Berita

Adik Najib Tun Razak nikahi Yati Zainuddin

Share

Tular di media sosial mengenai perkahwinan adik kepada bekas Perdana Menteri, DatuKS eri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak dan pasangannya, Yati Zainuddin. Memetik sumber Astro Awani, adik kepada bekas Perdana Menteri itu mengenakan busana pengantin serba putih sedang menyarungkan cincin di jari isterinya di atas pelamin.

Adik Najib Tun Razak naik pelamin.

Foto tersebut dikongsikan oleh anak bongsu Najib, Norashman di mana bekas Pengerusia CIMB Bhd itu sedang melakukan upacara membatalkan air sembahyang usia majlis pernikahan.

Hasil carian, Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan juga pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.

Usahawan Kosmetik &  Ahli Perniagaan

Foto: Instagram Syed Faizal Syed Noh

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang turut dihadiri oleh beberapa tokoh konglomerat tempatan antaranya termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes yang turut berkongsi keterujaan menghadiri majlis sahabatnya itu.

Memetik portal Astro Awani, satu majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara malam ini.

Nazir dinamakan sebagai salah satu daripada 50 orang paling berpengaruh di Asia sepanjang dekad lalu oleh FinanceAsia pada tahun 2006. Beliau juga dinamakan sebagai “Eksekutif Teratas Terbaik” oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010. Beliau juga tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business tahun 2010.

Untuk rekod, Nazir Tun Razak yang kini mencecah usia 56 tahun pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz yang juga merupakan anak perempuan Tan Sri  Abdul Aziz Taha, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Pasangan ini mempunyai dua orang cahayamata dan dilaporkan bercerai pada 2023 yang lalu.

 

Published by
Rosmah Idayu