‘Anak Dara Jangan Baik Hati Sangat Keluar Duit Sendiri Bagi Dekat Teman Lelaki Atau Tunang’ itu antara petikan kata-kata nasihat yang diberikan oleh Adam Corrie didalam akaun twitternya. Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa Adam Corrie menyampaikan pesanan khas begini buat anak dara atau wanita yang belum berkahwin.
Siapa yang tidak kenal Adam Corrie Lee Abdullah,55 pelakon berketurunan Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Beliau juga merupakan seorang pereka tari profesional (koreografer) dan telah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun. Adam Corrie aktif dengan kegiatan dakwah serta rajin berkongsi nasihat berguna di media sosial seperti laman Twitter dan Instagram.
Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan,2017 ini, ada berkongsi ‘tweet’ nasihat serta pesanan buat anak dara dalam menjaga perhubungan dengan teman lelaki atau tunang terutamanya dari segi kewangan.Pesanan ini mendapat lebih 21,000 perkongsian retweet di laman tweeter.
Wahai anak dara yang ada teman lelaki atau tunang. Jangan baik hati keluar duit sendiri bagi dekat teman lelaki atau tunang untuk duit hantaran atu duit sara seharian. Nanti dah kahwin, mereka dah biasa perempuan bagi duit. Duit nafkah rumahtangga nanti diorang tak bagi.Tak larat dah nak bagi nasihat.
Jangan bagi ikan, bagilah kail supaya mereka boleh mencari rezeki sendiri dan menjana pendapatan kelak.
Tolong jangan mengadu dengan saya, teman lelaki atau tunang asyik minta duit dari anda. Anda yang rela bagi duit sebab kesian dan cinta..sanggup bagi semua duit, body dan segalanya.. tanya diri sendiri.
Tak salah kongsi duit, tapi jangan ambil kesempatan dan lepas tanggungnjawab. Sebab ramai yang lepas tanggungjawab bila tahu pasangannya boleh tanggung semua. Bukan mudah jadi suami kalau tak ada rasa tanggungjawab pada keluarga.
Kalau rasa duit hantaran mahal, boleh bincang dengan keluarga pihak wanita. Tunjukkan yang anda sebagai lelaki mampu sara hidup dan jaga anak perempuan mereka kelak. Kalau belum kahwin, duit rokok pun hari-hari minta dengan teman wanita . Macam mana tu. Doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.
Ada benarnya juga nasihat Adam Corrie ni, iyalah jika sebelum berkahwin lelaki dah terbiasa minta duit dekat perempuan, apatah lagi bila dah berkahwin nanti. Mahu lepas semua tanggungjawab pada isteri nanti.
Jadi buat anak-anak dara dan kaum wanita, mohon take note dan renung-renungkanlah nasihat ini. Buatlah keputusan yang bijak sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Adam Corrie