ADMIN – Murid Perempuan 9 Tahun, Maut Digilis Treler Ketika Balik Sekolah

Share

Sungguh ajal, maut itu ketentuan tuhan. Sesi persekolahan 2023 yang baru memasuki hari ketiga, mencatat kisah duka, tragis kemalangan maut melibatkan murid sekolah.

Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.

Treler Langgar Motorsikal

Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Mesti Baca:[VIDEO] Tengah Berbincang Cara Mengelak Kemalangan, Ibu Dua Anak Terkejut SUV Dirempuh Treler
Baca Lagi Di Sini:Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Artikel Menarik:Gaji Lumayan RM5,000 Sebulan, Usia 25 Tahun Nekad Jadi PEMANDU TRELER 36 Tan!

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Alfatihah.

Sumber: Sinar Harian

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Zikri