Adik Ainul semakin sihat, ibu kongsi vlog dirinya buat pemeriksaan gigi kali pertama pada usia 5 tahun. Pasti ramai masih ingat pada kisah adik Ainul Mardiah. Diuji barah mulut sedari kecil, berjaya mengumpul dana pembedahan sumbangan rakyat Malaysia di London sehinggalah kisahnya semakin sihat dan membesar.
Terkini, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi d instagramnya@ _nrlewani, anak sulungnya itu membuat pemeriksaan gigi pertama pada usianya mencecah 5 tahun di instagramnya.
Jelas Ainul semakin sihat bahkan mulai makan dan minum biar agak perlahan. Bahkan kerana mengambil makanan manis, ada giginya terpaksa dicabut dan pembersihan karang dilakukan.
Menulis di vlog perjalanan anaknya, Nurul Erwani memuat naik gelagat Ainul di klinik gigi. Tiub di tekaknya selepas pembedahan di London juga sudah dibuka kerana keadaan kesihatan Ainul semakin sihat.
“Bulan Feb hari tu, waktu Ainul off trachy di Hosp Avisena. Saya minta doktor gigi untuk attend Ainul sekali. Sebab alang-alang Ainul ada dalam hospital untuk tengok keadaan giginya selepas menjalani major operation di London lima tahun lalu.
“Doktor cadang masukkan Ainul dalam bilik bedah dan buat prosedur cuci karang gigi, cabut gigi yang dah goyang dan tampal gigi kalau ada yang berlubang.
“Kami decide lepas sebulan off trachy untuk admit lagi sekali di Hosp Avisena dan buat prosedur check gigi. Waktu itu lah, @wafa_thepaedsdentist yang banyak terangkan berkenaan gigi Ainul.
“Alhamdulillah, tak ada yang teruk cuma banyak karang gigi dan perlu dibersihkan sahaja. Dan ada juga gigi Ainul kena cabut,” katanya sambil menambah selepas enam bulan dari pertemuan itu, mereka mengadakan follow up keadaan giginya.
“Ainul dah mula makan dan minum. Jadi bila banyak makan benda manis, karang gigi pun ada balik. Doktor Wafa bagi penerangan sangat jelas dan kita pun cepat faham keadaan gigi Ainul yang sekarang. Thank you Doc,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nurul Erwani turut memaklumkan tiub trachy yang dipasang di leher anaknya antara penyebab anaknya sering mengalami jangkitan kuman.
“Doktor Jaseem antara yang cadangkan tiub ini dibuka. Malah sudah anggap Ainul sebagai cucunya. Sentiasa rasa risau kalau Ainul tak sihat sebab infection.
Bermula waktu tahun lepas Ainul kritikal, Dr Jaseem dan teamnya contact kami suruh bawa jumpa Dr dan Team untuk advise kami yang sebenarnya itulah punca kenapa ainul selalu kena infection. So, kami decide untuk cabut terus trachy Ainul.
Inilah saat yang ditunggu. Bila mana, pada 24 Feb 23 rupanya Ainul boleh bernafas normal seperti manusia normal tanpa ada benda asing di tekaknya. Alhamdulillah syukur. Dan rupanya jugak Ainul dah pandai makan dan menelan. Siapa kita nak kata Ainul tak pandai buat semua tu. Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat. Dr Jaseem pun kata Ainul memang boleh buat semua tu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Doakan Ainul, Keadaan Agak Teruk Diserang Sawan Berulang Kali Dalam Tempoh 12 Jam!”
Al Fatihah.. Anak Pelawak Ali Puteh Telah Kembali Kepada PenciptaNya
Ainul Mardhiah Seronok, Terima Kunjungan Doktor Yang Pernah Rawatnya Di London
Bergelar Kakak, Ainul Mardhiah Dah Pandai Tutup Telinga Dengar Mama Membebel
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!