Pasangan

Aeril & Wawa Sentiasa Beringat! Sedia Rumah, Wang Simpanan Untuk Masa Depan Anak

Share

Kumpul harta untuk anak-anak!  Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak lokek berbelanja ‘mewah’ dan menghadiahkan dua buah  kondiminium sempena hari lahir dua anak mereka, Soffya dan Fahri sebagai persediaan masa depan mereka.

Menurut Wawa, kediaman berkenaan dibeli hasil daripada perniagaan yang diusahakan bersama suami tersayang. Selain meraikan sambutan hari lahir anak-anak, Wawa turut meraikan kelahiran ‘produk terbarunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set

di Bangi Golf Resort, Selangor baru-baru ini.

“Kami memang sediakan rumah untuk setiap anak-anak. Selain rumah, kami juga membuat simpanan pendidikan dan kecemasan untuk mereka.

“Simpanan dibuat sejak mereka kecil. Contohnya kami membuat tabungan untuk anak sulung kami, dari kecil sampailah umurnya 11 tahun kami tak pernah gagal menyimpan.

“Sedar tak sedar duit simpanan mereka sudah banyak dan silap-silap apabila dewasa, mereka sudah bergelar jutawan,” kata Wawa.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/usik-mengusik-senda-gurau-cipta-bahagia-dalam-rumah-tangga-aeril-zafril-wawa-zainal-1/

https://www.mingguanwanita.my/romantiknya-nota-cinta-aeril-manisnya-cinta-halal-dalam-redhanya-terima-kasih-segalanya-sayang/

Katanya, wang yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan serta kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa. Malah Wawa sering berkongsi tentang pentingnya menabung untuk masa depan . Wawa juga percaya  merancang kewangan dan menabung sejak awal adalah langkah yang bijak untuk memastikan kesejahteraan dan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.

“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah.

“Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set. Sebanyak 100,000 unit diperuntukkan untuk kempen kali ini.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Rosmah Idayu