
Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Namun dek kerana tidak ada lagi persefahaman ikatan yang dibina atas nama cinta terpaksa dileraikan. Walau pahit ditelan namuan terpaksalah menerima hakikat.
Itulah yang dialami oleh usahawan terkenal Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red apabila dua isteri memfailkan perceraian serentak. Akui usahawan itu dirinya cuba mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.
Malah dirinya turut akui kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, sebagai ketua keluarga dirinya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya.
“Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.
“Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.
“Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.
“Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?” ungkap Datuk Red.
Baru-baru ini Datuk Red telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira.
Namun poses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga
Sebagai manusia biasa, Datuk Red akaui dirinya lali namun sudah memohon kemaafan kepada dua orang isterinya.
“Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.
“Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga,” sambungnya.
Pada masa yang sama Peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.
Sumber : Berita Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jodoh Lelaki Muda Beza Usia 37 Tahun, Wanita Akui Ramai Bertanya “Ini Anak Ke”

Isi Kandungan
ToggleJodoh lelaki muda beza usia 37 tahun, wanita akui masih ramai bertanya “itu anak ke”. Saat memilih pasangan, ramai melihat beza usia 3-5 tahun adalah normal kerana masing-masing masih muda. Kalau memilih pasangan beza usia 10 tahun, akan ada mulut yang bertanya kerana perbezaan usia akan nampak sedikit ketara.
Namun jika berjodoh dengan pasangan berbeza 37 tahun tambah lagi jika isteri yang lebih tua dari suami, pasti pertanyaan orang lagi melebih-lebih kerana masyarakat seakan tidak dapat menerima hakikat ini wanita berusia bertemu jodoh lelaki muda. Seakan terlupa takdir jodoh telah ditulis di luh mahfuz lagi.
Jodoh Lelaki Muda Beza Usia 37 Tahun
Satu perkongsian dari Norlida Mohamed Salleh, 61 mengenai suaminya, Muhammad Sabree Razaman, 24 atau dipanggilnya Abie yang dikahwininya tahun lepas menerima maklum balas luar biasa apabila video mereka ditonton lebih sejuta orang.
Ramai seakan tidak mempercayai hubungan suami isterinya ini kerana perbezaan usia mereka sangat jauh iaitu 37 tahun. Ramai bertanya “ini anak ke”, “betul ke ini suami” dan lain-lain pertanyaan diajukan selepas video berkenaan viral di Tik Tok mereka @BidadariAbie1.
@bidadariabie1kami bahgia dgn cara sendiri,doa kn kami yg baik2..
Mahu orang ramai tenang-tenang saja, Norlida akui sudah tertulis jodohnya dengan orang muda dan dia tiada upaya menolak ketentuan Allah. Malahan mereka sangat bahagia melayari alam rumahtangga walau berbeza usia yang sangat ketara dan mengharapkan jodoh ini hingga ke akhir hayat keduanya.
Wanita Akui Ramai Bertanya “Ini Anak Ke”
Norlida yang sebelum ini merupakan ibu tunggal anak enam mengakui anak sulungnya berusia 43 tahun malah suaminya itu, Abie adalah paling muda kerana anak bongsunya berusia lebih dari itu.
Mahu orang ramai tenang-tenang saja dan tidak berdengki dengan jodoh diaturkan Allah ini, akui Norlida dia sangat bahagia dengan kehidupan dilaluinya. Jika ramai beranggapan dirinya kaya hingga menjadi pilihan suaminya, kata Norlida dia hanya bekerja di kedai makan sahaja.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Jangan Anggap Kahwin Muda Jodoh Tak Panjang..” ‘Terciduk’ Umur Bapa 16 Tahun Dalam Surat Beranak
Kenal Di Tik Tok, Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang
Guru Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Murid Sendiri, Suami 10 Tahun Lebih Muda

Mengakui ini perkahwinan ketiga yang paling membahagiakan, kata Norlida, “Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.
Apa pun, percayalah pada jodoh ditentukan kerana manusia tiada upaya menolaknya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aliff Syukri Minta Tip Kurangkan Bil Elektrik Lebih RM8000, Ini Jawapan Netizen

Isi Kandungan
ToggleDalam instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi bil elektrik di rumahnya yang mencecah sehingga RM8142.90.
Dengan caption, “Macam makin naik je bil umah saya. Ada cara tak nak kurangkan bil elektrik rumah.. bulan ni kena berjimat skit guna api kat rumah.”
Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang membandingkan jumlah bil itu bersesuaianlah dengan keperluan rumah agam, Aliff Syukri Palace miliknya.
Bagaimanapun, MW tertarik dengan beberapa cadangan bernas yang dikongsikan netizen dalam ruangan komen status berkenaan. Kerana ada sebahagian tip yang dikongsi ini juga berguna untuk mak-mak buat langkah penjimatan elektrik di kediaman sendiri.
Ini Tip Jimat Bil Elektrik Cadangan Daripada Netizen
Kawal Penggunaan Aircond
- Jangan pasang aircond full blast. Letak setting yang ada simbol waterdrop tu then letak suhu 23-25 saja. Dia akan kawal suhu bilik.
- Dah pasang aircond tutup pintu bilik dan pintu toilet. Jadi bilik cepat sejuk dan aircond tak perlu ‘kerja keras’ nak sejukkan ruang.
- Set timer aircond. Pasang semasa tidur untuk katakan 4 jam saja. Pasang kipas. Bila bilik dah sejuk, pasang kipas pun dah cukup.
- Waktu siang buka tingkap dan sliding door, biar natural air dan pasang kipas.
- Kalau tak ada orang di satu-satu ruang tutup lah lampu. Tak perlu terang benderang satu rumah. Nak terang benderang satu rumah mungkin semasa ada acara di rumah.
- Untuk penggunaan harian kita berjimat. Buat macam ni, insyaAllah dapat lah berkurang bil.
- Nak lagi drastik. Jangan Pasang aircond langsung sebulan. Memang ketara. Kalau sanggup boleh lah. @widyashoppe
- Aircond kena set dry, jangan set cool fan. Memang banyak makan elektrik. @imransolo
- Pasang aircond waktu tidur saja @syaz_nasam
Cabut Plug Barang Elektrik Yang Tak Nak Diguna
- Kena cabut plug kalau barang elektrik tu tak nak diguna. Contohnya tak nak pakai kipas, bukan switch off je tapi cabut plug tu juga. Memang boleh jimat banyak @akikotakuza
- Ye. Saya dah amalkan 5 ke 6 bulan (cabut plug barang elektrik yang tak guna). Walau pakai aircond kat bilik, bil RM30 paling banyak. @syeeraa_razali
- Barang-barang elektrik yang pakai plug dan tak guna elektrik 24 jam (guna sekejap) wajib cabut plug tu tau. Dah nak guna balik baru pasang semula. Macam plug TV pun sama. Peti sejuk yang besar pun malam-malam sebelum tidur boleh cabut. Pagi pasang balik. Tak cair pun barang-barang dalam tu sebab dah cukup beku.
- Even macam rumit nak cabut dan pasang balik tapi memang berbaloi. Rumah saya dah try, banyak gak jimat bulan-bulan. Memang berbeza dari yang dulu. Kalau tak percaya, try dulu. Tengok beza tak bulan akan datang dan bulan lepas punya. @lopa.cosmetics.hq
Gunakan Lampu Solar
- Pakai solar panel. Pakai lektrik sendiri free. Kalau ada lebih masuk ke grid nasional. Dapat income lagi, tanya TNB boss. Ini promo TNB few years back. Kalau salah jangan kecam saya ye. @mamalac365
- Rumah besar patut pakai sistem solar lebih jimat @na_here_babyshop
- Gunakan solar pada waktu malam. @norhazirahmohdnordin
- Pasang solar NEM Dato. Bil elektrik dah tak perlu bayar lagi dan boleh potong cukai hasil. @afandi_saidin
- Mahalnya bil lektri rumah Dato. Dato juga lampu solar lah senang. Pasang solar kat rumah nanti semua cas pakai tenaga matahari. Dan tak payah bayar bil dah. Tapi kena beli lah alat solar tu. Pasang kat rumah. Letrik pakai sikit je dah lah. Banyakkan pakai solar. @hitahintan
