Setiap orang tidak pernah tahu apakah ada rezeki yang akan menantinya untuk hari itu. Banyakkah atau sedikit, tetapi janganlah pernah membataskan diri untuk membantu orang lain yang dalam keadaan terdesak.
Kerana, kita tidak tahu siapa sangka dengan bantuan itu akan memudahkan urusan mereka untuk membantu orang lain pula. Perkongsian kisah Puan Zuryati Isa ini benar-benar menjentik rasa.
Betapa setiap orang itu diuji dengan kejadian yang tidak disangka-sangka yang benar-benar berlaku depan mata.
Lelaki Resah Di Mesin CDM
Pagi itu, saya ke bank. Ada dua urusan.
Ketika sedang beratur, lelaki di mesin CDM sebelah saya nampak resah. Beberapa kali saya dengar suara dia mengeluh.
“Miss, ada RM10.00 tak? Tukar dengan saya,” katanya kepada seorang wanita yang sedang beratur di belakangnya.
“Sorry, Sir. Tak ada,” jawab wanita itu.
Saya keluarkan RM10.00 daripada dompet dan menyerahkannya kepada lelaki itu.
“Cuba duit saya.”
Ads
Lelaki itu senyum menyambut dan terus memasukkannya ke dalam mesin. Tak boleh juga. Dicuba lagi beberapa kali, tetap tak boleh.
Abang Dalam Kesempitan Duit
Wanita di belakangnya tadi dah mula mencuka. Macam-macam bunyi keluhan terdengar, menambahkan lagi kalut lelaki tadi. Mesin-mesin lain di situ semuanya Out Of Service.
Lelaki itu pun keluar daripada barisan dan membuat panggilan. Suaranya agak kuat. Kami semua yang ada di situ mendengar jelas setiap butir perbualannya.
“Hello! Adik, abang minta maaf. Abang tak dapat masukkan duit. Mesin rosak. Adik nak guna urgent ke? Pinjam duit kawan dulu, boleh? Itu je duit abang ada. Hmm… Ok. Ok. Abang usahakan. Nanti abang call balik.”
Selesai urusan pertama, automatik, saya menghampirinya dan mulut saya bertanya. “Ada masalah ke, bang?”
Dia senyum lemah. “Adik nak guna duit. Saya ada RM10.00 je. Tak boleh masuk pula tu. Kesian adik…” Dia termenung sekejap.
Ads
Hulur Duit Bantu Lelaki Terdesak
Saya keluarkan sekeping duit dengan amaun lebih besar sikit dari tadi. “Agaknya mesin tu tak boleh terima RM10.00 kot. Nah, cuba duit ni.” Dia nampak tergamam.
Wanita di mesin tadi sudah selesai urusan. Mukanya dah tak mencuka dan turut menyertai kami.
“Sorry, I nak cepat sangat tadi. Sorry,” katanya meminta maaf. Sambil menghulurkan sekeping duit lagi. “Nah, cuba masukkan. Sorry again, ya. I got to go.”
Wanita itu terus berlalu. Lelaki itu tambah tergamam. Tak sempat berkata apa. Ada dua keping wang kertas di tangannya sekarang. Tanpa berlengah, dia terus memasukkan duit tadi. Saya pula terus menyambung urusan kedua.
Bila berkahwin, barulah kita tahu hitam putih pasangan. Kalau tak tahan, beberapa bulan kahwin pun boleh berpisah. Belum lagi dugaan lain termasuklah kewangan dan keserasian. Mana-mana pasangan yang boleh terima kelebihan dan kekurangan, ia mampu pertahankan rumahtangga hingga ke hujung nyawa.
Sedihnya, ada juga pasangan yang berpisah hanya kerana perkara yang remeh temeh. Sudah kahwin bertahun tapi bercerai berai dengan alasan tiada kesefahaman. Bertemu dengan orang lain, berkahwin tapi apa yang dilihat ‘orang baru’ tak sama dengan pasangan yang terdahulu. Menyesal pun dah tak guna.
Inilah yang berlaku buat pasangan tua ini. Mereka berpisah dan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Tapi akhinrya, jodoh tak ke mana. Selama 16 tahun itu, cinta bertaut kembali dan mereka bersepakat untuk rujuk kembali.
Siapa sangka, jodoh dengan orang baru tak kekal lama dan tak seperti yang diharapkan. Akhirnya dengan bersaksikan sanak saudara dan ahli keluarga, pasangan ini mengambil keputusan untuk rujuk semula.
.
Ndi Ahmad dan adik beradik lain sangat Bahagia dengan kepuasan mak ayahnya untuk bersatu kembali selepas 16 tahun berpisah.
Kini mereka bukan lagi tergolong sebagai ‘Anak Broken Home’.
Dalam perkongsian videonya mengatakan mama dan ayahnya telah rujuk dan berkahwin kembai setelah 16 tahun berpisah. Dalam tempoh itu. Masing-masing sudah berkahwin.
.
Inilah mpomen paling bahagia kerana dapat melihat kedua orang tuanya runjuk kembali sambil disaksikan oleh anak cucu dan keluarga.
Moga ini merupakan perkahwinan terakhir mereka. Diberi kesihatan dan dipanjangan umur hingga tua Bersama. Dipermudahkam reseki dan dapat melihat anak cucu berjaya. Ammin.
.
Mingguan Wanita : Kalau dah jodoh. Apa-apa pun isteri pertama tetap menjadi pujaan dan sangat memahami.
Malang tidak berbau, dan tragedi yang menimpa murid tahun enam yang terjatuh dari lantai bas yang reput sungguh menyayat hati.
Dikatakan ketika kejadian, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang itu dalam perjalanan untuk ke Bengkel Bahasa Inggeris dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Keluang, Besut Terengganu.
Sepatutnya Bas Lantai Reput Itu Tak Boleh Bawa Penumpang..
Daripada siasatan awal polis, mendapati mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12 ini dipercayai bermain dalam bas. Adam dikatakan melompat atas lantai yang reput dekat bahagian depan sebelah kiri pemandu, ketika itulah dia terjatuh ke bawah dan digilis tayar bas.
Kecederaan mangsa parah di seluruh badan dan meninggal di tempat kejadian.
Cuma Seorang Pemandu Saja Kendali 31 Pelajar
Ianya benar-benar mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
Dan daripada siasatan itu juga mendapati cuma seorang pemandu saja yang mengendalikan 31 orang pelajar dalam bas berkenaan.
Yang mana, tiada guru pengiring turut serta bersama mereka.
Pemandu bas terbabit, seorang lelaki berusia 45 tahun juga sudah dipanggil untuk keterangan. Beliau memiliki lesen memandu dan ujian urinnya juga negatif.
Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengetahui sama ada bas itu ada permit atau pun tidak.
Sungguh tragedi menyayat hati ini seharusnya menjadi peringatan untuk para pengusaha bas sekolah dan sewa khas. Jadikan ini ikhtibar, jangan semata-mata mahu mengaut keuntungan aspek keselamatan penumpang ditolak ke tepi.
Kerana hilangnya satu nyawa memberi kesan yang cukup besar buat sebuah keluarga. Dan jenazah adik Adam ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Bakar, Machang.
Sumber/Foto : Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah bergelar anak seni, pastinya tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Malah penyanyi Ayu Damit juga akui tidak kisah apa yang orang di luar mahu memperkatakan tentang dirinya asalkan tidak melampaui batas.
Baru-baru ini heboh dirinya menjadi mangsa tuduhan, apabila ada yang mendakwa dia memakai susuk untuk kelihatan cantik.
Berita tersebut merupakan satu fitnah buat dirinya, namun pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketujuh ini, tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Ayu Damit Tidak Mahu Ambil Serius
Penyanyi yang berasal dari Sabah ini juga akui tidak melihat ia sebagai suatu yang harus diberikan perhatian serius.
“Banyak lagi benda yang saya nak fikir dan berikan perhatian berbanding nak memperbesarkan hal yang saya sendiri tahu tidak benar.
“Tuduhan yang mengatakan saya pakai susuk penyeri wajah agak kelakar bagi saya kerana kalau dia tahu orang yang pakai susuk tak boleh makan sate, sedangkan saya merupakan peniaga sate sejak bertahun lalu,” ungkap Ayu.
Malah para peminatnya juga ada meminta dia menyaman individu yang menfitnah dirinya.
“Ada pihak termasuk peminat yang minta saya saman saja individu berkenaan sebagai pengajaran, tapi bagi saya, tak perlulah nak mengambil serius hal seperti ini.
“Takkan semua benda pun nak saman. Saya tak kisah apa yang mereka nak cakap asalkan ia tidak melampaui batas dan menjejaskan kehidupan saya,” ujar Ayu.
Selain bergelar penyanyi, wanita yang begitu rajin ini juga pemilik Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa.
Ayu juga menambah dia masih aktif dalam mengusahakan aktiviti pertanian.
“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, memang tiada aktiviti seni yang berlangsung, termasuk tawaran menjayakan persembahan seperti kebiasaannya.
“Bagaimanapun saya beryukur kerana mempunyai pendapatan menerusi perniagaan hasil pertanian yang diusahakan bersama suami, selain restoran yang masih beroperasi.
“Alhamdulillah semuanya masih dalam kawalan dan setakat ini saya tidak perlu mengeluarkan wang simpanan walaupun ada ketika turut berdepan dengan keperitan untuk belanja pengurusan terutamanya membawa sewa, gaji pekerja dan sebagainya,” ungkap Ayu yang kini tampil dengan single baharu berjudul Permata.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...