Membesarkan anak-anak memang memerlukan kos yang banyak. Zaman sekarang ni
mak ayah perlulah bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak yang baru lahir.Anak-anak perlukan simpanan demi masa depan mereka baik untuk kegunaan pendidikan dan sebagainya.
Salah satu peluang yang mak ayah perlu rebut ialah daftarkan anak yang lahir pada 2018 dalam akaun ADAM 50 dan automatik layak mendapat simpanan pelaburan RM200 dalam ASNB. Caranya cukup mudah, hanya perlu daftar dan buka akaun ADAM 50 tanpa perlu masukkan duit sesen pun.
Tapi atas sambutan yang kurang menggalakkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pengumuman bahawa program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) ditamatkan pada 31 Disember lepas.
Bagi yang belum tahu, ADAM50 adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB mulai 2018 untuk semua bayi warganegara Malaysia dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Nilai RM200 ini adalah pelaburan awal dan ia akan kekal di dalam dana hinggalah anak-anak mencecah usia 18 tahun sebelum ia boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Ia telah disasar untuk ditawarkan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, namun dikatakan kurang mendapat sambutan. Berdasarkan maklum balas, hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar. Atas sebab itu, ia akan ditamatkan pada akhir tahun 2018 ini.
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2019.
Jadi bagi yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Masih ada masa untuk mak ayah mendapatkan tabungan dana RM200 tersebut untuk anak.
Boleh rujuk di artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini untuk penerangan langkahnya.
Baca Disini:
Buka Akaun ADAM Tak Perlu Keluar Duit Pun, Automatik Anak Boleh Dapat RM200 Dalam ASNB
Sumber: Bharian