Sehingga pagi ini, rasa berbekas kehilangan anak syurga Adam Rayqal Mohd Sufi masih berbekas di hati. Selepas pengebumian jenazah malam rabu, ayah bayi 5 bulan ini, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 berkongsi rasa hati.
“Saya tahu Adam Rayqal akan tunggu kami bersama di syurga.”
Beliau turut menzahirkan rasa berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mencari anaknya. Yang mana kira-kira jam 11 malam Selasa, membawa kepada penemuan arwah disorokkan dalam peti sejuk beku dua tingkat di rumah pengasuhnya.
Kita bersyukur apabila Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisiober Ali Ahmad memaklumkan yang pihak polis telah pun mereman dua orang wanita selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Yang mana, dua wanita berkenaan adalah pengasuh Adam Rayqal sendiri berusia 33 tahun dan rakan serumahnya, berusia 36 tahun ketika di rumah sewa mereka yang terletak di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Ads
Dalam laporan yang dikongsikan Utusan Online, memaklumkan pengasuh ini juga menjaga seorang kanak-kanak OKU yang buta dan tidak boleh berjalan. Netizen juga mendedahkan pada hari yang sama, pengasuh ini sempat mengiklankan dirinya mencari anak untuk diasuh pada hari kematian Adam.
Yang mana, suspek ini sempat lagi meninggalkan nombor telefon bimbitnya di ruangan komen posting dalam sebuah grup pengasuh di Facebook. Beberapa jam kemudian, dia ditahan.
Ads
Tolong Hentikan Sebaran Gambar Yang Tak Sepatutnya – Ayah Adam Rayqal
Dalam temubualnya bersama wartawan, ayah Adam Rayqal turut meminta agar netizen menghentikan sebaran gambar Adam Rayqal yang tidak sepatutnya.
“Kalau ada yang share gambar yang tidak sepatutnya, minta tolong hormati privasi arwah Adam Rayqal.”
Ads
Malam tadi jenazah Adam Rayqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam jam 10.30 malam. Sebelumnya, jenazah bayi itu disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah jam 9.53 malam.
Sumber/Foto : Harian Metro, Kosmo, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya berselimut putih tepi jalan tu mayat adik, niat ziarah mak di hospital akibat kanser bertukar tragedi. Sangat menyentuh perasaan apabila sekujur tubuh yang sudah ditutupi selimut putih rupanya adik sendiri.
Bagi seorang abang, ianya satu ujian yang sangat berat untuk diterima apabila adik meninggal di tepi jalan akibat kemalangan jalan raya. Masa yang sama, ibunya di hospital menerima rawatan akibat kanser dan ayahnya pula mengidap kencing manis juga di hospital sama.
Rupanya Berselimut Putih Tepi Jalan Tu Mayat Adik
Memetik laporan Berita Harian, seorang abang tidak menyangka mayat berselimut kain putih di tengah jalan adalah adiknya yang terbabit kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, berhampiran Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam tadi.
Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, Muhammad Hairie Fitri Mohd Husaini, 20, dalam perjalanan ke HSNZ yang berhampiran dengan lokasi kejadian.
Katanya, dia ke hospital untuk melihat ibu bapanya yang masing-masing dirawat di wad kerana kanser usus dan potong kaki akibat kencing manis (bapa).
“Disebabkan jalan ke hospital ditutup sebab ada kemalangan, saya berpatah balik dan melalui jalan Pantai Batu Buruk serta singgah di rumah rakan sebelum dimaklumkan adik kemalangan di jalan berkenaan.
“Sebelum itu, ketika sedang bekerja di pusat penjagaan kuda di Lembah Bidong, Setiu, saya menerima panggilan daripada rakan meminta segera pulang tanpa diberitahu kenapa.
Niat Ziarah Mak Di Hospital Akibat Kanser Bertukar Tragedi
“Saya menyangka ia ada kaitan dengan ayah atau ibu, tetapi tidak sangka pula rupanya adik yang meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.
Mangsa, Muhammad Araf Farhin, 16, pelajar GIATMARA Telemong, Hulu Terengganu maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang melanggar belakang kenderaan utiliti sukan (SUV).
Anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Panji Alam, di sini, selepas keluar minum bersama beberapa rakan.
Rakannya, Muhammad Rusdi Rashid, 16, berkata, dia bersama arwah keluar rumah jam 10 malam untuk minum bersama beberapa lagi rakan dan ketika perjalanan pulang, arwah didakwa mengekori rapat kenderaan berkenaan.
“Arwah gagal mengelak dan melanggar belakang kanan SUV itu sebelum tercampak manakala saya yang menunggang motosikal di belakang arwah juga terjatuh selepas terlanggar motosikalnya,” katanya yang cedera ringan.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat.
Besarnya pengorbanan. Di wajah isteri hanya terpancar ketenangan, segala runsing disembunyikan! Semua kepayahan dilupakan demi suami dan anak.
Hebat sungguh pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Semua Kepayahan Dilupakan Demi Suami, Anak
Ketika baru berkahwin, hidupnya diserahkan sepenuhnya ke tangan lelaki asing bernama suami. Lelaki itu bukan darah dagingnya. Lelaki itu mungkin saja akan mempersia-siakannya.
Tetapi dia pasrah dan menyerah. Sandarannya hanya tawakkal kepada Allah. Harapnya lelaki itu akan menjaga dia sebaik ayahnya sendiri.
Lepas kahwin, datang pula cahaya mata. Nyawanya dipertaruhkan untuk mengandung dan melahirkan. Tidak pernah dia menyesal. Dan tidak pernah dia mengeluh.
Di Wajah Hanya Terpancar Ketenangan
Semuanya dikorbankan demi cinta kepada suami. Segala kepayahan dilupakan demi kasihnya kepada suami.
Bila anak sedang meningkat dewasa, tanggungjawabnya bertambah dengan sendiri. Urusan suami dibereskan tanpa culas. Urusan anak-anak juga diambil tanpa ada rasa malas.
Sakit dan penatnya dia sahaja yang mengerti. Tekanan perasaannya dia sahaja yang menghadapi. Hidup dan matinya hanya untuk anak-anak dan suami.
Segala Runsing DiSembunyikan!
Di wajahnya terpancar hanya ketenangan. Segala runsing dia sembunyikan. Seboleh mungkin dia akan pastikan semua orang gembira. Walaupun kadang-kadang hatinya terlupa.
Bahang Ramadan yang bakal menjelang telah memberi inspirasi buat Ratu Rock, Ella melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ untuk tahun 2024. Ia merupakan satu penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.
Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
Konsep Koleksi ‘Kasih’
“Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, ia membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih,” ujar Ella.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran.
Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.
Mesej di Sebalik Kempen
Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.
Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.
Kasih
“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.
Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.
Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...