Adik Maskot Minion Teluk Cempedak Berpanas, Berusaha Keras Cari Rezeki Sebak Terima Hadiah Motor

Share

Adik maskot minion Teluk Cempedak  sanggup berpanas, berusaha keras cari rezeki sebak terima hadiah motor. Sememangnya semangat adik yang tular mencari rezeki dengan menyarung maskot minion begitu gigih mencari rezeki.

Dia sanggup berpanas demi sesuap nasi. Malah menerusi video yang tular di tik tok aksi lucu adik ini juga mengundang sebak. Dia menghiburkan orang ramai demi  membantu keluarga tercinta.

Adik Maskot Minion Teluk Cempedak Berpanas

Adik yang berasal dari Rompin itu sanggup bekerja di Kuantan untuk membantu keluarga mencari rezeki.

Walaupun baru berusia 19 tahun namun dia sudah memikul tanggungjawab yang berat

Seperti mana dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, pihaknya berbesar hati membantu adik tersebut dengan menghadiahkan sebuah motor Ego Avantiz bagi memudahkan pergerakan adik ini untuk mencari rezeki.

“Hadiahkan Motor Ego Avantiz pada Minion Teluk Cempedak Kuantan yang tular di tik tok. Sebak dengar kisah adik ni.

Aksi lucu adik ni mengundang rasa sebak yang melihatnya di Tik tok. Setiap hari mencari rezeki jadi minion dari 5 petang sampai 12 malam. Menghiburkan orang lain disana. Saya pernah pakai maskot sejam je dah rasa macam tak bernafas. Panas lagi. Hebat adik ni. Suka tengok anak muda kuat berusaha cari rezeki.

Jalan Kaki, Naik Bas Untuk Hiburkan Orang

Adik ni dari Rompin. Bantu keluarga. Baru 19 tahun. Baik je adik ni. Sewa bilik dengan kawan di Kuantan. Jalan kaki, naik bas, kadang rehat je di Teluk Cempedak ni. Allahuakbar.

Kadang sedih juga. Bila penat sangat rindu mak. Tiba-tiba dia sedih. Nak tolong keluarga. Bila bagi motor dia terkejut dan gembira sangat. Ramai yang ada disitu turut rasa sebak tadi.

Begitulah rezekikan. Bila Allah beri tiada siapa dapat tahan. Jika Allah tak izinkan pasti tidak akan berlaku. Dialah Allah pemilik segalanya,” kongsi Ebit.

Baca Disini ; Adik Akid Menangis, Sebak Ustaz Ebit Lew Datang Bantu Bina Rumah Baru

“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” Ustaz Ebit Lew

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh