Jasa dan pengorbanan seorang mak sangatlah besar. Kasih sayangnya pada anak-anak dan keluarga tiada galang gantinya.Hinggakan ketika anak sakit, sanggup nyawa diri dipertaruhkan menggantikan derita dan kesakitan yang perlu ditanggung oleh seorang anak.Namun hakikatnya, seorang mak perlu ‘pentingkan dirinya’ sendiri, memikirkan keperluan dirinya terlebih dahulu untuk kesejahteraan seluruh isi keluarga.
Untuk fahamkan lebih lanjut, jemput baca perkongsian dan pandangan Puan Farizal Radzali ini sebagai panduan;
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru saya faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
BIAR ANAK SAKIT, JANGAN MAK YANG SAKIT
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.
Ads
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah dan makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Jangan rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa untuk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Cari ‘Me Time’ Sendiri
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas mak, tiada yang terkecuali. Carilah me time sendiri. Jangan tunggu me time itu datang, sebab ia takkan datang.
Ads
Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Hidup ini bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk dinikmati dan menyimpan bekalan untuk hari kemudian. Jangan peduli kata orang sebab orang bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan untuk orang lain.
Hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri. Bukan kerana pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta, tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, ada ketikanya seorang mak perlu ‘pentingkan diri sendiri’ untuk keperluan seluruh ahli keluarganya. Tak perlu rasa bersalah, hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri.
Sempena anniversary yang ke-9 bersama isterinya, ini pesan Ustaz Don, “Sentiasa Ada Ruang Perbaiki Kesilapan.”
Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian apabila setiap kali tibanya hari istimewa, pasti saja ada titipan atau kata-kata indah buat isteri tercinta.
Selain menghargai kasih sayang isteri tercinta, dalam masa yang sama Ustaz Don turut berkongsi tip dan doa kepada semua pengikutnya di akaun instagramnya. Kongsinya:
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Doa Ustaz Don Untuk Semua
Ini doa yang saya teringin hendak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah ampunilah andai aku mengguris hati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan mereka ke atas ku.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Mingguan Wanita : Happy anniversary Ustaz Don dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Trend suami isteri tunjuk romantis, aksi manja & eksklusif tak payahlah nak viralkan. Mak ayah di luar sana setuju tak dengan pendapat ini? Sejak akhir-akhir ini, bagaikan satu trend pasangansuami isteripamerkan pelbgai aksi romantis dan manja dan kemudiannya diviralkan.
Namun apa yang dikesalkan ialah apabila ada sesetengah individu yang sudah hilang rasa malu mempamerkan kemesraan dengan pasangan masing-masing.
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada penggunaan media sosial, bahkan seakan-akan satu keperluan pada zaman ini. Namun impak positif bagi pasangan suami isteri yang mempunyai media sosial dan menggunakannya bagi tujuan bermanfaat, hasilnya juga pasti mendatangkan kebaikan, namun jika sebaliknya ia hanya akan membawa mudarat.
Trend Suami Isteri Tunjuk Romantis, Aksi Manja & Eksklusif
Tak salah dan boleh jika ada pasangan yang nak tunjuk sweet suami, isteri di media sosial, tetapi janganlah keterlaluan hingga buat mata yang melihat tidak selesa.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Zahidah sememangnya banyak nasihat dan manfaat. Sebagai suami dan isteri kita boleh umumkan kasih sayang tidak terperi namun cukuplah dengan kata-kata. Semoga perkongsian ini memberi iktibar buat mak ayah di luar sana.
“BOLEH BERITAHU DUNIA KITA SAYANGKAN SUAMI, KITA SAYANGKAN ISTERI KITA.
Cumanya, cukuplah dengan kata-kata.
Tak perlu tunjuk dengan aksi-aksi manja.
Aksi manja itu semua, kenangan sulit dan eksklusif antara kita berdua saja dengan pasangan masing-masing.
Saya hairan dengan trend romantis dalam bilik tidur yang kian menjadi-jadi dibawa dan DITULAR di dalam media sosial.
Trend dukung.
Trend cium.
Trend usap dada.
Trend peluk manja.
Trend laga hidung dekat-dekat dengan pandangan berahi.
We are ENOUGH.
We dont need anyone to approve us or we dont have to prove anything to the world about our sincere love towards each other.
Tak perlu.
Belajar untuk simpan apa yang sepatutnya disimpan.
Itu lebih dekat dengan iman.
Jangan hanyut dengan trend yang merosakkan peradaban.
Yang mengundang murka Tuhan.
Yang merenggut berkah perkahwinan.
Yang merentap kesucian sebuah ikatan yang dihalalkan dengan nama Tuhan, yang punyai panduan dan kemuliaannya tersendiri.
Tak semua yang halal dibuat dalam rumah adalah turut halal dibuat di luar rumah.
Kadang ianya mengundang fitnah. Dan Islam mengajar kita untuk jauhkan diri dan keluarga samada dari fitnah perbuatan orang lain, apatah lagi fitnah dari perbuatan diri sendiri,” perkongsian cukup bermakna daripada Puan Sharifah Zahidah.
Tak berkesan! Nanti nampak dah sejuk sikit, baru datang dekat.
Isteri Buat Muka, Mesti Ada Sebab Tak Kena Tu
Iya mak-mak. Suami ni.. kadang nama je suami. Tapi bab nak fahamkan hati seorang isteri. Ya ampun.. susahnya nak hadam.
Ego kah?
Jatuh air muka kah?
Rasa harga diri dipijak-pijak kah?
Sebenarnya isteri tu nak suami dia rasa apa keinginan yang ada dalam hati dia.
Ambil berat pasal dia. Kalau dia nak pergi kerja, walaupun dia boleh drive sendiri.. suami kena tanya, “nak abang hantar tak ni?”
Walau pun masa itu kau penat gile baru balik kerja. Dia tak nak tau semua tu.
Dia cuma nak kau tanya, care pasal dia, ambil berat susah payah dia yang kejap lagi nak pergi kerja ni..
Nanti bila dia dengar kau tanya macam tu. Taknya pun dia suruh hantar.
Paling tidak dia akan balas, “takpelah.. awak penat tu. Saya boleh pergi sendiri.”
Bila dia jawab macam tu. Jangan kau ingat tugasan kau dah habis bro. Silap tu!
Perempuan Ini.. Memang Manusia Paling Kompleks
Tanya lagi, “Betul ni.. abang tak nak jadi apa-apa kat awak tengah jalan nanti. Abang sayang awak tau.”
Haa.. masa ni kau tengok reaksi dia. Kau ingat bila dia dengar perkataan ‘sayang awak’ tu dia nak ke hentak-hentak kaki lagi.
Paling tidak. Dia lari kat kau, salam dan cium tangan.
Iya.. perempuan ni memang manusia paling kompleks.. komplikated. Semualah.
Kau memang takkan faham emosi dia yang kejap naik, kejap turun tu.
Tapi isteri bukanlah nak suruh kau faham sampai tahap PhD pun.
Cukuplah kalau kau dapat rasa sedikit emosi yang dia lalui tu. Empati tu bang!
Sebelum Tahu Punca, Jangan Dituduh Isteri Tu Degil
Payah rupanya nak dapat empati suami ni. Lagi suami cakap isteri mengada, degil tak dengar kata lagi ada.
Ewah! Ewah! Kita pun dari rusuk kiri dia. Siapa yang degil sebenarnya ni.
Dan bila suami sudah me ‘tone down’ kan egonya sendiri, dia akan dapat bahagia yang dicari dengan isterinya.
Isteri pun, bila suami dah boleh terima.. mula belajar nak berempati dengan isteri.. jangan kau naik lemak pulak.
Minta macam-macam, sampai kau ingat laki kau tu tokey Genting Highland.
Tak boleh macam tu.
Kena sama-sama, tolak ansur dan kita pun kenalah juga ada empati dengan suami. Kau faham tak empati tu apa? Haa.. google lah sendiri. Banyak dah curhat ilmu ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.