- Boleh install solar panel kat atas rumah. Few years akan dapat return. Elektrik yang dijana boleh guna sendiri. Nak jual ke TNB pun boleh. @aiqa_chan
Pasang Lampu Censor Boleh On Off Sendiri
- Pasang lah censor kat semua tempat dalam rumah Dato tu. So dia auto off kalau tak ada orang. Dan pakai lah LED light. Jimat. @wmhelmie
- Sila guna ADT alarm boleh control lampu rumah guna phone dan boleh tukar warna lampu guna apps ADT interactive dan akan boleh control aircond. Tak kisah di luar negara ke.. outstation atau di office. Janji phone ada internet boleh control alarm, lampu dan aircond di rumah. Boleh jimat sikit. @dazlan92
- Lampu rumah pasang censor. Bila jalan baru on sendiri. Bila takde orang dalam seminit, boleh off sendiri. @adamlisha3
Tak Perlu Guna Water Heater
- Kalau tiada orang dalam rumah bilik tutup aircon dan lampu buka bila perlu je. Water heater tak perlu guna sebab cuaca tengah panas sekarang. Penapis air pun sama. Buka bila nak guna je pastu tutup. @hudamn24
- Kurangkan penggunaan heater. @azan016
Awas! Ini Untuk Yang Guna Penapis Air
- On off penapis air lagi banyak bil. Saya tulis berdasarkan pengalaman. Macam peti sejuk jugak. Tak boleh on off. Untuk sejuk dan panas semula pakai tenaga elektrik yang banyak. @awinalya207
- Mungkin sebab rumah ada aircond banyak. Dan lagi satu kalau ada guna penapis air; Coway ke Cuckoo ke. Rumah saya pernah juga bil tinggi. Selalunya tak sampai pun RM200 sebulan. Bila guna penapis air in 24 jam tu yang naik. Tapi bila tak guna kami tutup. Sekarang dah kurang jadi RM140 je. @suziyana76
Perhatikan Pump Kolam Ikan Koi
- Tengok pump koi fish pond. Kalau watt tinggi, mungkin boleh fikir cara nak stopkan ikut kesesuaian masa. Saya ada dua koi pond jugak. So that’s the first thing untuk check! @suthanm
Set Economy Setting Untuk Sesetengah Barangan Elektrik
Selepas pakai barang-barang elektrik, pastikan soket dicabut. Jangan biar soket menyangkut walaupun suis off. Cadangan, pakai auto/timer soket. Set economy setting bagi sesetengah barang yang berkaitan. @oneal94
Tukar Kepada Lampu LED
- Kurangkan penggunaan aircond sepanjang hari. Tutup mana-mana barangan atau alatak elektrik yang tak guna dan tukar lampu pada LED. InsyaAllah jimat.
- Macam rumah saya, lampu MR DIY je. Ada tulis kat kotak tu 30 Watt. Tapi boleh sampai 100 Watt sebenarnya. Jimat tu.. @tg_atie
Sediakan Jadual Kegunaan Elektrik
- Buat satu jadual dan senaraikan kegunaan elektrik harian. Lepas tu check, penggunaan elektrik yang penting part mana contoh untuk ruangan dapur misalnya. Guna tenaga elektrik untuk yang penting sahaja. @azharsafar97
- Kurangkan penggunaan. Hari tu pun ada case jugak, suspect ada leaking arus elektrik. Bila panggil pakar rupa-rupanya penggunaan tu membuat bil melambung naik. @tieraasrin
Penyedut Haba Elektrik Pun Boleh Jadi Penyebab
- Rumah teres saya pun naik tiga ratus. Mana taknya, caj handphone tiap kali bateri handphone habis, kipas 24 jam pasang (lebih-lebih lagi musim panas), gosok baju pun dua minggu sekali dan masak guna penyedut haba elektrik.
