Bab rumah tangga, kaum isteri tak pernah jemu tetapi pada satu tahap emosinya akan letih. Ini bahaya! Walau suami dah bagi nafkah yang cukup, namun percayalah itu belum tentu membantu untuk buat mak-mak rasa bahagia.
Ya, isteri selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa. Malah, tindakan kaum wanita selalu bercanggah dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Kata OK, sebenarnya tak berapa nak OK. Hah, agak-agak payah tak faham hati sebenar seorang wanita bergelar isteri? Apa yang kaum isteri nak sebenarnya?
Haaa… jangan pening dulu sebab semua jawapan itu ada dalam perkongsian seorang suami yang punya anak 3, Wan Abdul Azim ini…
Isteri Selalu Dengan Rutin Harian Yang Sama
Isteri seawal mencelik mata sarat fikir banyaknya perlu dibuat dan diuruskan, menyiapkan makanan, mengasuh dan menysu anak.
Ada isteri yang terkejar kejar masa kerana perlu berkerja di luar dan menyiapkan segala pekerjaan yang telah diarahkan bos dalam masa yang sama perlu menguruskan hal berkaitan rumah dan anak-anak tidak kurang juga yang menjadi suri rumah tetapi masih berkerja dengan berniaga online, mengambil upah menjahit, membuka kelas tuisyen di rumah, menjual nasi lemak dan kuih di hadapan rumah, menjadi baby sitter dan lain-lain.
Ads
Hakikatnya mereka yang berkerja di luar mahupun yang berkerja di rumah kedua duanya adalah ibu dan isteri sepenuh masa. Kedua-duanya masih bergelar suri rumah kalau mengikut pemahaman aku sendiri. Mereka tetap suri rumah sepenuh masa.
Cuba bayangkan yang mengurus rumah tangga sepenuh masa adalah suami? Mampukah kita menggalas tugas yang digalas isteri kita? Kerana itu emosi isteri mudah cedera kerana dia keletihan bekejar menguruskan pelbagai perkara.
Apa Yang Para Suami Patut Buat
Jadi kita cubalah jadi suami dan ayah yang baik buat isteri dan keluarga kita. Kita bantu mereka. Isteri ini wanita. Wanita ini bila keletihan sebenarnya dia suka bila kita mendengar luahan rasa dia. Apabila masalah banyak bertandang dalam minda dia, dia suka nak bercerita kepada kita.
Kadang-kadang tak ada masalah apa pun, tapi dia mula “mengada-ngada” dengan kita. Sebabnya dia dah letih memanjakan anak-anak dan suami dia. Sang suami jadilah kamu pendengar yang setia.
Ads
Jangan apabila isteri baru hendak memulakan kata, kamu sudah matikannya dengan kata-kata. “Awak ni hari hari cerita yang sama.”
Kita suami bosan mendengar sedangkan isteri tak pernah bosan menguruskan rutin harian yang sama.
Dan aku juga banyak belajar dari isteriku. Sememangnya hari-hari akan cerita yang sama kerana hari-hari itulah rutin motherhood yang mereka lalui. Anak menangis. Anak bertempik. Anak membuat perangai. Anak mengempeng. Anak bergaduh berebut mainan dan barang. Si kakak kacau baby tidur. Si abang yang dahagakan perhatian. Hampir setiap hari cerita yang sama. Tak apalah. Kita dengar aja meraikan isteri kita bercerita.
Suami ambil peranan, manja-manjakanlah isteri pula walupun sekadar mendengar dia melepaskan lelah di dada. Manusia terbaik dan paling layak untuk si isteri berbicara terutama apabila perkara tersebut membabitkan perihal sendiri atau rumah tangga sudah tentulah pasangannya.
Ads
Barangkali sumbangan kita sebagai pendengar ni sangat memberi impak yang besar mengubat tekanan jiwa isteri kita yang seharian dipenuhi dengan pelbagai kerenah kerja dan anak-anak.
Tak boleh lah mengharap isteri sahaja menjadi supermama dan superwoman. Suami juga perlu menjadi supersuami dan superdaddy! Bantu isteri kita sebaiknya!
Beringatlah Bila Isteri Penat…
Dalam rumah tangga ini, Iblis sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan rumah tangga. Jadi, saling membantulah agar kecederaan emosi isteri itu kita yang menjadi penawarnya. Hidup berumah tangga ni bak kata isteri “the struggle is real.” Sama samalah berjuang. Kita suami, kita ketua keluarga wajiblah kita bertempur bersama.
Kata-kata Iblis untuk merosakkan emosi si ibu, rosak ibu rosalah semuanya.
Buatlah ibu merasa selalu dalam kelelahan dan kepenatan, kerana rentetan dari kelelahan itu adalah sakit kepala, mudah marah, mudah mengucapkan kata-kata kasar, mudah melakukan kekerasan fizikal kepada anak dan kelelahan itu juga akhirnya yang membuat ibu itu jadi merasa enggan atau tidak ada waktu utk mengurus dirinya sendiri dan kerana kepenatan itu juga akhirnya membuat ibu enggan melayani ‘permintaan’ suaminya. Maka jika ibu rosak jiwanya, maka akan lebih mudah bagi iblis utk merosak dan menghancurkan anggota keluarganya.
Aku, Wan Abdul Azim jarang menukil kata-kata tapi ini coretanku agar kaum suami dan ayah buka mata. Isteri kita bukan hamba, isteri kita amanah kita yang akan dipersoalkan pertanggungjawabannya di akhirat kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasa kalau cakap nak hargai penat pasangan kena beli hadiah atau barangan mewah sebagai tanda kasih sayang. Kononnya, itulah untuk menghargai pasangan.
Memang tak salah pun nak hargai penat pasangan dengan memberi barangan atau hadiah. Tapi bagaimana dengan keadana fizikalnya yang penat uruskan rumahtangga. Adakah suami layan emosi penat lelah isteri selama ini.
Jangan fikir, nak hargai pasangan dengan memberi hadiah semata-mata. Malah tak perlu pun nak habiskan duit dengan cara ini. Bagaimana pula dengan pasangan yang hidup sederhana, sanggupkah berhutang untuk membeli hadiah, semata-mata nak hargai pasangan.
Sebenarnya, hidup serba serbi sederhana pun boleh membuatkan pasangan bahagia. Caranya, cukup mudah dengan hanya membantu pasangan di rumah pun buat dia bahagia.
Inilah yang dikongsikan oleh Syahirah Omar tentang mudahnya nak bahagia dan hargai isteri. Tak susah pun caranya.
Saya ada seorang kawan yang sudah berumahtangga. Hidupnya sangat bahagia. Anak-anak yang baik dan mendengar kata. Sejuk hati bila tengok keluarga kecil mereka.
Setiap pagi suami pergi kerja naik motor. Isteri tadi uruskan 4 orang anak lelaki mereka, hantar dan jemput anak di sekolah naik kereta wira lama warna biru.
Saya suka lihat cara mereka suami isteri. Saya rasa saya tahu kenapa kawan saya ni nampak sangat bahagia. Mungkin ada gaduh sesama mereka biasalah suami isteri, tapi saya tertarik nak kongsikan di sini kenapa kawan saya bahagia.
Saya perhatikan,
1. Setiap kali isteri dia bercakap, suami pandang tepat pada mata isteri. Setiap kali isteri panggil, suami terus bangun tinggalkan urusan suami dan fokus pada isteri. Sebab itu juga anak-anak mereka sangat mendengar kata bila melihat ayah mereka juga begitu. Mata bukan di handphone, di laptop atau di TV.
2. Hidup kawan saya sangat sederhana. Tapi mereka tenang saja. Setiap petang kalau suami dia balik kerja, kawan saya cerita suami mesti beli makanan untuk keluarga. Kuih muih, biskut atau apa saja. Tak pernah pulang dengan tangan kosong. Kata suami dia, rezeki murah bila bahagiakan anak isteri walaupun dengan bawa pulang sebungkus biskut cicah teh O.
3. Suaminya sangat ringan tulang. Isteri tak perlu suruh itu ini. Bukan senang uruskan 4 anak lelaki tetapi bila seorang ayah sangat rajin menolong si ibu, anak mereka pun jadi rajin juga. Yes, children are great imitators. So give them something great to imitate.
4. Kawan saya cerita setiap Maghrib dan Isyak pasti mereka solat berjemaah. Bila hari cuti, suami akan bawa anak yang besar sikit ke surau. Bila jaga solat, Insya Allah semua urusan Allah pasti jaga.
5. Bila hari cuti, suami dia bawa pusing naik kereta. Bila dah gaji, suami pasti bawa dia pergi kedai Eco. Tak mahal, tapi memang itupun dah buat isteri bahagia.
Benarlah, tak susah nak bahagiakan isteri. Isteri cuma mahu dihargai. Bila terlalu penat uruskan keluarga isteri cuma mahu suami peduli emosi isteri.
Kadang bila isteri mengadu penat uruskan anak bukan bermaksud dia terbeban dengan anak dan tidak bersyukur. Hakikatnya dia terlalu sayang anak-anak. Dia cuma mahu bercerita. Dia cuma mahu meluah rasa. Dia cuma penat emosi, mental walaupun fizikal masih bertahan lagi.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)
Saya doakan semoga rumahtangga kalian bahagia sampai Syurga dan sentiasa dalam Rahmat Allah.
Mingguan Wanita : Isteri tak minta lebih pun sebab dia tahu setakat mana kemampuan suami. Cuma nak hargai untuk dia hilangkan penat emosi bila uruskan keluarga.
Rata-rata orang perempuan yang dah bergelar isteri akan alami masalah ini; ‘Lepas Kahwin Je Mesti Gemuk’. Bila dah mula kena tegur dengan kawan-kawan, adik beradik malah mak ayah, mulalah anda gelabah. Cari segala macam teknik diet yang boleh diamalkan. Kadang tu sampai sanggup tak makan nasi dekat dua minggu. Tapi yang stressnya badan tetap begitu. Paling seram makin naik.
Mana silapnya ya? Anda pun tak faham kenapa dah cuba cara diet yang ditemui di facebook, IG, twitter malah website kesannya tetap ‘kosong’… tak berubah. Jangan salahkan semua itu, tapi lihat dulu kenapa hal ini (masalah naik badan) boleh berlaku pada anda. Coach Syai Aizat berkongsi 3 sebab ini yang memang anda akan buat ketika bahagia menguasai diri.
Lepas Kahwin Je Mesti Orang Gemuk?
Selalu kita lihat orang naik berat badan selepas berkahwin.Kenapa jadi macam tu?.Adakah itu side effect kahwin?
.
Okay biar syai share sikit.Sebenarnya kahwin tidak salah dan bukanlah penyebab anda naik berat badan dan ada yang kata mungkin kesan daripada “hubungan suami isteri” yang menyebabkan perempuan naik berat badan.
.
Sebenarnya ia adalah tidak benar.Cuba anda semak semula aktiviti anda seharian selepas kahwin. Apa perbezaan sebelum kahwin dan selepas kahwin?
.
Selalunya orang selepas kahwin dia akan ada satu cabaran baru iaitu ‘Rasa bebas pemakanan selepas dah ade suami’
1. Aku Dah Ada Suami Yeeah!
So masa ni aku nak makan segala-galanya sebab aku dah ade suami? dulu tak ada suami kenalah jaga body sikit..
2. Selepas Kahwin Adalah Satu Perkara Yang Paling Sweet Bila…
?makan sama sama?. Ya makan sama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan.
3. Makan Lebihan Anak
‘Makanan anak makanan mak, Makanan mak makanan mak jugak’. Okay ini adalah satu lagi cabaran untuk seorang yang sudah berkeluarga.Sebab kebanyakkan makananan anak tak habis so terpaksalah si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka.
Apa Yang Cuba Saya Sampaikan
Apa yang menyebabkan anda naik berat badan selepas kahwin adalah akibat daripada pemakanan anda yang tidak betul bukan la side effect selepas kahwin. Sekiranya anda masih kekalkan habit menjaga kesihatan selepas kahwin anda pasti tidak akan naik berat badan.
Setiap wanita adalah berbeza antara satu sama lain, ada yang mudah terpengaruh bila melihat barang kemas, ada setengahnya suka melihat makanan yang sedap dan ada pula yang suka membeli beg tangan berjenama. Masing-masing mempunyai minat dan citarasa yang berbeza walaupun di kalangan adik-beradik.
Oleh itu sebagai pasangan hidup, suami harus memahami minat isteri kalian kerana tidak semua wanita miliki minat yang sama. Jika berkemampuan apa salahnya raikan minat dan kesukaan isteri bila tiba hari istimewanya, isteri rasa bahagia dan paling penting dapat pahala. Insyallah.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan fahami sebaiknya :
Raikan Minat Isteri
Ada isteri, dia teruja apabila terlihat gambar mahupun iklan periuk belanga mahupun bekas makanan berjenama.
Ada isteri pula, bersinar matanya apabila nampak gambar barangan kemas berkilauan.
Ada isteri yang dia lebih teruja mengumpul gajet di dapur dan peralatan eletrik terkini.
Ada isteri yang senyumnya melebar tatkala ada iklan beg tangan dan makeup berjenama.
Sebaliknya, ada isteri pula yang tidak kisah satu pun hal di atas melainkan obsesinya buku-buku dan barangan deko rumah.
Subhanallah. Bermacam ragam!
Kalau dapat menilik gambar, boleh angau dibuatnya selagi tak memiliki hal-hal ini. MasyaAllah, begitulah uniknya wanita ni tuan-tuan.
Gembira Bukan Main Dapat Kejutan
Adakalanya datang serabut alam, asyik nak bad mood, namun si dia terus tersenyum apabila dapat surprise, dihadiahkan barangan yang menjadi idaman. Alahai.. Boleh senyum simpul seminggu!
Jika suami ada kemampuan dan kesempatan, pun tak salah meraikan kesukaan para isteri ini, terutama pada hari-hari penting di dalam kehidupan kalian. Pahala tu insyallah, apabila membahagiakan dan menyukakan hati isteri.
Window shopping dan shopping memang kesukaan wanita, lazimnya walau bukan semua jenis begitu. Jika dapat isteri dalam kalangan yang lazim ini kena banyakkan bersabar ya tuan-tuan.
Jangan Pula Berlebihan
Bagaimanapun, jangan lupa mengingatkan isterimu, bahawa jangan terlalu berlebih-lebihan hingga menjadi pembaziran, kerana segala harta yang dibelanjakan pasti akan ditanya kemana pergi dan apa kegunaan dan manfaatnya untuk iman dan agama.
Buat pengumpul emas pun jangan lupa membayar zakat sebagaimana yang telah dipertanggungjawabkan. Zakat ialah untuk membersihkan harta kita.
Firman Allah SWT, bermaksud:
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur.” (At-Takathur : 1-2)
“Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah nikmati)!” (At-Takathur : 8)
MW: Bila suami meraikan minat dan permintaan isteri, jangan pula isteri mengambil kesempatan dengan kebaikan suami. Jangan berlebihan hingga membazir. Renung-renungkan sebagai peringatan bersama.