Adik Lelaki 14 Tahun Sebak, Galas Tanggungjawab Jadi WALI Nikahkan Kakak Sendiri. Memang berat memikul amanah menjadi anak lelaki dalam keluarga.Ibarat menjadi pengganti ‘Ayah’ untuk terus menjaga keluarga.
Jadi Wali Usia 14 Tahun
Kebiasaannya apabila menjadi wali, ia dikalangan golongan lelaki dewasa. Namun siapa sangka seorang remaja berumur 14 tahun cukup berani menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi seorang wali kepada kakak sulungnya yang selamat dinikahkan pada Ahad lepas.
Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik oleh ibunya dengan nama @azzaasha di aplikasi TikTok pada Rabu yang memaparkan remaja lelaki terbabit tampak gementar pada permulaan ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan kakaknya.
Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh abang iparnya, suasana bertukar hiba remaja itu tidak dapat menahan sebak kerana mampu dan berjaya menunaikan tanggungjawab dan amanah yang digalas.
“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” kata ibu remaja ini ringkas dalam video tersebut pada Rabu.
Sementara itu, video tular berdurasi seminit 24 saat itu turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata juga terharu dan sebak dengan remaja berkenaan yang sanggup menggalas tanggungjawab seberat itu pada usia muda.
Mingguan Wanita: Memang sebak dan terharu melihat video yang dikongsikan ini. Terbaik adik ini, pada usia yang masih muda cukup berani untuk memikul tanggungjawab dan amanah, menikahkan kakak sendiri. Semoga menjadi inspirasi buat anak-anak kita juga.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Bagi Anis Masa, Tidak Mahu Memaksa”. Baru-baru ini heboh apabila isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri atau Anis menanggalkan hijab. Malah timbul juga tanda tanya apabila Anis turut memadam foto bersama Haqiem di Instagram.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu itu dilanda kontroversi namun Haqiem menjelaskan dia cuba menjadi suami yang terbaik buat isterinya.
“Bagi Anis Masa, Tidak Mahu Memaksa”
Pasangan yang bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 itu didakwa rumah tangga mereka dilanda badai apabila kelakuan Anis berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan dirinya tidak lagi berhijab, seperti yang lazim dilihat sebelum ini. Sebaliknya, foto dipaparkan menunjukkan Anis berselendang untuk menutup sebahagian daripada rambutnya.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Haqiem menjelaskan seperti mana rumah tangga orang lain dirinya juga tidak terkecuali. Malah isu isterinya menanggalkan hijab juga antara ujian buat Haqiem.
“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.
“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.
“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” ungkap Haqiem.
Tidak Benar Rumah Tangga Retak
Haqiem juga turut menafikan desas desus gosip mengenai keretan rumah tangganya.
“Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.
“Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.
“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” terangnya.
Failkan cerai segera, itulah keputusan nekad yang telah dimuktamadkan oleh Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul Yusof.
Akui dirinya juga akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Failkan Cerai Segera
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak berseorangan dan bersyukur keluarga dan mentua tidak menghalang setiap keputusan terbaik yang dibuat untuk kebahagiaannya.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Nekad Tak Toleh Belakang
Tambahnya lagi, dirinya tekad untuk menamatkan segala kemelut rumah tangga dengan segera.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.
“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.
Terbaru Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seperti mana dilaporkan Sinar Harian akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini. Ia sepatutnya difailkan pada Khamis, namun tertangguh ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.
Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.
Ditanya sama ada pelakon itu akan hadir di mahkamah bagi permohonan cerai tersebut, Akberdin berkata, ‘pasti hadir’.
Bukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.
Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…
RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.
CARA MEMBUATNYA:
Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.
Nota:
Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.
Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...