makan telur

Dahsyat, ada juga orang yang takut nak makan telur! Haa… memang jarang nak jumpa orang yang tak suka makan telur sebab dia punya nikmat boleh buat makan nasi bertambah-tambah, nak masak pun senang!

Tetapi bagi golongan yang kononnya nak kontrol makan telur sebab risau diserang kolestrol, anda boleh ‘gali’ penjelasan lebih jelas daripada saudara Hafiz Sulaiman ini…

Makan Telur Jadi Punca Kolestrol?

Teringat pesakit jantung yang mengadu punca sakitnya ialah kerana makan roti canai telur hari-hari.

IKLAN

Katanya telur banyak kolesterol… doktor.

Roti canai bilas teh tarik yang jelas tiada nutrisi @ “kalori kosong” dari segi sains jelas sangat bahayanya pada jantung..tak pula dipersalahkan.

IKLAN

Pada tahun 2015 USDA telah mengelurkan garis panduan baru bahawa makanan kolesterol tiada bukti kukuh menyebabkan masalah kesihatan penyakit jantung.

IKLAN

Telur merupakan makanan padat nutrisi..terutamanya kuning telur, yang padat dengan vitamin larut lemak A, D, E, K2, biotin, choline, antioksida zeaxanthine dan lutein, selenium, magnesium dan bermacam-macam zat lagi.
Telur juga secara konsisten di dalam kajian saintifik meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Saya pilih untuk makan setiap hari supaya sihat. Rugi sape takut makan telur. Jom makan telur!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI