Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
Ready to menjala.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak & Tembikai, Sedap ‘Bak Hang’ Dicicah Kuah Serawa
MW: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Sumber: Siti Noorbaya Othman