Adibah pernah buat laporan polis, suami tipu dan beri alamat palsu di Terengganu ketika mahu poligami. Tak salah pun untuk berpoligami asalkan mampu berlaku adil mengikut disarankan agama.
Ramai yang mengamalkan poligami dan ramai juga wanita yang menzahirkan rasa tidak bahagia mereka di mana akhirnya bercerai berai. Namun memilih untuk berpoligami, masa yang sama cuba menipu di mahkamah syariah khususnya meletak alamat palsu, pihak berkuasa agama wajib menyiasat hal ini kerana jelas berlaku penipuan di sisi undang-undang.
Antara salah satu syarat wajib berpoligami (berbeza mengikut negeri) ialah Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
Adibah Pernah Buat Laporan Polis
Baru ini, pendedahan madu Miera Liyana, Adibah Abdul Mutalib yang tetap mahu mempertahankan rumahnya bersama suami, Rosland Othman walau rumahtangga mereka mengalami masalah sejak dua tahun lalu mengejutkan ramai pihak.
Dalam tuntutan nafkah di mahkamah itu, Adibah ada menzahirkan hasrat untuk tidak bercerai dan mengakui masih sayangkan rumah tangga yang dibina selama 28 tahun biarpun Rosland mengahwini Miera Liyana pada Julai 2020.
Menurut Adibah lagi, dirinya susah untuk berkomunikasi dengan suaminya kerana nombornya telah disekat sejak 21 September tahun lalu dan urusan komunikasi mereka hanya melalui anak-anak sahaja.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut menyeru Rosland untuk pulang ke rumah dan membincangkan hal yang berlaku secara baik serta capai kata sepakat bersama.
Ads
Namun satu pendedahan dari seorang aktivis, Puan Mona Din yang banyak membantu golongan teraniaya terutama kes adik Bella, ternyata ada drama lebih mengejutkan berlaku dalam rumah tangga Adibah atau mesra disapa Adeeb olehnya.
Menurut Puan Mona (dirinya mengepilkan sekali laporan polis sebagai bukti) bahawa semasa pernikahan Rosland dan Miera Liyana wujudnya penipuan alamat di Terengganu di mana Rosland mendakwa Adibah menetap di negeri tersebut sedangkan ia tidak benar. Dan dirinya bukan anak kelahiran negeri tersebut.
Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami
Hal ini nyata mengejutkan, seolah wujud POLIGAMI SCAM di mana lelaki meletakkan alamat palsu.
Baca perkongsian Puan Mona Din.
Suami Adeeb & Artis Penyondol
Inilah lapuran tentang perkahwinan membabitkan penipuan suami Adeeb dengan artis penyondol tersebut.
Buat PENGAKUAN PALSU Di Mahkamah
Ads
Ber SUMPAH PALSU & Berbohong Mengatakan Telah Menghantar Notis Saman Kepada Isteri.
MENIPU alamat isteri.
MENIPU tempat BERMASTAUTIN.
Tukar IC Alamat Palsu Terengganu
Dahsyatkan?
Berkat ke perkahwinan yang bukan saja menipu isteri, tapi juga melanggar undang-undang negara?
Foto ke 2 di bawah adalah bukti suami Adeeb menipu di mahkamah dengan mengangkat sumpah mengatakan beliau telah menyerahkan notis saman ke pada Adeeb (untuk hadir bicara) di alamat tipu tersebut, sedangkan Adeeb tak tahu menahu langsung tentang skandal & rancangan pernikahan mereka.
Ads
Kami ada banyak lagi bukti, kami tahu siapa tuan punya rumah alamat palsu tersebut dan mereka-mereka yang bersekongkol.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena kedatangan lebaran tidak lama lagi, rupanya Stacy, penyanyi yang terkenal membawakan lagu-lagu rancak bukan sahaja pandai menyanyi malah cukup rajin buat kuih raya dan jahit baju sendiri termasuk untuk suami Akim Ahmad dan dua anaknya Bella Deluna, 6, dan Eshaal, setahun.
Usaha Stacy ni wajar dipuji.Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata dia belajar menjahit menerusi YouTube dan buku jahitan sejak April lalu.Kira-kira dua bulan yang lalu.
“Ini semua atas permintaan Akim, selepas saya menjahit sendiri baju anak pada Pesta Kaamatan yang disambut April lalu.
“Sejak itu, dia minta saya buat lagi untuk baju raya. Jadi, dia belikan saya mesin jahit lengkap dengan mesin jahit tepi.
“Nak tak nak, saya kena buat. Apatah lagi, dia sudah beli kain. Saya ingat sepasang, tetapi dua (pasang). Kalau sudah pakar, tidak mengapa. Sekarang jahitan pun belum kemas dan ada yang kena buka semula,” katanya.
Harap Sempat Siap Pagi Raya
Stacy yang muncul dengan single Raja berkata, dia mula menjahit sejak awal bulan ini dan berharap baju mereka sempat disiapkan sebelum pagi raya.
“Akim jenis teliti. Setiap kali saya jahit, dia akan periksa sama ada okey atau tidak. Kalau ada jahitan tidak kemas, dia suruh buka dan jahit semula. Pendek kata, menjahit bukan mudah dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.
