Adibah Makin Kurus, Kawal Pemakanan “Kenapa Nak Saya Sakit Ke? Doakan Yang Baik-Baik”

Share

Adibah makin kurus, kawal pemakanan. Ramai yang terkejut melihat foto penampilan terbaru yang dimuat naik sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa menerusi akaun rasmi Instagramnya.

Adibah Makin Kurus, Kawal Pemakanan

Malah foto yang menunjukkan tubuh Adibah Noor. 52 semakin susut juga menjadi perbualan hangat warganet. Malah wanita bersuara lunak ini juga nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kenapa Nak Saya Sakit Ke? Doakan Yang Baik-Baik”

Menerusi perbualan di ruangan komen, Adibah yang suka melayan persoalan dari warganet menjawab beberapa persoalan. Dan ada yang bertanya adakah dia sakit, kerana bila badannya kurus kelihatan seperti sakit. Namun Adibah minta warganet doakan yang baik-baik buat dirinya.

 

Dulu 3 Bungkus Nasi Lemak, Sekarang Sebungkus Dah Memadai

Seperti mana yang dikongsi menerusi portal berita juga Adibah akui jika dulu dia mengambil tiga bungkus nasi lemak untuk sarapan pagi kini cuma sebungkus saja.

Malah dia juga mengawal pengmbilan makanan. Adibah juga kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.

Adibah juga turut kurangkan mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.

“Saya ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin,” ungkapnya.

Jaga Kesihatan Sebab Sudah Tua

Malah Adibah juga akui sudah tiba masanya dirinya menjaga kesihatan.

“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua.

“Lutut pun sakit, jalan jadi mengah.

“Jadi sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” sambungnya.

“Cantik Dah Kurus” Warganet

Baca Disini Juga: Adibah Sebak Kehilangan Kucing, “Bobby, Kau Hantar Kepadaku 15 Tahun Lalu Ketika Aku Jatuh Tersungkur”

Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari, Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!

Mingguan Wanita : Alahai teruja tengok Adibah Noor dah kurus. 

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Adibah Noor

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh