Kumpul harta untuk anak-anak! Pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak lokek berbelanja ‘mewah’ dan menghadiahkan dua buah kondiminium sempena hari lahir dua anak mereka, Soffya dan Fahri sebagai persediaan masa depan mereka.
Menurut Wawa, kediaman berkenaan dibeli hasil daripada perniagaan yang diusahakan bersama suami tersayang. Selain meraikan sambutan hari lahir anak-anak, Wawa turut meraikan kelahiran ‘produk terbarunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor baru-baru ini.
“Kami memang sediakan rumah untuk setiap anak-anak. Selain rumah, kami juga membuat simpanan pendidikan dan kecemasan untuk mereka.
“Simpanan dibuat sejak mereka kecil. Contohnya kami membuat tabungan untuk anak sulung kami, dari kecil sampailah umurnya 11 tahun kami tak pernah gagal menyimpan.
“Sedar tak sedar duit simpanan mereka sudah banyak dan silap-silap apabila dewasa, mereka sudah bergelar jutawan,” kata Wawa.
Katanya, wang yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan serta kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa. Malah Wawa sering berkongsi tentang pentingnya menabung untuk masa depan . Wawa juga percaya merancang kewangan dan menabung sejak awal adalah langkah yang bijak untuk memastikan kesejahteraan dan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.
“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah.
“Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya, Wawa Mummy Baby Sunscreen Set. Sebanyak 100,000 unit diperuntukkan untuk kempen kali ini.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita gembira dengan para peminatnya di instagram. Kandungannya kini sudah 15 minggu, bermakna dalam trimester kedua. Lebih membahagiakan, dirinya bakal melahirkan bayi perempuan.
Fasha juga berkongsi video suprise mengumumkan jantina anaknya itu kepada suami dan anak-anaknya. Melompat gembira mereka bila dapat tahu akan terima seorang lagi ‘girl’ dalam keluarga kecil mereka.
.
Kongsi Fasha,
It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah #baby2020
Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni , akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat. Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi.
Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.
Alahan Kehamilan Paling Teruk..
Kehamilan di usia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim) 3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat.
Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi.
Fuh! lega. Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah . Syukur tak terhingga..Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah.
Melompat Gembira Suami Dan Anak-anak Dengar Baby ‘Girl’
Video ni kenangan hanya kami ber4, di atas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video daripada @reymokhtar Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni.
Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang.
My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan , Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas daripada saya untuk membantu ibu-ibu lain. Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA.
Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael #iburayfalraysha
Perkahwinan pertama Fasha dikuniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 5 tahun.
Percutian famili Dayana Roza bertukar jadi kemalangan, “nasib sempat tolak Astrid sekuat hati.” Malang tidak berbau. Siapa sangka percutian bersama famili boleh bertukar menjadi satu kemalangan yang tidak pernah dijangka akan berlaku.
Percutian Famili Dayana Roza Bertukar Jadi Kemalangan, “Nasib Sempat Tolak Astrid Sekuat Hati”
Ini yang dilalui oleh pelakon Dayana Roza. Ketika itu, Dayana sedang bercuti bersama keluarganya.
Berikut perkongsian Dayana di laman Instagramnya.
Kejadian pada 6.8.24 , percutian family bertukar jadi kemalangan kecil. Patut lepas dinner nak surprise cake untuk birthday Umi.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Betul orang kata, instinct seorang ibu itu memang kuat. Tengah breakfast D tak sedap hati bila tengok Astrid dengan helper D tengah main kat pantai area slide. Baru makan omelette 3 suap D berlari ke diorang.
Nasib D sempat tolak Astrid sekuat hati D bila tengok orang kat atas slide dah tak ada. Tapi nasib D tak baik lelaki tu turun ngam-ngam kena kepala D. Tak sure kena kaki ke siku ke apa sebab D menghadap astrid lepas tolak dan nak ke arah dia. Lepas kena D blackout jap. Impact sangat kuat, so kepala D koyak, darah meleleh non stop dan macam rasa nak tidur tapi D lawan.
Masa mak D tengah buat first aid D start muntah-muntah tangan kebas, dalam hati D non stop rasa syukur bukan Astrid yang kena, kalau tak tak tau jadi apa. Pastu kitorang naik boat pergi ke darat terus ke hospital Mersing, dah xray semua doktor kata kena transfer hospital untuk buat ct scan.
Nurse tanya ada insurance tak, D kata ada so dia suruh call kpj kluang ( paling dekat ) untuk ambulance datang ambik. Sampai je kpj kluang terus diorang xray lagi, ct scan, bagi pain killer dan kena minor surgery sebab doctor kata tak boleh jahit biasa sebab skin hilang dan nampak skull.
Alhamdulillah tak ada apa serious. Semalam dah balik sempat singgah melaka makan-makan dengan kepala berbalut. Tourist China tengok D pelik je last-last beli topi la cover nasib la kat tepi kepala kalau parut jahit ini kat tengah dahi boleh berlakon watak Harry Porter la pasni.
Di sini juga D nak ucapkan ribuan terima kasih kat doctors, nurses bahagian kecemasan Hospital Mersing & KPJ Kluang di atas tindakan yang pantas dan layanan baik, tq driver ambulance KPJ kluang dgn driving skill yang sangat hebat, TQ Doctor Saravanan (surgeon) sebab jahit cantik-cantik, doctor bius dan team dalam bilik OT kpj kluang, management kpj kluang dan nurses di orchid ward atas bantuan dan layanan yang baik.
Dan yang paling penting tq to AIA cover semua medical cost termasuk ambulance sekali, bila jadi benda-benda mcm ni baru rasa “nasib bayar medical card” so siapa nak tanya pasal insurance jangan malu-malu dm kita sementara tengah MC ni banyak masa nak reply.
Perkongsian Dayana dibanjiri komen warga maya yang terkejut dan bersimpati dengan keadaan yang menimpa pelakon itu. Rakan-rakan artis juga turut meninggalkan jejak komen.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wan Sharmila selesa kunci mulut. Sejak kebelakangan ini bertebaran gosip tentang hubungan pelakon cantik itu dengan Shuib Sepahtu.
Terbaru Wan Sharmila menepis untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai status hubungannya dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu.
Wan Sharmila Selesa Kunci Mulut
Sebelum ini telah bertebaran khabar angin Wan Sharmila mungkin sedang mengenali Shuib termasuk keluarganya.
Malah menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin memaparkan Wan Sharmila menghabiskan masa bersantai dengan anak perempuan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra.
Seperti mana yang dipetik menerusi Utusan Online, Wan Sharmila tidak mahu memberi ulasan lanjut tentang hal tersebut.
“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa.
“Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.
“Takut Salah, Lebih Baik Jangan Cakap Apa-Apa”
“Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak.
“Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,” ungkapnya.
Seperti yang difahamkan, Wan Sharmila juga merupakan salah seorang pengguna tudung jenama Loveta yang diusahakan oleh arwah Siti Sarah semasa hayatnya.
“Saya pakai tudung arwah itu sebab tudung dia sangat selesa.
“Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah.
“Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.
“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,” ungkap Wan Sharmila yang terkenal dengan sikapnya yang cukup merendah diri.
Mingguan Wanita: Semoga Wan Sharmila cepat bertemu dengan pasangan yang serasi dan sesuai dengan dirinya sebagai peneman hidup.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...