Adab Bersedekah & Menerima Sedekah, Ada Caranya Nak Doakan Pemberi Dan Penerimanya

Share

Adab bersedekah, satu amalan yang sangat paling mudah untuk kita lakukan. Tak kiralah sedekah dalam bentuk wang tunai, barangan atau sebagainya. Inilah amalan yang boleh menghapuskan dosa-dosa kecil.

Namun, perasan tak, tiap kali kita bersedekah selalunya kita minta orang yang menerima itu doakan untuk kita. Biasanya doa untuk kita snetiasa dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan.Tidak salah pun untuk kita meminta orang yang kita sedekah itu doakan untuk kita.

Dalam perkongsian Ahmad Saifuddin Yusof ini boleh kita jadikan panduan terutamanya bila kita bersedekah dan penerima sedekah itu. Ada cara dan adabnya supaya kita diberi ganjaran pahala setimpalnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sedekah Dan Wakaf Untuk Orang Guna, Beri Manfaat & Pahala Sentiasa Mengalir

Bila Rasa Malas, Susah Hati, BERSEDEKAHLAH, Itu Amalan Yang Paling Senang Dan Tenang

 

Info Lebih Menarik DI SINI

Adab Bersedekah, Ada Caranya

Adab Bersedekah Serta Meminta Doa dan Adab Menerima Sedekah

Orang Bersedekah

Orang yang memberi sedekah tidak boleh meminta balasan daripada orang yang dia beri sedekah walaupun diminta supaya orang itu mendoakan kejayaan hidup dan bisnesnya.

Contohnya kita berkata, “Mohon doakan bisnes saya ya supaya lebih maju.” Sambil menghulurkan wang sedekah.

Ia tidaklah menjadi haram, namun para ulama’ berkata dibimbangi mengurangkan pahala sedekah.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla;
وَیُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِینࣰا وَیَتِیمࣰا وَأَسِیرًا ﴿ ٨ ﴾
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,

إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِیدُ مِنكُمۡ جَزَاۤءࣰ وَلَا شُكُورًا ﴿ ٩ ﴾
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9)

Surah Al-Insan ayat 8-9
Ibn Taymiyyah menyatakan;
ومن طلب من الفقراء الدعاء أو الثناء خرج من هذه الآية
“Sesiapa yang meminta didoakan oleh orang miskin atau meminta dipuji, maka dia terkeluar dari maksud ayat ini (Surah al-Insan : 9).” – Majmu’ Fatawa

Orang Menerima Sedekah

Orang yang menerima sedekah pula, elok adabnya mendoakan orang memberi sedekah itu supaya rezeki dan kebaikannya bertambah.

Abdullah bin Abi Aufa Radhiyallahu anhuma memberitahu;
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أُتِيَ بِصَدَقَةٍ قَالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ. وَإِنَّ أَبِي أَتَاهُ بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى

“Ketika sedekah (zakat) dibawa ke hadapan Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam, baginda pun berdoa, ‘Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada mereka.’

Ayah saya pernah membawa sedekah (zakat)nya, maka Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam berdoa, ‘Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada keluarga Abu Aufa.’” – Sahih al-Bukhari

Sebaiknya kita yang mendoakan kepada orang miskin yang dihimpit kesusahan hidup bukannya kita pula meminta mereka mendoakan kita.

Mingguan Wanita : Kena faham betul-betul terutamanya yang memberi sedekah. Biasanya yang menerima sudah tentu akan syukur dan doakan yang memberi sedekah.

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora