Adibah Pernah Buat Laporan Polis, Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami

Share

Adibah pernah buat laporan polis, suami tipu dan beri alamat palsu di Terengganu ketika mahu poligami.  Tak salah pun untuk berpoligami asalkan mampu berlaku adil mengikut disarankan agama.

Ramai yang mengamalkan poligami dan ramai juga wanita yang menzahirkan rasa tidak bahagia mereka di mana akhirnya bercerai berai. Namun memilih untuk berpoligami,  masa yang sama cuba menipu di mahkamah syariah khususnya meletak alamat palsu, pihak berkuasa agama wajib menyiasat hal ini kerana jelas berlaku penipuan di sisi  undang-undang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Nak Poligami Kekuatan Bukan Letak Di Poket Semata Tapi Terletak Pada Iman Di Dada”

Ashraf Dedah Ramai Lelaki Minta Tip Poligami, Keharmonian Rumah Tangga Dua Pasangan

‘Isteri Pun Perlu Hadir Ke Mahkamah’ Peruntukan Baru Dalam Permohonan Poligami Suami

Antara salah satu syarat wajib berpoligami (berbeza mengikut negeri) ialah Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*

Adibah Pernah Buat Laporan Polis

Baru ini, pendedahan madu Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib yang tetap mahu mempertahankan rumahnya bersama suami, Rosland Othman walau rumahtangga mereka mengalami masalah sejak dua tahun lalu mengejutkan ramai pihak.

Dalam tuntutan nafkah di mahkamah itu, Adibah ada menzahirkan hasrat untuk tidak bercerai dan mengakui masih sayangkan rumah tangga yang dibina selama 28 tahun biarpun Rosland mengahwini Miera Liyana  pada Julai 2020.

Menurut Adibah lagi, dirinya susah untuk berkomunikasi dengan suaminya kerana nombornya telah disekat sejak 21 September tahun lalu dan urusan komunikasi mereka hanya melalui anak-anak sahaja.

Dalam pada itu, wanita terbabit turut menyeru Rosland untuk pulang ke rumah dan membincangkan hal yang berlaku secara baik serta capai kata sepakat bersama.

Namun satu pendedahan dari seorang aktivis, Puan Mona Din yang banyak membantu golongan teraniaya terutama kes adik Bella, ternyata ada drama lebih mengejutkan berlaku dalam rumah tangga Adibah atau mesra disapa Adeeb olehnya.

Menurut Puan Mona (dirinya mengepilkan sekali laporan polis sebagai bukti) bahawa semasa pernikahan Rosland dan Miera Liyana wujudnya penipuan alamat di Terengganu di mana Rosland mendakwa Adibah menetap di negeri tersebut sedangkan ia tidak benar. Dan dirinya bukan anak kelahiran negeri tersebut.

Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami

Hal ini nyata mengejutkan, seolah wujud POLIGAMI SCAM di mana lelaki meletakkan alamat palsu.

Baca perkongsian Puan Mona Din.

Suami Adeeb & Artis Penyondol

Inilah lapuran tentang perkahwinan membabitkan penipuan suami Adeeb dengan artis penyondol tersebut.

Buat PENGAKUAN PALSU Di Mahkamah

Ber SUMPAH PALSU & Berbohong Mengatakan Telah Menghantar Notis Saman Kepada Isteri.

MENIPU alamat isteri.

MENIPU tempat BERMASTAUTIN.

Tukar IC Alamat Palsu Terengganu

Dahsyatkan?

Berkat ke perkahwinan yang bukan saja menipu isteri, tapi juga melanggar undang-undang negara?

Foto ke 2 di bawah adalah bukti suami Adeeb menipu di mahkamah dengan mengangkat sumpah mengatakan beliau telah menyerahkan notis saman ke pada Adeeb (untuk hadir bicara) di alamat tipu tersebut, sedangkan Adeeb tak tahu menahu langsung tentang skandal & rancangan pernikahan mereka.

Kami ada banyak lagi bukti, kami tahu siapa tuan punya rumah alamat palsu tersebut dan mereka-mereka yang bersekongkol.

Kita dedah one by one ya.

#PoligamiScam

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros