbaik untuk kami berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya yang turut turun padang mengagihkan ayam untuk penduduk setempat.
View this post on Instagram
Kolaborasi bersama Abam Panda pula hadir setelah menyedari bahawa pemuda ini adalah ikon kepada ramai ketua keluarga yang berusaha keras demi mengubah kehidupan mereka.
Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat membentuk hubungan lebih erat dengan masyarakat dan terus menyokong golongan yang memerlukan.
Abam Panda bukan sahaja menjadi wajah utama program ini, malah beliau juga akan turut serta dalam pengagihan sumbangan di lokasi. Selain itu, beliau juga dalam perancangan untuk terus bersama Perfume Paradise bagi inisiatif CSR yang akan datang.
Perfume Paradise sebelum ini telah terlibat dalam beberapa program CSR, termasuk menerusi program “Kongsi Kasih” terbitan Astro. Malah program tersebut merupakan kesinambungan kerja-kerja amal Perfume Paradise dalam menyantuni golongan yang memerlukan terutamanya ketika umat Islam membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan.

Dengan pelancaran program Kongsi Rezeki Perfume Paradise X Abam Panda, syarikat berharap dapat bukan sahaja membantu komuniti tetapi juga meningkatkan kesedaran jenama di seluruh Malaysia.
Sebagai langkah jangka panjang, Perfume Paradise bercadang untuk menjadikan inisiatif CSR ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi sesuatu yang boleh diadakan secara berkala—sama ada mingguan atau bulanan—bergantung kepada keputusan pengurusan.
Dengan permulaan yang positif ini, Perfume Paradise berharap agar program “Kongsi Rezeki” dapat terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk bersama-sama membantu masyarakat yang memerlukan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI