Cukup memilukan hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang. Apatah lagi anak yang selama ini cukup rapat dan manja dengannya terlebih dahulu meninggal dunia.

“Adik sayang mama sangat-sangat”. Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.

Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang semalam.

Anak Rapat & Manja

Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.

“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya.

Ads

Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.

“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.

“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya menahan sebak.

“Adik Sayang Mama Sangat-Sangat,” Ibu Juruterbang Tahan Sebak Luahan Terakhir Anak

Arwah Tinggalkan Isteri & 4 Anak

Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.

Ads

“Adik Sayang Mama Sangat-Sangat,” Ibu Juruterbang Tahan Sebak Luahan Terakhir Anak

Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.

“Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam,” katanya.

Ads

Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.

Mesti Baca:Haram Sebar Video & Gambar Aib Mangsa Kemalangan, Menyakiti Hati Keluarga Waris – Mufti Wilayah
Baca Lagi Di Sini:Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar
Artikel Menarik:“Bunyi Dentuman Kuat, Ingat Kilang Terbakar,” Saksi Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Memang bukan mudah untuk menerima kehilangan orang tersayang, namun hati harus redha dengan setiap ketentuan ujian dariNya.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI