Adam kini sibuk uruskan pusat rawatan alternatif Islam. Agak lama tidak mendengar perkhabaran penyanyi yang pernah muncul dalam rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia 2, Adam yang juga nama sebenarnya nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman ini.
Adam Kini Sibuk Uruskan Pusat Rawatan Alternatif Islam
Bertemu dengannya sewaktu sidang media, Hijrahkan Laguku program terbaru dari TV Al-Hijrah baru-baru ini, figura yang berasal dari Sabah akui dirinya tidak seaktif dulu dalam bidang seni.
Sejak memperlahankan kerjaya seni, dia aktif dalam bidang perniagaan termasuk menguruskan pusat rawatan alternatif Islam yang diasaskan lebih tujuh tahun lalu.
“Alhamdulillah kehidupan saya baik-baik sahaja dan sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan sebelum ini.
“Selain itu saya juga memberi tumpuan kepada pusat rawatan alternatif Islam yang kini diuruskan oleh adik saya di Puncak Alam, Shah Alam.
“Selepas penghijrahan lebih 10 tahun dulu, itu adalah salah satu cara saya untuk mendekatkan diri dengan tuhan, selain amal ibadah,” kongsi Adam.
Bantu Mereka Yang Memerlukan
Akui Adam dia kini mahu membantu mereka yang memerlukan.
“Saya cuba membantu mereka yang memerlukan dengan kaedah yang mengikut ajaran agama yang mana ia secara tidak langsung dapat menyebarkan dakwah kepada orang ramai termasuk diri saya sendiri,” jelasnya.
Merungkai tentang personal dirinya pula, Adam yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Fiza Abd Halim pada 2013 dan berpisah setahun selepas itu, mengakui masih bergelar duda.
“Tiada istilah serik buat saya untuk berkahwin lagi. Jika ada jodoh, insyaAllah saya bersedia ke arah itu.
“Saya masih mencari yang sesuai. Pernah berkawan, tetapi tidak menjadi dan kita usaha lagi,” sambungnya.
Tidak Berhasrat Tinggalkan Dunia Nyanyian
Ads
Adam yang turut beraksi sebagai peserta program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV Islamik, Hijrahkan Laguku juga menyatakan dirinya tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia nyanyian.
“Alhamdulillah saya bersyukur dapat peluang menyertai program ini, sekali gus kembali beraksi di pentas untuk mengubat rindu para peminat.
“Sebelum ini saya sibuk menguruskan perniagaan, selain aktiviti dakwah menyebabkan saya jarang muncul di kaca TV, termasuk menjayakan persembahan pentas.
“Jadi ramai peminat tanya bila saya nak keluar dengan lagu atau program baharu. Hijrahkan Laguku adalah jawapan kepada pertanyaan itu dan saya harap dapat mengubat rindu mereka,” kongsinya yang turut akan tampil dengan lagu baru berjudul, Apa Khabar, pada awal Januari depan.
Sumber Foto : Instagram Adam
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Realiti gaji jurutera di Malaysia, lelaki kongsi graduan luar negara peroleh basic RM2400. Jika ramai mak-mak mahukan calon menantu berkerjaya jurutera dan memandang rendah mereka yang bekerja dalam bidang retail, rasanya hal ini perlu difikir sedalamnya.
Malah kalau beranggapan gaji jurutera juga adalah tinggi dan memakai kereta berjenama setidaknya H, hal ini juga perlu difikirkan sedalamnya oleh para gadis kerana pendedahan dari Muhammad Faris Abdullah yang berkongsi gaji diperolehnya sebagai jurutera pasti menukar persepsi bahawa gaji tidaklah selebat mana.
Realiti Gaji Jurutera Di Malaysia
Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial, Muhammad Faris menyertakan slip gaji sebagai bukti gaji diperolehnya iaitu gaji permulaan RM2400 walau memiliki ijazah dari luar negara. Jelas satu fakta yang menakutkan bagi anak muda yang mungkin memiliki ijazah kejuruteraan bahawa mereka tidak boleh demand gaji tinggi.
Katanya, antara gaji permulaan terlampau rendah seakan tidak berbaloi dengan kesukaran belajar serta pinjaman pendidikan lebih RM500,000 yang perlu dibayar kepada MARA.
Lelaki Kongsi Graduan Lulusan Luar Negara Peroleh Basic RM2400
Bacalah perkongsiannya :-
Cikgu pencen awal sebelum tarikh wajib bersara.
Graduate Australia UK US Engineer di Malaysia pencen awal sebelum mula bekerja.
Kami belajar luar negara belajar engineering pakai duit rakyat pergi Australia habis hampir RM500,000. Setengah juta tu untuk satu orang budak.
Bayangkanlah saya dulu graduate engineering Australia kerja swasta kena kerah 6 hari bekerja gaji basic 2400. Tingtong² bersih 2000 je. Hina betul budak xde SPM keja retail pun gaji bersih 3k.
Ramai kawan² saya bersara pencen awal dari jadi engineer last² jadi agen jualan. Macam² lah tak perlu saya sebut. Lagi untung kerja santai duit masyuk hari² tayang harta jalan² luar negara.
Saya kerja engineer di Malaysia hari² kira duit sen² sahaja.
Negara rugi budak² bijak pandai belajar engineering luar negara last² balik Malaysia kerja jadi agen jualan. Mana taknya gaji permulaan engineer rendah sangat. Itu yang ramai lari baik jadi agen jualan.
Negara rugi habis berjuta wang rakyat duit MARA ingatkan dapatlah pertukaran teknologi dari negara luar rupanya balik tak jadi engineer.
Kalau saya jadi pengerusi MARA saya tak tahu mana nak letak muka saya.
Untuk pelajar tajaan mara dimasa hadapan cubalah ikat mereka kena juga kerja jadi engineer. Kalau gaji rendah supps la sebulan 500 ke latih budak² graduate engineering luar negara ini setahun dua sampai jadi pakar. Buat joint venture dengan MNC/Big company hantar budak² ni ke sana.
Bukannya balik Malaysia kerja jadi agen jualan. Sayang semuanya budak pandai tapi demotivate dengan gaji yang rendah. Siapa tak koyak gaji 2k sahaja.
Sedihnya jadi engineer di Malaysia. Patutlah abang Hei wassap guys pun pencen awal dari kerja engineer bukak business sendiri lagi untonnggggh.
Terima kasih mak! Perkataan itu belum cukup untuk membalas jasa-jasa mak kita. Tapi ucapan itulah membuatkan kita sedar diri kita siapa hari ini. Tanpanya, kita tak akan hidup di dunia ini.
Walaupun ucapan terima kasih mak belum mampu membalas jasanya tapi sekurangnya kita kena hargai apa yang mak sanggup korbankan demi anak-anak dan memberi kekuatan buat anak-anaknya.
Inilah kata-kata yang sering diucapkan oleh insan istimewa pada ibunya.
Siapa tidak kenal dengan Sukur Ibrahim. Beliau seorang usahawan OKU dan merupakan Pengurus Besar di D Strike Solution iaitu syarikat pembekal dan memasang karpet di seluruh dunia.
Namanya mula meniti di bibir masayarakat kerana insan isitimewa ini banyak memberi inspirasi kepada orang ramai dan tidak pernah putus harapan dalam kehidupannya.
Selain usahawan berjaya, beliau juga merupakan Agency Supervisor di CIMB dan turut digelar selebriti dakwah dan perunding motivasi di TV dan radio. Beliau tleah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
.
Dulu 3 jengkal Sekarang 3 Kaki
Dalam perkongsiannya di IG, kejayaan beliau hari ni adalah ihsan mak ayahnya. Doa mereka membuatkan Sukur berjaya.
Lebih menarik, bila beliau merasa putus semangat, dia suka berkongsi dan mengadu pada ibunya. Malah, ibunya sentias teguh di belakang dia untuk memberi semangat.
Tidak pernah merasa diri kekurangan dan beliau bangkit dan mampu berjaya seperti orang lain.
Rupanya semasa kecil, tingginya hanyalah 3 jengkal saja, kini, dah 3 kaki. Ikuti video yang dikongsikan ini.
“Mak cakap dulu masa sekolah saya tinggi 3 jengkal je. Sekarang tinggi dah 3 kaki. Dulu kurus kecikk je sekarang dah besar gedobok. Sabar je la mak saya ni.
Terima kasih mak. Sukur kuat kerana Mak. Kalau mengadu dengan mak pasal bisnes mahupun kehidupan harian mak yang melenting lebih kalau ada yang tak kena. Back up anak dia..huhu. Sampai sekarang. Mak tetap teguh pertahankan saya.
Semua yang Sukur ada hari ini ihsan mak dan abah. Doa mak abah sangat bermakna buat Sukur. I love you Mak dan Abah”.
Ini antara gambat semasa belajar di sekolah rendah. Waktu ini setiap hari mak akan bekalkan makanan. Jadi, boleh terus makan dalam kelas dan tak perlu ke kantin.
Terima kasih Mak!
Mingguan Wanita : Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan putus semangat dan terus berusaha. Semuanya yang tebaik untuk diri kita.
Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...