- Boleh je nak jimat. Aircond tu jangan lah pasang di siang hari. Waktu malam masa nak tidur je. Pastu guna lah time yang boleh tutup sendiri. Barulah boleh sampai RM5K pun dah ok. @sitirahayuosman5006
Bukan DS Aliff Syukri Je, Netizen Pun Rasai Kenaikan Bil Elektrik
√ Bukan kata rumah Dato je sekarang. Sejak tukar meter baru, semua rumah bil naik. Yang saya dengar termasuk rumah saya. Tapi yang lain saya tak tahu lah. @dakwawa_abdjalil
√ Bil lektrik rumah saya bulan lepas pun sama. Naiknya mendadak. @princessfarah88
√ Memang tarif elektrik naik Dato. Bukan Dato je terkesan. Kami yang smekin ni pun merasainya. @norizanrabit
√ Umakaihh Dato.. bil rumah saya bulan ni naik RM200, tapi terpaksa ansur-ansur seratus dulu Dato oii.. poning den tengok bil. @ika_norchiey
√ Memang elektrik naik since bulan lepas. @siri_mariam_yaacob
√ Tau tak pe.. la ni air pun sama juga. Dah 2 bulan ni air dari 40 ringgit sebulan terus naik seratus lebih. Ramai yang merungut kenapa bil api dan air mendadak tetiba. Rumah kampung je. @lk_fresh_shida

√ Saya punya bil api pun naik Dato. Lepas tukau smart meter mendadak naik. Selalu bawah bawah RM130. Tapi dah 2 bulan pakai smart meter teruk. Bulan pertama RM187. Bulan kedua RM200. Ni bil bulan depan nak tengok macam mana. Dah report TNB pun tak guna. Dia cakap cuaca panas. Jadi penggunaan aircond jadi kuat. Apa kena mengena elektrik dengan cuaca. @merah_inai
√ Betul saya perasan bil air kat rumah naik tak tau kenapa. Bil api lambat bayar kena denda pulak. @zetyzuhairah
√ Memang ramai complain cakap bil TNB naik. Ramai dah buat aduan. @adibahnorfarah
√ Bil sekarang memang pun naik. Rumah tak ada aircond pun mencecah RM300. Ni kes km batu 3 Temerloh Pahang. Tak tau masalah dekat mana. Rumah kecil, aircond tak ada tapi bil 1 bulan boleh sampai RM300. @ynnyqaseh
MW : Haa.. jangan main-main dengan kos sara hidup sekarang ini. Memang kalau dikira satu persatu boleh buat sakit kepala. Kenapalah semua benda semakin naik.
Sumber/Foto : aliffsyukriterlajaklaris
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilahirkan Tanpa Sebarang Komplikasi, Bayi Berusia 18 Hari Positif Covid-19

Isi Kandungan
ToggleMelahirkan anak dalam keadaan sekarang bukanlah sesuatu yang mudah bagi mak-mak yang mengandung.
Sudahlah menanggung teruja ingin memeluk dan mengulit si kecil yang baru sahaja dilahirkan, namun segalanya terhenti apabila bayi yang baru berusia 18 hari dijangkiti Covid-19. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Secara tak langsung, bayi ini menjadi individu termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini. Sebenarnya bayi ini dilahirkan tanpa sebarang komplikasi namun setelah 18 hari anak ini positif pula.
Bayi 18 Hari Jadi Individu Termuda
Bayi berusia 18 hari menjadi individu termuda di Malaysia dijangkiti Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan wujud jangkitan Covid-19 daripada ibu mengandung kepada bayinya selepas proses kelahiran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif wabak itu ketika berusia 18 hari.
Menurutnya, proses kelahiran bayi berkenaan bagaimanapun berjalan lancar.
“Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran,” katanya.
Faktor Serangan Strok
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, terdapat tiga faktor serangan strok dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya membabitkan usia muda.
“Terdapat tiga faktor serangkai yang menyebabkan pembekuan darah di saluran darah berlaku. Apabila virus masuk ke dalam darah ia akan menyebabkan tiga faktor aliran darah terjejas,” katanya.
Katanya, apabila ada inflamasi (keradangan) darah akan menjadi pekat dan mudah membeku.
“Virus menyerang dinding saluran darah dan menyebabkan luka sebelum proses thrombus (saluran darah tersumbat) berlaku,” katanya.
Tambahanya, individu yang mempunyai penyakit obesiti atau dirawat di hospital yang tiada pergerakan tertentu juga menyebabkan pengaliran darah lambat.

“Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di kepala, strok boleh berlaku dan jika saluran darah tersumbat di jantung akan berlaku serangan jantung,” katanya.
Faktor Negara Diisytiharkan Darurat
Sementara itu, Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan tiga faktor untuk sesebuah negara mengisytiharkan darurat akibat pandemik Covid-19.
“Faktor pertama apabila banyak kematian berlaku, kedua jangkitan dengan mudah dan cepat serta terakhir ekonomi.
“Di Malaysia, kita ada tiga faktor ini di peringkat awal iaitu pertengahan April apabila kes naik mendadak,” katanya.
Katanya, negara kini dalam fasa pemulihan dan berharap sektor ekonomi juga dapat berfungsi seperti biasa tetapi mengikut syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.
Sumber: Harian Metro
MW: MW mendoakan bayi dan ibunya kembali sihat dan terhindar daripada kesakitan. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan maknya tika ini setelah mengetahui anak yang baru melihat dunia positif Covid-19.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI