Sehingga pagi ini, rasa berbekas kehilangan anak syurga Adam Rayqal Mohd Sufi masih berbekas di hati. Selepas pengebumian jenazah malam rabu, ayah bayi 5 bulan ini, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 berkongsi rasa hati.
“Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami bersama di syurga.”
Beliau turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mencari anaknya. Yang mana kira-kira jam 11 malam Selasa, membawa kepada penemuan arwah disorokkan dalam peti sejuk beku dua tingkat di rumah pengasuhnya.
Kita bersyukur apabila Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisiober Ali Ahmad memaklumkan yang pihak polis telah pun mereman dua orang wanita selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Yang mana, dua wanita berkenaan adalah pengasuh Adam Rayqal sendiri berusia 33 tahun dan rakan serumahnya, berusia 36 tahun ketika di rumah sewa mereka yang terletak di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Dalam laporan yang dikongsikan Utusan Online, memaklumkan pengasuh ini juga menjaga seorang kanak-kanak OKU yang buta dan tidak boleh berjalan. Netizen juga mendedahkan pada hari yang sama, pengasuh ini sempat mengiklankan dirinya mencari anak untuk diasuh pada hari kematian Adam.
Yang mana, suspek ini sempat lagi meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting dalam sebuah grup pengasuh di Facebook. Beberapa jam kemudian, dia ditahan.
Dalam temubualnya bersama wartawan, ayah Adam Rayqal turut meminta agar netizen menghentikan sebaran gambar Adam Rayqal yang tidak sepatutnya.
“Kalau ada yang share gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal
.”Malam tadi jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam jam 10.30 malam. Sebelumnya, jenazah bayi itu disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam.
Sumber/Foto : Harian Metro, Kosmo, Mstar