“Pada mulanya, ia jadi minat baru. Tetapi, selepas melalui proses ini, saya terus jadi malas. Saya selalu berseloroh dengan Akim mengenai perkara ini, tapi dia cakap kena juga berusaha sebab saya sudah mula dari awal,” katanya yang menjahit baju kurung biasa dan baju Melayu teluk belanga.
3 Jenis Kuih Raya
Selain menjahit, sepanjang Ramadan ini Stacy turut membuat kuih raya antaranya Biskut Makmur, Tat Nenas dan Semperit.
“Memandangkan Ramadan ini saya tidak sibuk dengan kerjaya, jadi saya ambil peluang untuk buat sesuatu yang baru.
“Bukan saja menjahit, tapi juga buat kuih. Ia lebih kepada suka-suka. Semuanya belajar sendiri. Apa yang kelakar, ada kuih yang sudah siap dan habis dimakan. Jadi, kena buat lagi,” katanya.
Mak-mak boleh tiru cara Stacy ni, biarpun baru belajar dan tak berapa mahir, tetap usaha dan bersemangat buat kuih raya dan jahit baju sendiri. Biarpun kuih tak sedap mana, rekaan baju pun simple je, tapi yang penting puas hati bila kita buat sendiri. Malah ia salah satu cara juga jimatkan perbelanjaan musim raya ni.
Bila kena kemas rumah tanpa bantuan orang lain, mak-mak cuma harapkan cara paling membantu untuk memudahkannya. Tambah musim cuti ni, kena pantas sebelum anak-anak kecil bangun dan mula ‘senikan’ rumah dengan semua barang mainanya.
Agak-agak boleh tak buat semua kerja tanpa bantuan suami atau anak yang dah besar? Haaa…
Tetapi percayalah, selepas anda membaca artikel ini, persepsi anda akan berubah.
1. Cuci mesin & teko kopi
Mesin kopi: Lumatkan roti atau nasi putih mentah untuk menyingkirkan bau lama. Kemudian kisar 1 sudu baking soda untuk membersihkan dan lap.
Teko Kopi: Kalau dah suka kopi tu, mesti sanggup buat serbuk kopi sendiri. Untuk cuci, masukkan sedikit cuka dan air. Blend dua atau tiga kali dan biarkan sekejap. Kemudian bilas dengan air.
2. Kesan gincu di baju
Hilangkan kesan kotoran dengan semburan rambut, biarkan selama 10 minit. Sapukan dengan tuala kecil yang lembap dan basuh seperti biasa.
3. Kotoran pemanggang & kuali
Pemanggang: Potong dua bawang putih dan guna garpu untuk gosok pada pemanggang yang masih panas. Betul, pemanggang anda pasti lebih bersih dan tidak berbau.
Kuali: Masukkan air dalam kuali yang hitam dan tambah secawan cuka putih. Reneh. Ambil kuali dan tambah 2 sudu baking soda. Kosongkan kuali dan gosok perlahan-lahan untuk membuang kesan terbakar.
4. Kesan di karpet
Sembur tempat kotor dengan campuran 2 bahagian air dan 1 bahagian cuka. Letakkan kain lembap, kemudian tekan sterika panas dengan tetapan stim ke kain buruk selama 30 saat. Ulangi sehingga kesan hitam itu hilang.
5. Cuci microwave dalam masa 5 minit
Potong dua beberapa lemon dan masukkan ke dalam piring kaca dengan air. Panaskan microwave sehingga air mula mendidih. Biarkan air lemon tadi selama satu minit sebelum buka. Dan anda boleh cuci kotoran dengan sapu sedikit demi sedikit. Confirm bersih dan macam baru!
6. Rak & sudu besi jadi baru
Rak: Tak perlu nak cari yang baru, anda boleh cuci dengan cara lebih mudah. Lapkan dengan air suam dan gosok dengan cuka di rak pinggan. Kemudian taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah dan tempat kotor. Hasilnya anda pasti terkejut!
Sudu: Tambah 1/2 cawan garam dan 1/2 cawan baking soda. Rendamkan barang-barang besi anda dengan air panas. Selepas 30 minit rendam, kotoran akan hilang. Hanya bilas dan lap kering.
Yang mana satu masalah anda untuk bersihkan alatan dapur dan barang hiasan rumah? Boleh cuba satu-satu untuk tengok hasilnya, ya! Semoga membantu dan mudahkan kaum wanita untuk bersihkan rumah setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiket konsert Coldplay tidak sah jadi mahar mas kahwin, ia tidak ada nilai & suami dikira berhutang dengan isteri kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Bahkan pemberian tiket begini, bercanggah dengan hukum syarak kerana pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
Tiket Konsert Coldplay TIDAK SAH Jadi Mahar Mas Kahwin
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengulas isu yang viral di media sosial berikutan seorang suami di negeri sebarang, Indonesia memberikan tiket menonton konsert kumpulan popular Coldplay yang akan berlansung November akan datang di Jakarta.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
Ia Tiada Nilai & Suami Dikira Berhutang Dengan Isteri – Mufti Pahang
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Pada Isnin, media melaporkan, seorang pasangan pengantin tular di media sosial Indonesia selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...