Perkara yang menarik mengenai ketumbar adalah tumbuhan ini ialah daripada daun, bunga, biji, batang dan akarnya boleh dimakan. Namun begitu biji dan daun ketumbar adalah bahagian yang paling banyak digunakan dalam masakan mahupun perubatan.
Ketumbar adalah salah satu herba dan rempah paling tertua pernah direkodkan. Nama saintifik ketumbar adalah coriandrum sativum.
Biji ketumbar berbentuk bulat berwarna coklat kekuningan. Daun ketumbar pula berwarna hijau, bergigi serta mempunyai aroma kuat.
Ketumbar penuh dengan kebaikan untuk kesihatan. Dikatakan terdapat 11 bahan minyak pati dan enam jenis asid (termasuklah asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C).
Selain itu, ketumbar turut mengandungi mineral seperti fosforus, kalsium, magnesium, potassium, sodium dan juga vitamin A, B,C dan K.
Kebaikan ketumbar terhadap kesihatan memang tidak dapat dinafikan.
Cineole, satu dari 11 bahan minyak pati, dan asid linoleik terdapat dalam ketumbar. Bahan-bahan ini memiliki sifat-sifat antireumatik dan antiartritis. Ia dikatakan mampu mengurangkan pembengkakan yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan tadi.
Sifat-sifat penyahjangkit (disinfektan), penyahtoksikan, antiseptik, antikulat, dan antioksidan ketumbar dikatakan sesuai untuk membersihkan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan dan jangkitan kulat.
Kehadiran asid-asid dalam ketumbar seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbik amat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ketumbar juga dikatakan mengurangkan tahap pemendapan kolesterol jahat atau LDL di sekeliling lapisan dinding arteri dan vena yang boleh membawa kepada masalah kardiovaskular serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan stroke. Paling penting, herba ini dikatakan mampu membantu meningkatkan tahap kolesterol baik atau HDL yang akan bertindak sebagai barisan pencegahan dalam menentang sejumlah masalah kesihatan berbahaya.
Bahan-bahan minyak pati yang ditemui dalam ketumbar seperti borneol dan linalool dikatakan mampu membantu dalam pencernaan, fungsi hati dengan sempurna, dan mengikat usus sekaligus mampu menbantu merawat diarea. Ketumbar dikatakan mampu dimakan untuk mencegah loya-loya, rasa muntah dan masalah perut.
Ketumbar dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah mereka yang mengalami hipertensi. Ia menguatkan interaksi ion-ion kalsium dan acetycholine iaitu pemancar saraf dalam periferi dan sistem saraf utama, dan menenangkan tekanan pembuluh darah; sekaligus mengurangkan peluang untuk mendapat masalah kardiovaskular termasuklah serangan jantung dan stroke.
Citronellol, bahan minyak pati dalam ketumbar adalah antiseptik hebat. Selain itu bahan-bahan lain yang terdapat dalam ketumbar mempunyai kesan penyembuhan dan antimikrob yang memastikan luka dan ulser menjadi semakin teruk. Memakan ketumbar dikatakan mampu mempercepatkan proses penyembuhan ulser dan mencegah nafas berbau.
Ketumbar kaya zat besi, yang mampu digunakan bagi membantu mereka yang mengalami anemia. Kandungan zat besi yang rendah dalam darah boleh membawa kepada masalah sesak nafas, palpasi jantung, kelesuan melampau dan pengurangan dalam fungsi kognitif. Besi juga berguna untuk memastikan organ-organ berfungsi dengan sempurna, meningkatkan tenaga dan kekuatan dan merangsang kesihatan tulang.
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa ketumbar memiliki sifat-sifat antihistamin kuat yang boleh mengurangkan kesan tidak selesa alahan bermusim dan rhinitis. Minyak ketumbar juga dikatakan boleh digunakan untuk mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan berikutan dengan sentuhan pada tumbuhan, serangga, makanan dan bahan-bahan lain.
Ketumbar adalah perangsang asli, dan ia mampu mengawal rembesan sempurna daripada kelenjar endokrin. Kesan berhormon ini ia mampu membantu dalam mengawal kitaran haid dengan sempurna dan mengurangkan penyakit yang dikaitkan dengan haid wanita.
Ketumbar penuh dengan antioksidan, vitamin A, vitamin dan mineral seperti fosforus, yang mampu mencegah masalah penglihatan, kemerosotan makula, dan mengurangakan tekanan pada mata. Terdapat beta karotena pada daun ketumbar yang mampu mencegah sejumlah penyakit yang memberi kesan pada mata. Ia juga dikatakan mampu memterbalikkan kesan kemerosotan penglihatan pesakit berusia.