‘Adik Merajuk Sampai Block WhatsApp.’ Kakak Gigih Tulis Surat Sepanjang 434 Meter

Share

‘Adik merajuk sampai block WhatsApp.’ Kakak gigih tulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk adiknya. Benarlah air dicencang tak akan putus, begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik.

Hubungan yang rapat membuatkan seorang kakak sanggup lakukan apa saja demi menjernihkan hubungan yang keruh. Tentu adiknya cukup terharu melihat kesungguhan sang kakak dalam memujuknya.

Adik Merajuk

Kasih seorang kakak! Apabila adik merajuk, sanggup menulis surat sepanjang 434 meter untuk memujuk.

Seorang wanita di India gigih menulis surat sepanjang 434 meter kepada adik lelakinya yang dikatakan merajuk kerana terlupa memberi ucapan sempena ‘Hari Adik’ yang lalu.

Sampai Block WhatsApp

Menurut laporan Independent, surat seberat lebih 5 kilogram (kg) itu ditulis wanita dikenali sebagai Krishnapriya yang mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan.

Difahamkan wanita berkenaan membuat keputusan untuk membuat surat itu bagi meluahkan rasa sayang dek kerana adiknya, Krishnaprasad telah menyekat nombor telefon di aplikasi WhatsApp.

Selain itu, surat itu dibuat agar hubungan mereka adik-beradik juga pulih seperti biasa.

Baca Di Sini:

Ibarat Air Dicincang Yang Takkan Putus, Ini 10 Tip Rapatkan Hubungan Adik Beradik

Ikatan Adik-Beradik Tak Akan Putus, Tetapi Hormatilah Hubungan Suami-Isteri

Bila Mak Ayah Tiada, Hubungan Adik-beradik Jangan PUTUS Cuba Bersihkan Hati

Kakak Gigih

Dalam pada itu, surat sepanjang 434 meter itu telah diterima oleh adiknya dua hari selepas sambutan Hari Adik.

Bagaimanapun, Krishnaprasad pada awalnya menyangkakan ia adalah bungkusan untuk hadiah hari jadinya.

Namun, selepas dia membuka bungkusan itu, lelaki berkenaan terkejut melihat surat seberat 5.27kg.

Tulis Surat

“Saya terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Adik pada dia. Pada petang, dia tidak langsung menjawab panggilan saya dan juga menyekat saya di WhatsApp.

“Jadi saya memutuskan untuk menulis surat kepadanya. Saya mula menulis pada kertas bersaiz A4 tapi tak lama lepas tu saya sedar yang kertas tak cukup sebab banyak perkara yang saya nak sampaikan kepada dia.

“Maka saya pun beli 14 gulung. Saya mengambil masa 12 jam untuk menyiapkan keseluruhan surat berukuran 434 meter dan seberat 5kg,” ujar Krishnapriya.

Sepanjang 434 Meter

Tambahnya, dia turut meluahkan rasa cinta dan sayang kepada adiknya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya.

Ujarnya lanjut, mereka sangat rapat dan suka berkongsi hubungan yang sangat mesra. Semasa membesar, mereka juga seperti kembar memakai baju sama warna pada majlis-majlis khas keluarga.

Walau bagaimanapun, Krishnaprasad meluahkan rasa bahagia apabila dia menerima surat yang ditulis oleh kakaknya itu.

Mingguan Wanita : Begitulah hubungan adik-beradik, menipulah kalau mak ayah tak pernah bergaduh dengan adik-beradik. Bergaduh macam mana sekali pun janganlah dibuat musuh, nama pun adik-beradik.

Sumber : Sinar Plus

Sumber : Firdaus Shakirin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat