Adik Luth Meninggal Dunia, Kapsyen Ibu Undang Sebak “Mommy Akan Sentiasa Bersama Luth Sayang”

Share

Adik Luth meninggal dunia, kapsyen ibu undang sebak “mommy akan sentiasa bersama Luth sayang”

Pasti ramai yang masih mengingati kecomelan wajah adik Luth atau nama sebenarnya Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff. Berusia empat tahun, ramai yang menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan penyakit yang jarang ditemui ini bagi menyembuhkannya.

Adik Luth Meninggal Dunia

Antara artis yang banyak membantu adalah pelakon Anzalna Nasir

yang telah meluahkan rasa simpati dan sebak dengan dugaan dan derita yang menimpa adik Luth yang menderita penyakit jarang dijumpai, lantas menggerakkan usaha mengumpul dana meringankan beban ditanggung keluarga si kecil itu.

Namun sehari menjelang aidiladha, di saat umat islam di Malaysia menyambut hari wukuf, Allah lebih menyayangi anak comel ini yang mengidap  ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) yang telah pun dijemput Allah kembali kepadaNya tengah hari tadi.

Ia dikongsikan di Instagram ibunya memaklumkan tentang pemergian anak kesayangannya itu.

“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff sudah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari.

“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan reda dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT. Mommy (ibu) akan sentiasa bersama Luth sayang,” kata kapsyen dalam hantaran gambar di IG.

Adik Lutuh memerlukan RM6juta untuk mengubati penyakit dideritainya namun Allah lebih sayang

Kapsyen Ibu Undang Sebak “Mommy Akan Sentiasa Bersama Luth Sayang”

Kisah adik Luth menarik simpati ramai rakyat Malaysia yang mengumpulkan dana buatnya bagi rawatan di luar negara  bagi merawat penyakit dihadapinya segera. Luth memerlukan bantuan RM6 juta untuk kanak-kanak itu mendapatkan rawatan berkenaan bagi meneruskan kehidupannya dengan lebih baik bersama keluarga tersayang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Baby Naail Disuntik Ubat RM9.8 Juta Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia, Senyuman Manis Terukir Di Wajahnya

Nampak Isteri Letih Mengandung Anak Kedua, Ini Doa Saharul Ridzwan Bacakan

Namun sebelum sempat dana terkumpul penuh, anak sulung dari tiga beradik ini berada dalam fasa kritikal dan berjaya melepasinya selepas ditidurkan selama 96 jam di mana keadaannya dalam separuh sedar.

Namun Allah lebih menyayanginya di mana Luth kembali kritikal Ahad lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya tenghari tadi.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Rahsia Awet Muda Anne Ngasri
Datin Anne Ngasri ni wajahnya maintain je awet muda! Antara tip jaga makan tau! Walau kecil molek Anne dah ada anak usia remaja ya!

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros