Berita

Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”

Share

Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.

Namun dek kerana tidak ada lagi persefahaman ikatan yang dibina atas nama cinta terpaksa dileraikan. Walau pahit ditelan namuan terpaksalah menerima hakikat.

Itulah yang dialami oleh usahawan terkenal Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red apabila dua isteri memfailkan perceraian serentak. Akui usahawan itu dirinya cuba mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.

Malah dirinya turut akui kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.

Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, sebagai ketua keluarga dirinya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya.

“Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.

“Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.

“Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.

“Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?” ungkap Datuk Red.

Baru-baru ini Datuk Red telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira.

Namun poses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Sebagai manusia biasa, Datuk Red akaui dirinya lali namun sudah memohon kemaafan kepada dua orang isterinya.

“Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.

“Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga,” sambungnya.

Pada masa yang sama Peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.

Sumber : Berita Harian

 

Published by
Norhayati Suboh