Adik Beradik Bila Berkahwin, Elak Ipar Jadi ‘Seteru’, Hormatilah Cara Mak Ayahnya Besarkan

Share

Dalam kehidupan berkeluarga pasti ada abang, kakak dan adik yang masing-masing punya peel tersendiri. Tapi adik beradik bila berkahwin akan ada satu perasaan yang sukar untuk diluahkan.

Apa tidaknya, kalau di rumah itulah tempat adik beradik berkumpul, buat kerja rumah sama-sama dan sangat rapat satu sama lain. Tapi, adik beradik bila berkahwin, psati semuanya akan berubah.

Terasa seperti kehilangan dan kehidupan pun akan berubah dengan tanggungjawab yang baru dipikulnya. Mungkin tidak boleh keluar sesuka hati lagi sebab sudah ada orang yang menjaganya.

Apa yang boleh dikatakan, bertambahlah saudara baru dalam keluarga. Tentu caranya tidak akan sasma dengan apa yang mak ayah kita didik. Janganlah perbezaan ini membuatkan kita tak seteru dengan ipar duai.

Sepatutnya, hormatilah cara dia dibesarkan oleh mak ayah yang berbeza. Malah, adik beradik pun kena faham mereka sudah ada tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak.

Macam man sekalipun, hubungan adik beradik jangan putus, ipar duai jangan di seteru, sebaliknya saling menghormati dan melengkapi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jadilah Mentua ‘Tidak Susahkan’ Menantu & Ipar ‘Tidak Sibukkan’ Harta Adik Beradik

Jangan Jadi Ipar Yang Berperangai ‘HODOH’ Sampai Buruk Ipar Dijaja-Jaja

Info Lebih Menarik DI SINI

Adik Beradik Bila Berkahwin Rasa Kehilangan

Bukan semua orang boleh melepaskan adik-beradik pada pasangan. Ada yang macam kembar, sentiasa melekat dan tiba masa akad nikah adik-beradik, terus rasa kehilangan yang amat sangat.

Masa saya nak kahwin, di kalangan adik-beradik, saya bernikah paling awal. Ibu ayah tak ada sedih atau rasa kehilangan masa nak akad nikah.

“Bila anak-anak berkahwin, kami tak rasa kehilangan anak sebaliknya kami dapat anak yang baru.”

Begitulah besarnya hati ibu ayah bila dapat menantu.

Tapi, adik-adik yang rapat mula merasa kehilangan kakak. Jadi adik-adik perempuan yang bezanya 3 tahun automatik macam kembar sebab mereka rasa kakaknya (saya) dah hilang.

Boleh kata hampir setiap minggu mereka datang ziarah dengan jarak lebih kurang 150km.
Syukurlah housemate selalu urusan di luar rumah, jadi ada adik-adik peneman dan penghibur.

Alhamdulillah, sehingga kini ada masa adik-adik ajak keluar ladies outing. Saya bawa anak-anak sekali.

“Awak, adik-adik ajak pergi ABC. Boleh ke?”

“Pergi lah. Dah orang ajak, kan.”

“Okay. Babai.”

Housemate pun lega boleh me time juga mengadap kerja-kerja.

Elak Ipar Seteru

Adik-beradik,
Bila ada yang sudah bernikah perkara paling penting elakkan ipar jadi seteru. Sebagaimana kita layan adik-beradik dengan baik, begitu jugalah pada pasangan mereka.

Ipar masuk dalam keluarga kita dan menerima adik-beradik kita, just be kind. Ada masa kita bantu mereka, ada ketika kita perlu bantuan mereka, maka mintalah dengan elok.

Adik-beradik,
Bila abang atau adik lelaki sudah berumahtangga kita kena faham mereka sudah ada keluarga dan awlawiyat mereka berubah pada tanggungjawab nafkah pada isteri dan anak-anak.

Tak boleh nak sesuka hati minta mereka belanja walau kita maklum semasa bujang mereka selalu titip belanja dan tak lokek dengan adik-beradik. Kita tak tahu kesusahan mereka yang dipendam.

Kalau dahulu abang atau adik lelaki yang menanggung bayaran bulanan kereta, duit saku ibu ayah. Bila kahwin, sama-sama saling bantu. Takut abang atau adik lelaki sempit dengan komitmen sehingga abaikan nafkah pada isteri dan anak-anak sedangkan itu kewajipan mereka.

Adik-beradik,
Hodoh macammana perangai sekalipun jangan dibuang. Kalau tak mampu dibaiki, kita jangan tambah burukkan lagi.

Sehebat mana ibu ayah, tidak ada jaminan anak-anak akan “menjadi”, kerana ujian kehidupan setiap orang berbeza, berkadar dengan iman dan takwa juga jalan untuk ke Syurga.

Adik-beradik,
Belajarlah saling menghormati. Tidak cukup hanya dengan sayang, tetapi juga perlu hormat dan saling melengkapi.

Bila adik-beradik berumahtangga, maknanya kita akan bertambah saudara yang dibesarkan oleh ibu ayah berbeza dalam suasana tidak sama maka hormatilah sesama kita.

Ummu Amir,
Be kind. Always.

Mingguan Wanita : Perangai hodoh macam mana sekalipun adik beradik, ia tetap darah daging kita. Air dicincang tak akan putus.

Sumber: Insyirah Soleha

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora