Cukup memilukan hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang. Apatah lagi anak yang selama ini cukup rapat dan manja dengannya terlebih dahulu meninggal dunia.
“Adik sayang mama sangat-sangat”. Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.
Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang semalam.
Anak Rapat & Manja
Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya.
Ads
Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.
“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.
“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya menahan sebak.
Arwah Tinggalkan Isteri & 4 Anak
Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.
Ads
Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.
“Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam,” katanya.
Ads
Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Memang bukan mudah untuk menerima kehilangan orang tersayang, namun hati harus redha dengan setiap ketentuan ujian dariNya.
Biasanya kalau hujung tahun ini mak ayah akan sibuk dengan anak nak masuk tadika, sekolah atau mungkin uruskan kenduri anak-anak.
Semuanya cerita pasal duit keluar, ya. Kalau bab tadika, pasti ada mak ayah yang mengeluh tengok yuran tadika anak yang rata-rata perlu bayar hampir RM1000-2000. Anak seorang tak kisah sangat, kalau sudah dua tiga orang pastinya agak berat bagi mak ayah yang gajinya tak banyak.
Kenduri pun sama isunya, semuanya nak kena bayar beribu-ribu! Itu yang ada sampai kaum lelaki tak mampu sediakan duit hantaran sampai 10k-15k. Itu paling sesdikit ya. Memang berbeza sangat dengan dulu, bukan saja dari segi bayaran malah suasana pun.
Nak tahu apa lagi yang sudah berubah dan perbezaan dulu dan sekarang, mari renungkan perkongsian Puan Salwa Mohd Saleh ini.
Suasana Dulu Dan Sekarang
Dulu kita main, lari, panjat pokok, terjun tiruk dalam sungai, balik dah nak senja pun emak abah tak risau. Jiran-jiran kenal belaka. Main pun ramai-ramai penuh mesra. Lunch pun ikut dan la kat rumah sesiapa. Jatuh luka sana sini lastnya parents cakap padan muka.
Sekarang anak nak main dalam pagar rumah sendiri pun kena ada yang perhati. Main pulak sesama sendiri tak tahu jiran kanan kiri. Baru main 10 minit dah suruh masuk sebab parenta banyak kerja menanti. Dalam rumah sepah lah sebab ape lagi aktiviti nak buat selain menyepah dan tengok tv?
Beza Kenduri Sekarang Dan Dulu
Dulu nak kenduri kahwin paling seronok. Sekampung pakat turun gotong royong seminggu kacau periuk. Bawa pula beras gula sekampit dua buat bantu tuan rumah save belanja. Meriah dengan lagu hiburan nasihat, pengantin pula malu tersipu-sipu atas pelamin. Anak-anak berkejaran kutip gula-gula atau buat percubaan amik bunga manggar atas buah betik di pacak di tepi jalan sana.
Sekarang kenduri berlumba siapa yang gah dan mewah. Dewan mana katerer mana ahli kompang mana diundang, semua nak tayang. Tetamu datang jadi pengkritik. Yang nak jumpa pengantin, pengantin takde sebab shooting katanya. Anak-anak pakat menghadap skrin hp dan tab belaka sampai sepupu sepapat tak kenal tak bertentang mata.
Anak Nak Masuk Tadika
Dulu nak masuk tadika sebab nak bagi anak rasa selesa. Jadi nanti masuk tahun satu dah terbiasa. Tak apa tak pandai baca dan eja asalkan pandai berkawan dan tahu hormat guru. Main sepuasnya tak ada mengejarkan apa-apa. Tak ada homework. Hujung tahun salam cikgu bagi sabun sebuku. Tanda terima kasih.
Sekarang masuk tadika macam nak dapat sarjana muda. Yurannya beribu kalau swasta. Yang tak swasta pula banyak beratur dan penuh kuota. Tak berkawan tak apa asal periksa berderet A macam itulah penentu kehidupan agaknya. Homework banyak bukan cikgu nak tapi puaskan kehendak ibubapa yang mendesak. Hujung tahun majlis penuh grand sampai kadang terlebih dari sepatutnya.
Memang
Dulu dan sekarang tak sama
Pilih lah mana yang berguna
Bukan nasihat, ini bebelan sahaja
Kan nanti kubur pun lain-lain lubangnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh malang tidak berbau.Kententuan ajal dan maut di tangan tuhan. Siapa sangka tempoh berpantang menjadi memori pahit buat wanita ini apabila terpaksa redha dan menerima takdir tertulis kehilangan anak keduanya akibat lemas mandi di sungai.
Ibu kepada kanak-kanak lemas, Nor Fariza Mat Rudin, 30 mengakui masih terkejut dengan tragedi yang menimpa anak lelakinya, Mohd Naufal Mohd Azrul yang berusia 8 tahun.
Berpantang 12 Hari
Nor Fariza berkata, dia sedang berpantang 12 hari selepas melahirkan anak kembar lelaki dan berada di hospital kerana kedua-dua bayinya itu mengalami demam kuning.
“Kali terakhir saya berjumpa Mohd Naufal empat hari lalu kerana berada di hospital.
“Anak saya seorang yang manja dan sangat rapat dengan bapa saudaranya,” katanya.
Menurut Nor Fariza, dia terus bergegas keluar dari hospital sebaik mengetahui insiden yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu.
Mandi Sungai Dengan Bapa Saudara
Mohd Naufal ditemui lemas ketika mandi bersama bapa saudaranya, Mohd Hakim Faqih Nor Azmi,16, di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang, pada petang Ahad. Namun sehingga kini, Mohd Hakim masih belum ditemui dan usaha menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, datuk kepada mangsa, Nor Azmi Ibrahim, 55, memberitahu cucunya itu bersungguh-sungguh mahu mandi sungai.
“Cucu saya bersungguh-sungguh mengajak bapa saudaranya untuk mandi di sungai itu semalam,” katanya yang berharap agar anaknya, Mohd Hakim juga segera ditemui.
Nor Azmi memberitahu, anak bongsu daripada lima beradik itu sebenarnya sudah bersedia untuk latihan bola sepak bersama rakan-rakannya pada hari kejadian.Menurut Nor Azmi, anaknya yang mesra dengan panggilan Adik memberitahunya untuk keluar menemani anak saudara, Mohammad Naufal dan rakan lain ke sungai tersebut.
“Semalam dia bersungguh-sungguh mengajak kami makan beramai-ramai,” katanya.
Ujar Nor Azmi lagi, anaknya seorang yang baik, ceria, suka tersenyum dan rapat dengan anak-anak saudara termasuk Mohd Naufal.
“Saya bersyukur kerana mayat cucu telah ditemui dan berharap anak juga dapat ditemukan segera. Saya reda dengan ujian ALLAH kepada kami sekeluarga,” katanya lagi Mohd Hakim seorang yang aktif bersukan.
Warga Emas Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik, Persediaan Banjir Musim Tengkujuh!Pelbagai persiapan awal boleh dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, musim tengkujuh yang diramalkan bermula pertengahan November ini.
Bina Rumah Terapung Guna Tong Plastik
Seorang warga emas di Kampung Tebak, di sini menggunakan kreativiti sendiri membina sebuah rumah terapung sebagai persiapan menghadapi banjir yang sering melanda kawasan tersebut setiap kali musim tengkujuh.
A Bakar Che Ahmad, 67, berkata, sebanyak 69 biji tong plastik digunakan sebagai pelampung bagi memastikan rumah yang mempunyai lima bilik tersebut terapung dan tidak ditenggelami air.
“Saban tahun, kawasan ini sentiasa banjir dengan kedalaman air melebihi empat meter, jadi saya ambil keputusan bina rumah terapung ini sebagai persediaan awal untuk sebarang kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurut A Bakar, kejayaannya membina sebuah reban ayam terapung bagi menyelamatkan 60 ekor ayam denak pada tahun 2018 dijadikan inspirasi untuk menyiapkan rumah baharu tersebut.
Kos Keseluruhan RM47,000
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, rumah terapung berkenaan mula dibina pada Februari lalu dan siap sepenuhnya bulan lepas dengan kos keseluruhan berjumlah kira-kira RM47,000.
Walaupun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan, A Bakar tetap berusaha menyiapkan rumah itu sendiri mengikut rekaan seperti yang digambarkan.
Katanya, dua tiang besi turut diletakkan di kiri dan kanan bagi membolehkan ia diikat pada rumah supaya kediaman terbabit kukuh serta tidak dihanyutkan arus banjir.
“Saya tinggal di sini bersama isteri dan dua anak, rumah lama dibina dua tingkat memang sering dinaiki air jadi saya buat rumah ini di sebelah.
“Rumah terapung ini masih di peringkat percubaan sebab baru siap, saya harap ia dapat terapung dengan baik ketika banjir nanti,” katanya.
Mingguan Wanita:Tahniah buat warga emas ini atas persediaan dan persiapan dalam menghadapi musim tengkujuh dan banjir yang bakal tiba. Berusaha sehabis baik, bersedia dalam menghadapi musim banjir nanti walaupun menghabiskan kos puluhan ribu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...