ADUN didakwa perlekeh menu rahmah, tuang air oren supaya menu “ada rasa”. Bagi orang susah, menu rahmah RM5 yang diperkenalkan pihak kerajaan baru ini adalah satu rezeki.Dengan menu lengkap seperti adanya ayam atau ikan, sayur dan sebagainya, menu rahmah disambut baik oleh masyarakat di tengah kemelut ekonomi hari.Namun hari tular apabila satu rakaman video yang memaparkan seorang individu dipercayai Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat didakwa memperlekehkan satu hidangan dipercayai Menu Rahmah yang dibeli tular di media sosial pada Khamis.
ADUN Didakwa Perlekeh Menu Rahmah
Memetik laporan Sinar Harian, berdasarkan video itu, Hanafiah dilihat menjamah hidangan tersebut sambil merungut tentang sayur yang sedikit dan tiada kuah.
“Ikan seekor, sayur, kuah tiada pula…ini kuah dia (sambil menuang air oren ke dalam nasi). Barulah rasa nasi,” katanya dalam video tersebut.
Video berdurasi 18 saat yang tersebar ketika ini turut menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggap, walaupun cuba memperlekehkan Menu Rahmah namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu sebenarnya telah menghina rezeki.
Tuang Air Oren Supaya Menu “Ada Rasa”
Bagaimanapun, video asal yang dipercayai dimuat naik dalam akaun TikTok pemimpin itu sudah dipadamkan.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan Hanafiah juga gagal apabila dia tidak menjawab panggilan.
Ads
Menu Rahmah merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan memerlukan untuk membeli makanan seimbang pada harga RM5 ke bawah.
Sebanyak 1,142 pengusaha makanan di seluruh negara kini berdaftar bagi menawarkan Menu Rahmah di premis mereka tidak termasuk restoran makanan segera.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Ads
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Dulu pandai, lepas kahwin jadi surirumah.’ Jangan perlekehkan, kita tak tahu jalan hidup orang, apa yang dilaluinya selama ini.
Sesunguhnya jangan memandang rendah hidup orang lain, dulu pandai sekarang jaga anak atau dulu cantik sekarang gemuk. Pasti setiap mereka ada alasan sendiri. Tidak perlu kita memandang rendah.
Jangan menghukum orang tanpa usul periksa, pasti setiap jalan hidup orang dengan kita tak akan sama. Hiduplah membumi tanpa memandang serong pada orang.
Dulu Pandai
Kongsi Syahirah Omar, “Waktu memandu tadi sempat dengar DJ (deejay) radio bercakap mengenai topik “dulu lain, sekarang lain”.
Entah kenapa saya rasa kurang senang dengan topik ni. Kerana perbincangan mereka lebih negatif dari positif.
Jadi salah seorang Dj ni pun ceritalah, waktu sekolah dulu ada kawan sekolah dia cantik betul. Memang antara yang cantik lah.
Baru-baru ini Dj tadi singgah stesen minyak. Waktu nak bayar, staff di kaunter tu tegurlah Dj tadi sebab kenal. Jadi Dj ni terkedu lah sebab nama macam kenal, tapi kenapa rupa sudah lain. Badan dah berisi, kerja pun di stesen minyak katanya.
Kemudian salah seorang Dj lagi pun turut kongsi dengan pendengar pengalaman beliau. Waktu sekolah dulu ada ketua pengawas pandai sangat. Tapi bila jumpa baru-baru ni Dj tadi tanyalah kerja apa.
Dj tu pun cakap kawan dia yang dia sangka mungkin jadi CEO rupanya cuma eksekutif biasa.
Saya sabar lagi.
Kemudian ada pemanggil pertama telefon.
Pemanggil tu pun cerita.
Dulu waktu sekolah dia tak pandai. Orang yang pandai ejek, result teruk boleh kerja tukang cuci saja.
Dia pun cakap bila dia jumpa orang yang ejek tadi, tak kerja pun sekarang surirumah saja. Yelah sebab anak ramai katanya.
Jangan Perlekehkan
Dia bangga sekarang jadi jadi cikgu.
Saya terus matikan radio. Saya rasa tak patut betul topik begini dibincangkan ke arah negatif.
Kita takkan pernah tahu apa orang lain lalui. Setiap dari kita ujian lansung tak sama.
Kalau dulu orang tu cantik, sekarang dia gemuk mungkin dia sebenarnya seorang ibu yang baru saja melahirkan dan masih menyusukan anak.
Kita Tak Tahu
Kalau dulu kawan tu pandai, tapi sekarang bekerja sebagai eksekutif bukan satu masalah pun sebenarnya. Asalkan dia bekerja untuk teruskan kehidupan dia. Sepanjang lama tak berjumpa entah apa yang berlaku pada dia kita pun tak pernah ambil tahu.
Hari ini anda mungkin seorang guru. Kawan anda cuma surirumah bagi anda. Tapi pernah tak terfikir yang dia dapat uruskan suami dan anak-anak dengan lebih baik? Pernah terfikir tak berapa bayaran untuk daycare kalau bilangan anak yang ramai?
Dan jika kerja tukang cuci sekalipun itu lebih baik asalkan halal dan tidak menghina orang lain.
Jalan Hidup Orang
Hari ini kita mungkin ada segalanya. Rupa paras , kekayaan, kemasyuran dan pekerjaan yang baik. Sedangkan semuanya pinjaman Allah saja. Bila-bila masa Allah boleh tarik semuanya.
Biarlah kita sentiasa membumi.
Kerana orang yang sombong ni umpama dia sedang berdiri di atas gunung. Dia melihat orang di bawah sangat kecil. Sedangkan orang di bawah juga melihatnya kecil.
