Bahagia sekali melihat percutian bulan madu pasangan suami isteri yang diijabkabulkan 26 Januari lalu. Nampaknya Adam Sinclair, 34 dan Yunalis Zarai, 32 atau lebih mesra dipanggil Yuna ini memilih Tulum, Mexico sebagai destinasi honeymoon mereka.
Pasangan yang diijabkabulkan di tengah-tengah kehijauan rimba dan berpanoramakan Banjaran Titiwangsa serta kabus di Puncak Rimba, Bentong, Pahang ini sememangnya cintakan alam semula jadi.
Begitulah kisah cinta mereka yang cukup istimewa sekali. Dua tahun lalu, pasangan ini mula menjalin kasih selepas bertemu di sebuah set pengambaran di ibu negara.
Hubungan cinta mereka juga taklah diketahui umum. “Saya sangat jarang berkongsi tentang hubungan saya dengan Adam secara terbuka kerana saya mahu simpan untuk diri sendiri saja.”
Dari Rakan Karib Bertukar Rasa CInta
Yuna sendiri tak menyangka hubungan yang mulanya hanyalah atas dasar kerja akhirnya bertukar menjadi cinta.
Ads
Waktu mula kenal, Adam seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen iaitu pada awal tahun 2013. Dari teman biasa. mereka menjadi rapat, mula serius merancang untuk berkahwin.
“Mood saya pada hari itu tak begitu baik. Perjalanan yang panjang dari Los Angeles ke Kuala Lumpur. Dengan jaduah penerbangan yang ditunda.
“Bila sampai saja di set pengambaran, Adam buat saya jadi selesa dengan sikapnya yang positif dan tenang. Kerja berjalan dengan gembira.” Akuinya yang bersyukur dipertemukan dengan suami yang penyayang dan baik hati.
“Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum serta ketawa. Saya gembira bergelar isteri kepada Adam.”
Ads
Adam Faham Populariti Yuna
Adik kepada Ashraff dan Aishah iaitu Adam mengakui pernikahannya dengan penyanyi popular yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa itu pastinya akan turut mendedahkan dirinya kepada perhatian peminat-peminat Yuna.
“Sebenarnya sebelum kenal dengan Yuna lagi saya sudah terdedah dengan situasi seumpama itu apabila abang dan kakak saya, Ashraff serta Aishah Sinclair merupakan selebriti yang dikenali ramai.
Ads
“Saya sudah terbiasa dengan situasi itu apabila mereka menjadi perhatian ketika keluar dengan saya dan begitulah yang saya lalui ketika bersama Yuna. Saya okay sahaja dan tidak ada masalah kerana dari awal sudah memahami keadaan itu,” akui Adam.
“Semestinya saya teruja untuk memiliki anak. Namun terpulang kepada rezeki dan biarlah berlaku secara sendiri. Sekitar Jun atau Julai nanti saya akan tampil dengan album baru dan selepas itu terlibat dengan jelajah di sekitar Amerika dan Eropah, saya agak sibuk sedikit,” jelas Yuna
Yuna juga turut menyatakan, suaminya, bakal mengikutinya ke AS dan membina kerjaya bersamanya di sana.
“Saya akan meneruskan kerjaya seni seperti biasa di Amerika Syarikat dan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada keperluan kerja selain menjenguk keluarga di sini.
“Segalanya masih dalam perancangan, Tapi kalau boleh saya mahu suami sentiasa dan dekat dan bersama dengan saya, jadi mungkin selepas ini dia akan ikut serta saya ke AS.
“Adam seorang pengarah yang sangat berbakat dan mungkin selepas ini kami boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam kerjaya masing-masing,” kata Yuna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes pembuangan bayi makin berat. Sama ada bayi itu dikandung akibat sumbang mahram, rogol mahupun suka sama suka, anda yang tersilap langkah tidak ada hak membuang bayi itu. Berikan mereka peluang hidup dan membesar dengan keluarga angkat yang lebih baik.
Tak perlu letak bayi yang tak bersalah di tong sampah, surau, longkang mahupun semak belukar. Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi sebegini. Ada 12 cawangan di Malaysia. Moga perkongsian Cik Puan Reyna Ibrahim menerusi Move On Reyna Ibrahimini membuka mata ramai pihak.
“Puan boleh tolong saya? Saya nak bagi bayi saya pada orang. Saya tak nak jaga.”
Lama saya duduk memikir.
Hati cuba saya halangi dari terus membuat tuduhan atau kesimpulan. Siapa saya untuk menuduh si ibu itu bukan – bukan. Dia pasti punya kisah dan ceritanya yang langsung tidak layak untuk saya hakimi.
Saya fokus pada bantuan yang di minta. Lantas terkenang kembali lawatan saya ke Pusat Perlindungan Yayasan OrphanCare yang terletak di Kampung Tunku Petaling Jaya.
Ya….Baby Hatch kan ada?
Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi yang tidak begitu diketahui semua. Baby Hatch yang pertama adalah di Kampung Bukit Tunku Petaling Jaya.
Saya ke sana lebih kurang 2 tahun lepas. Hanya kerana desakan ingin tahu memandangkan ada yang memaklumkan pada saya tidak begitu ramai bayi dihantar ke sana berbanding bayi yang dibuang ibunya merata- rata.
kenapa begitu….
Maka saya ingin tahu?
Apakah di sana ada kamera litar tertutup yang akan mengenalpasti wajah ibu yang meninggalkan anaknya? Maka saya ke sana sekadar untuk melihat sendiri. Umum pasti tidak begitu mengetahui….
Di Malaysia sekarang ada 12 Baby Hatch yang sedang beroperasi selepas Baby Hatch yang pertama dirasmikan pada tahun 2010.
Ia umpama sebuah peti yang ruangnya amat selesa untuk memuatkan seorang bayi. Ada tilam bersih sebagai pengalas.
Ia mempunyai penggera yang akan berbunyi apabila.ada seorang bayi diletakkan. Serentak.dengan itu juga aircon dan lampu akan terpasang.
Penggera akan berbunyi bagi memaklumkan pada petugas bahawa ada bayi telah ditinggalkan di dalamnya. Kemudian petugas akan bergegas menguruskan bayi tersebut.
Di situ juga tiada sebarang kamera yang dipasang dan hal.ini tidak perlu dibimbangkan oleh para ibu yang ingin meninggalkan bayinya.
Saya kira….
Ini tempat paling selamat bagi mereka yang terdetik hatinya untuk membuang bayi. Jangan dibuang….
Serahkan pada tempat yang sepatutnya kerana pihak Yayasan OrphanCare ini juga akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat bayi bayi ini.
Kita mungkin boleh membantu menyebarkan info tentang Baby Hatch ini dalam usaha mengurangi masalah pembuangan bayi .
Ini bukan satu sokongan kepada ibu yang tidak ingin menjaga anaknya. Ini hanya satu usaha membela anak anak yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.
Jangan kita persoalkan tindakan seorang ibu kerana Allah lebih tahu. Seharusnya kita mengalihkan fokus untuk membantu bagaimana seorang anak itu harus mendapat hak yang sepatutnya selepas dilahirkan ke dunia.
Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim. Tiada yang lebih bermakna bagi pelakon cantik Anzalna Nasir,35 apabila hari istimewa kelahiran anak keduanya diraikan dengan para ‘tetamu istimewa’.
Apa yang lebih membanggakan Anzalna sekeluarga memilih untuk meraikan sambutan harijadi anak keduanya Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang genap berumur 1 tahun pada 20 Mei baru-baru ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Celebrated Emirhan’s first birthday with family and our special guest from @rumahanakyatimnurqaseh
Emirhan mungkin tak tahu apa-apa but kakak-kakak @rumahanakyatimnurqaseh akan bercerita pada Emirhan one day.
Emirhan is so lucky @mymumsbakery buatkan cake yang cantik walaupun mommy order last min. The kids had so much fun at @funxworld sampai taknak balik!
In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.
Terpancar keikhlasan Anzalna sekeluarga dan kegembiraan anak-anak yatim ini apabila turut berpeluang bermain pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang ditempah khas.
Doa Dimurahkan Rezeki Santuni Anak Yatim
Ramai yang tumpang gembira dan bangga apabila Anzalna berkongsi rezeki dalam menyantuni dan menggembirakan hati anak-anak yatim. Tidak kurang ramai juga turut mendoakan semoga ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dan keluarga diberikan rezeki melimpah ruah.
Terdahulu Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah tumpang gembira, apabila Anzalna memilih meraikan sambutan harijadi anaknya bersama anak-anak yatim ini.Semoga bertambah murah rezeki buat Anzalna dan keluarga untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Zulfadhli yang juga Pengarah Media Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM) dan delegasi ini terkandas berjam-jam di luar pintu Rafah Mesir malam tadi dan diarahkan masuk semula ke dalam Gaza. Malah tidak dibenarkan keluar dan perlu bermalam lagi di sana.
Seperti yang dimaklumkan Yatt Hamzah, delegasi Malaysia ini dalam usaha untuk keluar dari Gaza pada pagi ini. Jadual penerbangan mereka sepatutnya berlepas malam tadi.
Namun, insiden cemas yang sedang berlaku ini membuatkan mereka tidak dapat keluar dari Gaza apatah lagi pulang ke tanahair berjumpa ahli keluarga masing-masing.
Mohon rakyat Malaysia doakan keselamatan delegasi Malaysia yang mewakili MAPIM ini.
Mutakhir Dari Yatt Hamzah
Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jadi peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dapat hubungi dan maklumkan yang MEREKA SEMUA SELAMAT.
MEREKA BUKAN DITAHAN ISRAEL TAPI TENTERA MESIR. ALLAHUAKBAR.. ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH, KAU DENGAR DOA-DOA KAMI. TERIMA KASIH ATAS DOA-DOA KALIAN SEMUA.
Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega.
Alhamdulillah. Rupanya kami dapat maklumat yang salah malam tadi. Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dari pintu Rafah MESIR itu kerana sikap tentera/polis MESIR lebih kurang sahaja dengan ISRAEL.
Delegasi Malaysia Diarah Masuk Semula Dan Bermalam Di Gaza
Mereka TERKANDAS BERJAM-JAM SEMALAM dan DIARAH MASUK SEMULA KE DALAM GAZA DAN BERMALAM DI SANA SEBELUM MENCUBA LAGI UNTUK KELUAR PAGI INI.
Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dalam GAZA? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama-sama tunggu update berita terkini dari mereka. Sementara itu mohon semua teruskan berdoa agar mereka selamat keluar dari Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga masing-masing..Aameen Ya Rabb.
Juga teruskan menyumbang ke TABUNG WWW.TABUNGGAZA.COM
Sayunya Doa Yatt Untuk Suami
Take care suamiku @zulfadhli_khiruddin , Dr @saniarabyalkahery , Mejar @zulhanisz77, shbt tersyg @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan anggota delegasi misi #wakeupforGaza yang lain. Allah sentiasa bersama kalian in shaa Allah. Saya dan semua tak berhenti mendoakan kalian.
MW : Semoga suami Yatt dan delegasi Malaysia termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi dapat keluar dari Gaza dan pulang ke Malaysia dengan selamat. Amin.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...