Adibah bela diri, hadapi tuntutan nusyuz bekas suami. “Tak tahu apa dia nak”. Nampaknya selepas dua minggu bercerai selepas hidup bersama 28 tahun sebelum dimadukan kerana suaminya memilih artis sebagai isteri Miera Liyana sebagai isteri kedua, seakan ada yang tidak selesai bagi bekas pasangan suami isteri, Adibah Mutalib, 50 dan bekas suaminya, Rosland Othman, 50.
Ini kerana bekas suaminya tetap meneruskan pertuduhan nusyuz ke atasnya yang di failkan pada Disember 2021 yang lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata, dirinya yakin tidak nusyuz.
“Saya pun tak tahu apa yang dia (bekas suami) nak dan saya hanya membela diri,” kata bekas madu pelakon Miera Leyana ini.
Terdahulu, Adibah ditemui selepas perbicaraan tuntutan kes nusyuz membabitkannya yang difailkan bekas suami, Rosland Othman, 50, pada Disember 2021 lalu, ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Menurut Adibah, dia selaku defendan berasa wajar untuk hadir membela diri bagi mendapatkan keadilan apabila didakwa nusyuz oleh bekas suaminya itu.
“Saya sudah bersedia membela diri kerana saya yakin berada di pihak yang benar,” katanya mengakui reda dengan ujian dilalui ini.
Adibah hadir ke mahkamah bagi sambungan perbicaraan kes tuntutan nusyuz yang difail dan diteruskan oleh bekas suaminya, Rosland walaupun mereka sudah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, perbicaraan kes nusyuz itu akan disambung pada tarikh 21 dan 26 September depan untuk Adibah memberi keterangan balas selepas keputusan dibuat hakim, Abdul Fattah Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Difahamkan, Rosland memfailkan tindakan nusyuz terhadap Adibah ketika mereka masih suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.
Adibah dan Rosland sudah berkahwin selama 28 tahun pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Rosland juga berkahwin kali kedua dengan Miera Leyana pada Julai 2020 lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Adibah Pernah Buat Laporan Polis, Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami
Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama, Perkahwinan 28 Tahun Berakhir Talak Satu
Dalam pada itu, peguam, Junid Ramali yang mewakili Adibah berkata, tuntutan kes nusyuz berkenaan sudah berlanjutan lebih setahun selepas difailkan Rosland terhadap anak guamnya, Adibah pada Disember 2021 lalu.
“Kami di pihak pembelaan yang mewakili Adibah selaku defendan sedaya upaya cuba mendapatkan keadilan untuknya walaupun pasangan sudah bercerai dan plaintif tetap meneruskan tuntutan kes ini.
“Cuma, pada perbicaraan hari ini kami hanya sempat serahkan dokumentasi sokongan termasuk menjawab beberapa isu bantahan dan melengkapkan keterangan daripada defendan,” katanya.
Ditanya juga sama ada pihaknya pernah membuat perbincangan dengan plaintif untuk selesaikan kes secara baik di luar mahkamah, Junid berkata, tentulah ada dan ia masih berterusan sampai sekarang.
“Kes ini sudah lama dan pasangan pun sudah bercerai. Jadi, saya sebagai peguam termasuk juga peguam pihak sana (plaintif), tetap berusaha kalau ada ruang untuk berbincang bagi diselesaikan secara baik.
“Apapun, plaintif (Rosland) tetap berhak meneruskan kes tuntutan ini atas alasan dan sebabnya yang tersendiri. Namun, pihak saya yang mewakili defendan (Adibah) akan buat kerja kita untuk menjawab dan membela diri bagi mengenepikan permohonan ini,” katanya.
Difahamkan, Rosland memfailkan tindakan nusyuz terhadap Adibah ketika mereka masih bergelar suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.