Adik Zayn Rayyan tunggu ibu ayah balik, kerap buka pintu & selak langsir. Kes pembunuhan Zayn Rayyan menarik minat orang ramai yang mahu tahu siapakah dalang di sebalik kejadian menyayat hati ini.
Anak autisme ini ditemui meninggal dunia pada 6 Disember tahun lalu di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan t disambung lagi selama enam hari selepas ditahan tujuh hari sebelum ini dan dijangka akan tamat pada Rabu depan.
Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei.
Di sebalik kekecohan dan himpunan ahli keluarga Zayn Rayyan di mahkamah pagi tadi yang melaungkan keadilan buat Ismaniza dan Zaim, ada cerita lebih sedih yang dilalui oleh adik lelaki kepada arwah Zayn Rayyan iaitu Mateen.
Dari perkongsian datuk Zayn Rayyan, didapati adik lelakinya sering menyelak langsir dan membuka pintu seolah-olah menanti kepulangan ibu dan bapanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Peguam Tak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, “Ada Sebab-Sebab Tak Dapat Dielakkan…”
Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE