Agar-Agar Gula Merah Dibuat Jual, R&D RESEPI Sampai Puas Hati

Share

Agar-Agar Gula Merah antara resipi ‘lejen’ orang dulu-dulu. Sering dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Namun jika tak kena caranya, tak menjadi agar-agar ini. Kena cuba buat berkali-kali untuk dapatkan hasil yang menepati citarasa dan ikut selera.

Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Humie Kalsum Kamaruddin ini sebagai panduan;

Saya kongsikan resepi Agar-Agar Gula Merah. Saya tak pasti dah jual berapa set setakat ni. Alhamdulillah, ramai suka. Rezeki ilmu, hidayah dan kudrat dari Allah SWT.

Hari ni, saya sempat draft resepi dan saya kongsikan disini sebegai memenuhi permintaan beberapa teman dan perkongsian untuk semua. Resepi ni, saya belajar dari laman tik tok, google dan Youtube. Saya satukan dan R&D sampai saya puas hati dan mula buat untuk jualan perniagaan.

Bahan-Bahan :

*1 paket agarx2 tali ( 20gm )
*Gula 3 sudu besar { ikut suka kita)
*Gula Merah : 250gm { ikut suka kita)
*1 liter air
*Gula Melaka seketul ( boleh masukkan gula batu sedikit kalau nak. Humie jarang masukkan)
*Daun pandan (Tak letak, tak pe. Tapi, kalau letak ia lebih wangi & aromanya sedap)
Santan 200ml + air (sukatan dalam kotak santan juga.. 200 ml juga agaknya)
Secubit garam
Telur sebiji ( Grade B)

Cara Membuat:

1.Didihkan air dalam satu periuk dan letak barang-barang yang saya letar tanda * di atas. Masak dalam rice cooker pun boleh.

2.Masa agar-agar tengah mendidih, ambil satu mangkuk. Tuang santan kotak kecil. Lepas tu, dalam kotak yang sama, isi air penuh sukatan dalam kotak. Tuang dalam mangkuk tadi. Letak garam secubit. Sebatikan (Kacau sekejap saja).

3. Apabila agar-agar dah hancur. Perlahankan api dan tuang campuran santan, air, telur dan garam tadi. Kacau perlahan berterusan hingga ia menggelegak dan mula naik buih. Jangan ditinggalkan waktu ni. Kalau buih tu melimpah keluar, rasanya memang agak kurang sikit. Belajar dari kesilapan .

4. Tip Loyang yang kita pakai untuk memudahkan agar-agar keluar. Basahkan sedikit sebelum adunan dituang ke dalamnya.

 


Ni yang mampu Humie terangkan. Sekiranya kelam kabut atau kurang menjadi, maaf.

Hari ni, ada customer request minta masukkan esen vanilla sikit. Pada awalnya takut tapi suami kata rasanya amat berbeza dari sebelum ni dan lebih sedap. Ni pendangan peribadi suami. Kita R&D sampai dapat rasa ikut tekak kita dan keluarga kita. In Syaa Allah. Moga Berjaya.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: Sukatan AGAR-AGAR SIRAP ROS Sedang Elok Kejadiannya, Tak Keras Tak Lembik!

Baca Lagi Di Sini: Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!

Artikel Menarik: TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat agar-agar gula merah yang sedap dan menjadi. Boleh ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Humie Kalsum Kamaruddin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab