Alangkah beruntungnya, jika tiba hari Jumaat hati dah mula terdetik mahu bersedekah. Dijentikkan keinginan itu kerana Allah sayang dan mahu kita lebih lagi dekat dengan hambaNya.
Sebenarnya, bukan saja bersedekah pada hari Jumaat. Banyak lagi amalan lain yang dicatatkan boleh dilakukan pada hari Jumaat.
Ustaz Khairul Anuar Basri, berkongsi tip amalan hari Jumaat, yang juga penghulu segala hari ini.
Hari ini hari Jumaat kan?
Sekejap saja. Baru lagi rasanya hari Jumaat minggu lepas. Hari ni datang lagi hari Jumaat.
Hari ini saya nak kongsikan satu ilmu yang sangat hebat iaitu; 10 perkara yang elok kita lakukan pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.
Ada beberapa keistimewaan hari Jumaat sebagainya yang disebutkan dalam satu hadith riwayat Ibnu Majah.
So, apa yang elok kita buat pada hari Jumaat?
1. Mendandan rambut, misai dan janggut agar kelihatam kemas.
2. Memotong kuku dan membersihkan kotoran di celahan kuku.
3. Mandi sunat hari Jumaat. Seelok-eloknya sebelum daripada keluar untuk menunaikan solat Jumaat. Tapi kalau tak mampu, bolehlah niatkan ketika mandi di awal pagi.
4. Memakai pakaian yang elok. Maklumlah, hari Jumaat ini kan hari raya mingguan bagi umat Islam. Pakailah pakaian yang elok, sopan dan menutup aurat.
5. Memakai bau-bauan. Ini pun antara sunat yang dituntut dalam Islam sebai memuliakan hari Jumaat.
6. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Ini adalah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT pada hari yang mulia.
7. Memperbanyakkan selawat. Ini pula tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
8. Datang awal ke masjid bagi kaum lelaki. Rebutlah saf yang paling awal dan duduk dengan tenang sambil berniat iktikaf.
9. Perbanyakkan solat sunat. Antaranya solat Dhuha, solat Tahiyyatul Masjid, solat rawatib dan sebagainya.
10. Perbanyakkan sedekah sebagai kesyukuran kita atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.
Itulah antara perkara-perkara baik yang patut kita budayakan pada hari Jumaat.
Semoga hari Jumaat kali ini mendatangkan seribu satu rahmat dan berkat kepada kita, insyaAllah.
#KAB
– Jumaat ke Jumaat adalah penghapus dosa, selagi mana tidak dikerjakan dosa besar –
#SHARE untuk pahala ilmu yang bermanfaat.
MW : Kalau tak dapat buat kesepuluh tu.. dapat satu dua tapi konsisten pun dah cukup baik.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri