Agar Suami Mudah, Isteri Buat Sendiri PES BERPANTANG Sebelum Bersalin

Waktu paling sibuk bagi seorang suami, adalah sebaik saja isterinya bersalin, melahirkan cahaya mata mereka berdua. Masa itulah, urusan nak jaga isteri, anak-anak malah urus rumah jatuh ke tangan suami. Jadi, tidaklah isteri uruskan segalanya sendirian.

Isteri ini, Iz Salim sudah berniat awal, mahu menyenangkan tugas suami semasa menjaganya. Sebab itulah, dia siapkan awal-awal PES BERPANTANG untuk kegunaan dalam masakan pantangnya.

Ikut portion yang dikongsikan boleh dapat sebalang lebih, jadi mudahlah suami guna untuk memasak. Jimat masa dan tak perlu siapkan bahan masakan yang renyah.

“Sebelum aku bersalin hari tu.. aku memang cadang nak buat pes pantang sendiri.. sebabnyaaa.. nanti mak aku tak jaga aku lama sangat.

Seminggu je lepas abahnya naik sekolah. Soooo.. aku nak mudahkan urusan abahnya mengurus rumah, anak-anak dan yang penting nya aku la kan.. aku buatkan la pes pantang ni.”

 

IKLAN

 

Bahan-bahan PES BERPANTANG

“Pes ni aku buat simple je, ni bahan-bahan dia,”

15-20 biji bawang bombay (better bawang merah, tapi aku malas, guna bawang beso je senang. Cepat siap)
5-7 labu bawang putih
7 pokok halia (agak-agak beso half tapak tangan ko la)
7-10 ketul kunyit (beso-beso ibu jari kaki)
1 paket serbuk jintan manis
1 paket serbuk jintan putih
1 paket serbuk ketumbar
300 gram serbuk lada hitam (kasar)
Cekur (kalau ada)

IKLAN

Cara Membuat

√  Blend semua segala jenis bawang-bawang, kunyit, halia, cekur.. pastu masuk dalam bekas. Bahan-bahan serbuk gaulkan sebati dulu dalam bekas lain.

√  Lepas tu campurkan dua-dua sebatian tu.. make sure masa blend bawang-bawang tu jangan banyak sangat air.. nanti cair je pes ni.. biar pekat boleh tahan lama.

√  Dah siap boleh masuk dalam botol.. siapp!

IKLAN

Kegunaan : Pes ni boleh masak macam-macam. Nak buat bakar boleh, sup boleh, goreng sayur boleh, stim pun boleh.. nak masak letak garam je.. senang kan? aku suka buat sup.. sedap sikit.. nyumm.. nyumm.

Agar Suami Mudah, Isteri Buat Sendiri PES BERPANTANG Sebelum Bersalin
.

Sup Ikan Guna Homemade Pes Berpantang

Menu hari ni.. sup kerisi dengan homemade pes berpantang.. yang penting serunding halia dengan crunchy garlic ada sekali. Hari ni abahnya buat cair-cair je.. sebab baby baru turun kuning.

Aku prefer sup-sup je masa pantang ni.. senang.. sayur tu kalo tak rajin masak asing.. ko lebur je sekali dalam sup.. tapi make sure kejap jela.. dah nak tutup api baru lebur.

Artikel berkaitan : Ini 25 menu berpantang mudah masak untuk rujukan mak-mak 30-an lepas bersalin

Sumber/Foto : Iz Salim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI