Adriana Sudah 4 Tahun, Nedim Gembira Bayi Hidap Ekzema Kritikal Yang Pernah Dibantu Mula Sekolah

Share

Adriana sudah 4 tahun, Nedim gembira bayi hidap ekzema kritikal yang pernah dibantu mula bersekolah. Nedim Nazri berkongsi keterujaannya apabila anak kecil yang bernama Adriana yang pernah dibantu kini sudah menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Suami kepada pelakon cantik, Nora Danish itu pernah menampung kos rawatan Adriana yang ketika bayi menghidap ekzema kritikal.

Adriana Sudah 4 Tahun

Perkongsiannya menerusi sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya menyentuh perasaan pengikutnya.

Malah Nedim juga menyatakan sejak menghulurkan bantuan hubungan mereka bersama keluarga bayi tersebut bertambah akrab dan masing-masing saling berhubung.

Begitu pantas masa berlalu, Nedim juga melahirkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui Adriana kini sudah pun memulakan sesi persekolahannya.

“This is Adriana now.

“Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.

“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya.

“Semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” tulis Nedim.

 

Mula Bersekolah

Sering menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan anak kecil itu bersama keluarga tersayang.

“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school.

“Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudah kan untuk Adriana sekeluarga,” luah Nedim.

Nedim dan Nora yang juga terkenal sebagai pasangan romantik dan serasi sebelum ini telah mendirikan rumahtangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz.

Menarik Lagi : Sekali Lagi Nora Danish Khatam Al-Quran, 9 Malam Terakhir Ramadan

Nora Danish Dedah Punca Bersalin Awal Secara Pembedahan Akibat Ketumbuhan 2 Fibroid Merbahaya

“Terima Kasih Kerana Sudi Membantu”

Menerusi ruangan komen ramai pengikut yang mengucapkan terima kasih kepada Nedim kerana sudi membantu adik Adriana.

 Sumber / Sumber Foto : Instagram Nedim Nazri

Mingguan Wanita : Semoga Allah membalas kebaikan buat pasangan ini. 

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Published by
Norhayati Suboh