Selepas membeli 100 tablet, akhirnya hadiah yang begitu dinanti-nanti pelajar memerlukan ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Ebit Lew. Perasaan sebak tetap terbit di sanubari Ustaz, apabila masih ada ramai lagi pelajar yang masih mahukan untuk keperluan belajar.
Berkali Ustaz meminta maaf dalam postingnya di instagram, kerana masih belum dapat memenuhi permintaan 100 ribu permohonan pelajar yang diterimanya.
Bagaimana pun, tetap ada bahagian untuk anak-anak yang direzekikan menerima. Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Tadi dengan bantuan guru besar dan cikgu yang hebat aturkan pelajar menerima hadiah dari saya. Saya singgah di sebuah sekolah. Sebenarnya kasihan jika pelajar tak masuk kelas walau secara online.
Banyak juga yang saya kenal pasti khas untuk yang ada kad OKU dan adik beradik ramai terus hantar ke rumah.. Maafkan saya yer tak banyak. Sorry yer. Sorry. Saya minta maaf. Tab ni permintaan ada 100 ribu dah.
Dah setahun tiada kelas sangat. Takut setahun lagi. Ilmu sangat penting membangunkan jiwa pelajar. Adik-adik belajar rajin-rajin yer. Doakan yer cuba bantu sikit-sikit lagi.”
Sebelumnya pemberian tablet ini lagi Ustaz Ebit sudah berasa sebak. Mengenangkan permintaan anak-anak yang begitu memerlukan.
“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja (sebaik Ustaz Ebit muat naik pemberian tablet 4 hari lalu) 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.
Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.”
Ustaz Ebit Lew dengan rendah hati memaklumkan ketidak mampuannya. Bagaimanapun, ramai sedia maklum dan sedar betapa Ustaz sudah melakukan yang terbaik. Malah, usaha yang ustaz lakukan untuk menggembirakan anak-anak sekolah ini begitu murni memberi kesan di hati rakyat Malaysia.
7 sekeluarga peluk Islam, anak 11 tahun nak jadi Hero macam Ustaz Ebit.
Sumber/Foto : Ebit Lew
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita