Adilla Idris Jalani Kuarantin Positif Covid 19, “Jangan Panik, Tenangkan Fikiran & Reda KetentuanNya”

Share

Adilla Idris telah berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Menurut Adilla yang pernah mendapat jolokan ‘Ratu Keroncong Malaysia’ dan merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza Musim Pertama, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin Covid-19 Sungai Buloh pada 23 Disember.

Adilla Idris Jalani Kuarantin, “Doakan Saya Cepat Sembuh”

Menerusi laman sosial Facebook, penyanyi yang juga kakak ipar kepada Raja Azura, dia mendapat jangkitan dari seorang rakan.

“Good morning all…. Alhamdulilah hari ni dua hari sudah berada di pusat kuarantin Covid19 Sungai buloh.
“Saya di sahkan positif selepas mendapat jangkitan dari seorang kawan. Saya tak ada apa-apa simptom pun cuma selsema dan sesekali batuk.


“Alhamdulilah famili semuanya sihat dan negative.
“Doakan saya cepat sembuh ya kawan-karan.
“Buat kawan-kawan kalau pergi swab test dan disahkan positif, jangan panik ya. Bertenang dan rehatkan diri. Sebenarnya kat sini kita kena berehat and reda atas ketentuannya. InsyaAllah everything will be fine,” tulis Adilla.
Sentiasa berkongsi keadaannya terkini.

Baca Disini Juga: 

Jangan PANIK Bila Ada Kes Positif COVID-19 Di Taman Perumahan Sendiri

‘Apalah Dosa Orang Kena Covid Ni’ Susahnya.. Hamil 37 Minggu, Disahkan Positif

Bebas Covid-19 Alif Satar Bersyukur, Dapat Peluk Isteri Dan Anak-anak

“Menangis Bagai Nak Rak Masa Mula-Mula Tahu Positif”

Adilla yang terkenal dengan sikapnya yang ceria juga memberitahu dirinya berada dalam keadaan yang baik dan bersyukur kerana kakitangan hospital sangat baik dan banyak membantu.

Isteri kepada Tengku Ngah Putra Tengku Ahmad Tajudin dan ibu kepada empat cahaya mata ini turut menyatakan ketika mengetahui dirinya positif Covid-19 dia berasa cukup sedih dan di fikiran berlegar pelbagai masalah yang mendatang.

“Alhamdulilah dah masuk hari keenam kat sini, sedap sikit rasa badan. Hospital ni semua ada. Kalau ada masalah cepat-cepat nurse dan doktor akan bantu. Bertahun tak masuk hospital. Last dulu masa bersalinkan princess, 13 tahun dulu dah lamanya.

“Apapun pada semua kawan-kawan jika anda didapati positif jangan sedih sangat. Saya pun nangis bagai nak rak masa diberitahu positif.

“Dalam fikiran macam-macam fikir.But whatever it is just think for yourself first. You must be strong then only you can survived everything insyaAllah. Family first, Apapun cuma beritahu pada keluarga. Mereka akan memahami.

Seorang yang ceria dan tetap berdandan walaupun berada di dalam wad.

Akui Mampu Lalui Cabaran Ini

“Untuk orang luar memang akan pandang negatif tapi kita mampu lalui cabaran ini. Just ignore them. This is the time we will know whose our true friends.

“Pada saya alhamdulilah I have a lot of lovely and kind friends who not only love but care for me and my family. Terima kasih buat anda semua.

“Will keep posting insyaAllah. Just to let you know I’m fighting hard but still maintaining my cuteness everyday,” tulis Adilla yang masih ditahan di Pusat Kuarantin Hospital Sungai Buloh.

MW: Kami mendoakan agar Adilla cepat sembuh dan sentiasa kuat.

Sumber/Sumber Foto: Facebook Adilla Idris

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh