Dalam mengejutkan anak dari tidur yang lena ada cara dan adabnya yang tersendiri. Barulah anak tersebut bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas. Malah cara mak ayah kejutkan anak-anak bangun tidur pun, sebenarnya boleh mempengaruhi emosi mereka sepanjang hari.
Bukan apa, cuba semak semula cara kita kejutkan anak sebelum ini bagaimana. Adakah mengikut adab yang sebaiknya.
Ini yang sepatutnya dilakukan ketika membangunkan anak-anak dari tidur sebagai panduan;
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur.
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi, solat Subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Nak Anak TIDUR AWAL Jangan Biarkan Perutnya Lapar Elak Berjaga Malam, Kena Biasakan!
Teknik Perah Dan Ramas Akan Lembutkan Lampin Pakai Buang, Ini Cara Buat Anak Tidur Malam Lebih Lena
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak salah kita sebagai mak ayah, memperbaiki diri memperbetulkan semula adab dan cara kita kejutkan anak-anak dari tidur sebelum ini.
Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita