Adam, Rakan Karib Yang Buat Saya Senyum, Gembira Jadi Isterinya – Yuna

Share

Bahagia sekali melihat percutian bulan madu pasangan suami isteri yang diijabkabulkan 26 Januari lalu. Nampaknya Adam Sinclair, 34 dan Yunalis Zarai, 32 atau lebih mesra dipanggil Yuna ini memilih Tulum, Mexico sebagai destinasi honeymoon mereka.

Pasangan yang diijabkabulkan di tengah-tengah kehijauan rimba dan berpanoramakan Banjaran Titiwangsa serta kabus di Puncak Rimba, Bentong, Pahang ini sememangnya cintakan alam semula jadi.

Begitulah kisah cinta mereka yang cukup istimewa sekali. Dua tahun lalu, pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set pengambaran di ibu negara.

Hubungan cinta mereka juga taklah diketahui umum. “Saya sangat jarang berkongsi tentang hubungan saya dengan Adam secara terbuka kerana saya mahu simpan untuk diri sendiri saja

.”

 

Dari Rakan Karib Bertukar Rasa CInta

Yuna sendiri tak menyangka hubungan yang mulanya hanyalah atas dasar kerja akhirnya bertukar menjadi cinta.

Waktu mula kenal, Adam seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen iaitu pada awal tahun 2013. Dari teman biasa. mereka menjadi rapat, mula serius merancang untuk berkahwin.

Mood saya pada hari itu tak begitu baik. Perjalanan yang panjang dari Los Angeles ke Kuala Lumpur. Dengan jaduah penerbangan yang ditunda.

Bila sampai saja di set pengambaran, Adam buat saya jadi selesa dengan sikapnya yang positif dan tenang. Kerja berjalan dengan gembira.” Akuinya yang bersyukur dipertemukan dengan suami yang penyayang dan baik hati.

Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum serta ketawa. Saya gembira bergelar isteri kepada Adam

.”

 

Adam Faham Populariti Yuna

Adik kepada Ashraff dan Aishah iaitu Adam mengakui pernikahannya dengan penyanyi popular yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa itu pastinya akan turut mendedahkan dirinya kepada perhatian peminat-peminat Yuna.

Sebenarnya sebelum kenal dengan Yuna lagi saya sudah terdedah dengan situasi seumpama itu apabila abang dan kakak saya, Ashraff serta Aishah Sinclair merupakan selebriti yang dikenali ramai.

Saya sudah terbiasa dengan situasi itu apabila mereka menjadi perhatian ketika keluar dengan saya dan begitulah yang saya lalui ketika bersama Yuna. Saya okay sahaja dan tidak ada masalah kerana dari awal sudah memahami keadaan itu,” akui Adam.

Semestinya saya teruja untuk memiliki anak. Namun terpulang kepada rezeki dan biarlah berlaku secara sendiri. Sekitar Jun atau Julai nanti saya akan tampil dengan album baru dan selepas itu terlibat dengan jelajah di sekitar Amerika dan Eropah, saya agak sibuk sedikit,” jelas Yuna

Yuna juga turut menyatakan, suaminya, bakal mengikutinya ke AS dan membina kerjaya bersamanya di sana.

Saya akan meneruskan kerjaya seni seperti biasa di Amerika Syarikat dan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada keperluan kerja selain menjenguk keluarga di sini.

Segalanya masih dalam perancangan, Tapi kalau boleh saya mahu suami sentiasa dan dekat dan bersama dengan saya, jadi mungkin selepas ini dia akan ikut serta saya ke AS.

Adam seorang pengarah yang sangat berbakat dan mungkin selepas ini kami boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam kerjaya masing-masing,” kata Yuna.

 

Published by
Norhayati Suboh