Saya harap stesen radio pilihlah topik yang lebih membina, dan perbincangan yang tidak memperlekehkan orang lain.
Mingguan Wanita : Apa pun kita hari ini janganlah terlalu membangga diri dan jangan sesekali memandang rendah pada orang lain yang berubah dahulu dan sekarang. Hidup adalah pilihan masing-masing, bersangka baiklah.
Kerana cinta, seeorang lelaki yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan wanita berusia 28 tahun. Malah, sebelum ini isteri yang dikahwini itu pernah menjadi kakak iparnya.
Dikatakan lelaki berusia 90 tahun yang bernama Paduai berasal dari Kolak Utara, Sulawesi Tenggara viral di media sosial kerana berkahwin dengan wanita, Shintia, berusia 28 tahun yang mungkin boleh dianggap sebaya anaknya.
Rupa-rupanya, Shintia ini adalah kakak kandung pada bekas isterinya bernama Shinta, 25 tahun yang pernah dinikahi pada tahun 2018.
Menurut bekas isterinya, Shinta, perkahwinan dengan Paduai pada tahun 2018 hanya bertahan 3 bulan saja. Dia langsung tidak mengetahui bagaimana kakaknya berhubungan dengan Paduai dan agak terkejut bila mendapat perkhabaran perkahwinan itu.
Perkahwinan Paduai dengan Shintia berlangsung baru-baru ini dan pasangan ini tinggal bersama di Desa Puumbolo, Kecamatan Wawo, Kolaka Utara.
Shinta juga mengakui turut bahagia dengan pernikahan bekas suami bersama kakak nya. Dia turut mendoakan yang buat mereka berdua.
Alasan perkahwinan antara Paduai dan Shintia ini adalah atas dasar kerana cinta dan hubungan mereka juga turut direstui oleh anak-anak Paduai.
Mingguan Wanita : Jarak usia 62 tahun bukan penghalang cinta. Moga berbahagia.
Si comel Muhammad Furqan Dzulkarnain Muhamad Firdausi, 5 ini anak istimewa. Sakitnya kronik sampai ibunya terpaksa rayu bantuan untuk membeli mesin oksigen dan pendakap lutut untuknya.
Sebabnya, ibu dan ayahnya benar-benar tidak mampu. Ibunya, Siti Asmahul Husnah Maarof, 24 cuma seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya pula hanya seorang pekerja kedai makan dengan pendapatan yang tidak seberapa.
Allah menguji keluarga ini dengan dihadirkan seorang anak comel yang mengalami Autism Spectrum Disorders (ASD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD). Sejak umur dua tahun Furqan sudah menghidap penyakit ini.
Furqan juga dikesan ‘Global Development Delay’ diikuti masalah sendi dan tulang kaki kiri selain menghidap jangkitan kuman khusus pada salur darah utama.
“Sebab itu, anak saya sangat memerlukan mesin oksigen dan pendakap kaki. Tapi saya tidak cukup wang untuk membelinya.”
“Saya mohon bantuan Baitulmal. Kata pihak Baitulmal, mereka boleh biaya tapi separuh saja daripada kos peralatan yang mahu dibeli.”
Rayu Bantuan Beli Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut
Kerana ketidakcukupan wang, ibu ini kentalkan jiwa minta bantuan orang ramai. Keluarga ini sememangnya benar-benar tidak mampu untuk membeli peralatan perubatan yang Furqan perlukan.
Mahu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) ini saja pun mereka perlu berulang turun naik bas. Selalunya jika ada temu janji dengan pihak hospital berangkatlah dua beranak ini naik bas.
“Saya tak ada kenderaan sendiri. Terpaksalah naik bas ekspres dari Mersing jam 7.15 pagi. Dalam jam 10 baru sampai. Biasanya saya berhenti dekat pusat membeli belah di Tebrau sambung jalan kaki dengan anak ke HSI.
“Balik dari hospital pun macam itulah juga. Kena ambil bas ekspress untuk balik ke Mersing.”
Bila Kesempitan, Cuma Beri Anak Minum Susu Pekat Manis
Bila dah berjalan jauh dan terdedah sebegitu, tentulah ianya tak bagus untuk Furqan. Lagi-lagi, anak istimewanya itu mudah diserang jangkitan kuman dan boleh melarat terkena lelah.
Sepatutnya dalam usia nak masuk pra-sekolah ini, Furqan dah boleh ke sekolah. “Saya dah tanya banyak pusat asuhan, tapi tak ada yang sanggup ambil anak saya. Dia masih pakai lampin pakai buang. Dia juga agak agresif bimbang tak mampu kendalikan Furqan.”
“Itu pun saya minta tolong untuk tampung kos tambang pergi Johor (Bahru). Saya juga sudah mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi ia dalam proses.
“Suami buntu. Kos untuk anak lebih dari kemampuan suami saya. Di mana mahu membeli susu dan lampin pakai buang lagi. Bila tiba kesempitan wang, saya akan beri anak minum susu pekat manis. Anak pula dia tidak boleh terima nasi, cuma boleh makan biskut dan roti sahaja.”
Sayunya kisah Furqan ini, jika anda mahu menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke :
No. akaun : 6-8805730-10 Siti Asmahul Husnah Binti Maarof Public Bank Facebook : Husna Daus
Update Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut
“Untuk mesin oksigen, saya tidak berapa pasti berapa harganya. Manakala pendakap kaki, saya diminta untuk cari di farmasi. Bagaimanapun, semua farmasi di Mersing tidak menjual peralatan ini.”
Sumber/Foto : Sinar Harian, Husna Daus
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!