Adik Ashraf Hari Ni Tak Wish Birthday Abang Pun..

Sebaknya baca catatan abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau lebih mesra dengan panggilan Acap ini.

Bila mana, Acap tak lagi dapat ucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ kepada abangnya, Denny seperti sebelum-sebelum ini.

Sejak 23 Mac lalu, Acap yang dilaporkan hilang di Gua Tempurung tak dapat dikesan.

Sehingga hari ini juga, bukan saja ahli keluarga malah orang ramai masih ternanti-nanti perkembangan terkini pencarian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 ini. Yang masih lagi belum ditemukan sebarang petunjuk terbaru.

Semakin sebak bila abang Acap, Mohd Zahiruddin menulis status ini. “Adik Ashraf hari ini tak wish birthday abang pun.. lupa la tu.”

Kat mana pun adik sekarang, abang harap adik jaga diri yer.. Balik cepat ok.”

 

Adik Ashraf Hari Ni Tak Wish Birthday Abang Pun..

Ads

Mahu Sukarelawan Hentikan Pencarian Acap

Hari ini sudah masuk hari ke-25 Acap gagal dikesan. Biarpun demikian, misi pencarian dari pihak bomba dan PDRM masih diteruskan di kawasan terakhir dan sekitar Acap kelihatan.

Cuma sejak semalam, abang Acap atau lebih mesra dengan panggilan Denny Lang membuat laporan polis agar orang ramai mahupun sukarelawan menghentikan pencarian Acap,

Dalam kenyataan yang diberikan pada pemberita, Denny juga meminta agar sebarang spekulasi dan berita yang tidak benar berkenaan kehilangan adiknya turut dihentikan.

 

Ads

Adik Ashraf Hari Ni Tak Wish Birthday Abang Pun..

Kirimkanlah Sekeping Gambar Bukti..

Bagaimana pun, di dalam facebooknya itu, Denny turut memaklumkan mahu terus menyambung ukhwah bersama sukarelawan yang mencari adiknya di sepanjang berkampung di Gopeng.

Antara misi carian meredah di sepanjang laluan sungao. Mana-mana Agensi, Group atau Individu yang telah bersama-sama dalam misi carian, sudilah kirimkan saya sekeping gambar sebagai bukti ukhwafillah bersama kita di sini.”

Allah jualah yang mampu membalas jasa kalian.”

Ads

MW : Sentiasa mendoakan agar Acap dapat ditemui semula dengan selamat. Amin..

 

 

Baca Sini :

Dah 21 Hari Acap Hilang, Ada Kes Lebih Setahun Baru Jumpa

Misteri Acap Hilang, Doktor Perjelas Kemungkinan Apa Yang Terjadi

Isteri Acap Tak Pernah Berhenti Zikir Dan Solat Hajat, Berdoa Suami Dijumpai

Sumber/Foto : Denny Lang, Mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI