Adik temui ajal di tangan kakak, gara-gara berebut tempat duduk balik dari sekolah. Tiada siapa menyangka pertengkaran sesama adik beradik kedudukan tempat duduk di dalam kereta berakhir dengan kematian.
Lebih menyayat hati, bermula dari pertengkaran di dalam kereta, emosi marah itu terbawa ke rumah hingga terjadinya pembunuhan.
Dalam satu kejadian di di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh petang tadi, akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang sekolah hingga timbul perselisihan faham, seorang remaja perempuan menikam adik lelakinya hingga maut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gaduh Adik Beradik Sampai ‘Left Grup’, Bermasam Muka, Bila Susah, Kembali Pada Keluarga Juga!
Gaduh Berebut Tiup Kek Birthday, Dua Beradik Dijemput Tiup 500 Lilin Sepuas Hati
Dengki Bila Menantu Jaga Mentua Dengan Baik, Adik Beradik Sanggup SIHIR Supaya Bercerai Berai!
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.
“Suspek ditahan dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahan reman.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.