Adik temui ajal di tangan kakak, gara-gara berebut tempat duduk balik dari sekolah. Tiada siapa menyangka pertengkaran sesama adik beradik kedudukan tempat duduk di dalam kereta berakhir dengan kematian.
Lebih menyayat hati, bermula dari pertengkaran di dalam kereta, emosi marah itu terbawa ke rumah hingga terjadinya pembunuhan.
Adik Temui Ajal Di Tangan Kakak
Dalam satu kejadian di di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh petang tadi, akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang sekolah hingga timbul perselisihan faham, seorang remaja perempuan menikam adik lelakinya hingga maut.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Ads
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.
“Suspek ditahan dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahan reman.
Ads
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Membesarkan anak-anak memang memerlukan kos yang banyak. Zaman sekarang ni
mak ayah perlulah bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak yang baru lahir.Anak-anak perlukan simpanan demi masa depan mereka baik untuk kegunaan pendidikan dan sebagainya.
Salah satu peluang yang mak ayah perlu rebut ialah daftarkan anak yang lahir pada 2018 dalam akaun ADAM 50 dan automatik layak mendapat simpanan pelaburan RM200 dalam ASNB. Caranya cukup mudah, hanya perlu daftar dan buka akaun ADAM 50 tanpa perlu masukkan duit sesen pun.
Tapi atas sambutan yang kurang menggalakkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pengumuman bahawa program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) ditamatkan pada 31 Disember lepas.
DIRANCANG HINGGA TAHUN 2022, TAPI KURANG SAMBUTAN
Bagi yang belum tahu, ADAM50 adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB mulai 2018 untuk semua bayi warganegara Malaysia dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Nilai RM200 ini adalah pelaburan awal dan ia akan kekal di dalam dana hinggalah anak-anak mencecah usia 18 tahun sebelum ia boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Ia telah disasar untuk ditawarkan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, namun dikatakan kurang mendapat sambutan. Berdasarkan maklum balas, hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar. Atas sebab itu, ia akan ditamatkan pada akhir tahun 2018 ini.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN HINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2019.
REBUT PELUANG DAFTAR CEPAT, ADA MASA LAGI!
Jadi bagi yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Masih ada masa untuk mak ayah mendapatkan tabungan dana RM200 tersebut untuk anak.
Boleh rujuk di artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini untuk penerangan langkahnya.
Bersyukur apabila menerima keputusan negatif, penyanyi yang terkenal dengan lagu Canggung, Wany Hasrita turut berkongsi berita gembira apabila pembantu peribadinya Nur Nur Anisah turut mendapat keputusan calitan Covid-19 yang sama.
Malah dia juga mampu tersenyum lega, kebanyakan artis dan krew terlibat dengan Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang membuat ujian calitan di Pusat Perubatan Management & Science University (MSUMC), Shah Alam turut mendapat keputusan negatif.
Keputusan Negatif, Semuanya Dipermudahkan
Selepas mendapat perkhabaran Alif Satar Positif Covid-19 dan episod ketiga SFMM35 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lalu ditunda.
Seperti mana dipetik menerusi portal Xtra, Wany yang juga bekas penuntut MSU turut memberitahu dia bersama Nur Anisah menghubungi pensyarahnya untuk mendapatkan bantuan dan maklumat terkini.
“Selepas mendapat perkhabaran terbabit pada Ahad, saya menghubungi pensyarah saya. Dia yang membantu untuk ‘set-up’ ujian calitan serta menghubungkan kami dengan doktor di MSUMC.
“Selain itu, pembantu peribadi saya, Nur Anisah banyak membantu saya dan semua yang hadir ke MSUMC untuk menjalani ujian calitan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Wany.
Keputusan Negatif, 69 Orang Yang Hadir Ujian Calitan
Difahamkan juga, kesemua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan disahkan negatif.
“Sebenarnya, agak sensitif untuk saya jawab tapi ini apa yang saya dapat daripada doktor yang memeriksa kami pada Ahad, semua 69 orang yang hadir membuat ujian calitan di MSUMC disahkan negatif. Tapi, semuanya harus berhati-hati,” sambungnya lagi
Keputusan calitan pertama masih terlalu, malah Wany juga menasihati mereka yang menjadi kontak rapat haruslah menjalani kuarantin dan menjalankan ujian calitan yang kedua.
“Masih terlalu awal, semuanya boleh terjadi dan langkah berjaga-jaga haruslah sentisa diambil.
“Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan dan semuanya akan terus kekal negatif, Insya-Allah,” luah Wany.
Kes liwat di tahfiz, Norsuraya dedah lebih ramai ibu DM anak jadi mangsa ustaz lepas kisah diviralkan. Pendedahan seorang ibu, Nor Suraya Mohamad Nor dua hari lalu yang berani bersuara bagi pihak anaknya, Aidil yang diliwat Ustaz hampir setiap malam tempatnya belajar di tahfiz di utara tanah air rupanya membuka lebih banyak kisah kelam institusi pendidikan agama.
Ini kerana selepas dirinya menuntut keadilan kerana kes anaknya sudah lebih dua tahun berlaku tetapi perbicaraan asyik bertangguh sampai hari ini sedangkan individu bertopengkan manusia ini masih bebas memberi ceramah saban minggu di negeri utara tanpa ada rasa berdosa di atas perbuatannya.
Kes Liwat Di Tahfiz
Susulan eksklusif Mingguan Wanita membuat panggilan telefon bersamanya dua hari lalu untuk mengetahui penderitaan dilalui dan keadilan yang mahu dituntutnya di mana dalam video berkenaan Nor Suraya memaklumkan, anaknya hampir tidak percaya pada agama dan mencari ajaran Kristian kerana terlalu tertekan selepas diliwat.
Dirinya mengakui dia ibu yang tegas, sering memujuk anaknya untuk kekal belajar sehinggalah rakan anaknya membongkarkan anaknya itu diliwat hampir setiap malam oleh guru agama tersebut. Kini Suraya memaklumkan anaknya belajar di tingkatan 5 sebuah sekolah biasa dan bakal menduduki SPM tahun ini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz”.
Tidak sama sekali menyangka selepas menviralkan kes keadilan anaknya, pagi ini Nor Suraya memberi mesej kepada MW dan memaklumkan bahawa lebih ramai ibu yang berkongsi anak mereka diliwat ustaz dan sehingga kini kes anak mereka masih didiamkan.
“Sekarang ini rupa-rupanya ramai lagi mangsa. Banyak ibu-ibu yang PM saya. Cerita sebab malu aib. Kalau maca mini sampai bila-bila kes liwat terhadap pelajar tak berhenti”, tulisnya sambil membuat emoji marah.
Norsuraya Dedah Lebih Ramai Ibu DM Anak Jadi Mangsa Ustaz Lepas Kisah Diviralkan
Dalam pada itu, Nor Suraya memaklumkan ada lebih tiga ibu bercerita anak mereka juga menjadi mangsa liwat di tahfiz.
“Ada lebih tiga kes ibu DM saya lepas kes ini diviralkan. Ia memang sangat menakutkan kerana institusi tahfiz dianggap suci oleh banyak pihak tetapi di dalamnya juga menyimpan cerita hitam begini.
“Ada anak remaja yang diliwat lebih 4 kali, ada kena 9 kali oleh Ustaz-ustaz ini. Jelas menakutkan kerana di tahfiz perbuatan keji ini berlaku tetapi tiada pembelaan terjadi pada anak-anak ini. Ada sudah kena lama tapi anak baru berkongsi selepas kes anak saya didedahkan,” katanya yang menyertakan bukti-bukti ibu-ibu ini DM secara personal selepas dia mendedahkan hal ini.
Kata Nor Suraya, banyak anak-anak yang diliwat mendiamkan diri sebaliknya ia hanya dibongkar oleh kawan mereka sebelum hal ini diketahui oleh ibu bapa.
Mahukan keadilan buat anak-anak teraniaya begini, kata Nor Suraya, pihak berkuasa harus bertindak seadilnya agar masa depan anak-anak yang diliwat ini mendapat pembelaan.
Ternyata dari pendedahannya, sisi kelam dalam pusat tahfiz harus “diterangi” setelusnya oleh pihak berkuasa agar anak-anak ini tidak menjadi mangsa nafsu serakah lelaki bertopengkan agama. Walau bukan semua institusi agama ini terjadi tetapi rasa kepercayaan mak ayah yang mahu anak-anak bergelar hafiz dan hafizah tidak punah seperti sekarang kerana liwat adalah perbuatan menjijikkan dari segi agama dan undang-undang.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...