Setiap wanita yang bergelar “mak” pasti susah hati setiap kali berjauhan dengan anak. Acapkali terpaksa berjauhan dan anak tiada di depan mata, pasti berjela-jela pesanan dan doa buat si anak.
Tidak kiralah ke mana pergi, pasti doa seorang mak sentiasa mengiringi.
Ustazah Asma Harun juga tidak lari daripada kebiasaan ini. Setiap pagi pasti dia akan mengosok kepala anaknya dan akan bacakan zikir dan Surah Ar-Rahman. Ikuti perkongsian daripada suami ustazah tentang rutinnya:
Ikuti perkongsian,Tengku Fazli Tengku Yahya :
Kebiasaannya masing-masing akan menghulurkan kepala kepada umminya sebelum ke sekolah. Raihanah pun suka, dia pun beratur sama. Suka kepalanya digosok-gosok umminya walaupun baru tiga tahun, lalu dibacakan:
1. Ya Hafiz (Yang Maha Menjaga) Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara) – dibaca tiga kali .
2. Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 4.
3. Dipesan احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ (jagalah Allah, Allah akan menjaga mu).
Dengan harapan kepada Allah jualah diserahkan anak-anak untuk dijaga. Dijaga akhlak mereka dan dipelihara diri mereka. Kerana di sekolah dan dimana-mana, Allah jualah sebaik-baik penjaga dan pemelihara.
Kemudian, dihulurkan kepala ke dalam kereta..
Jom Abi, dah lewat ni… Baik…
2 Hari ini Ummi dan Abi ke Perak setelah bercuti bersama tiga hari, nanti Ummi doakan dari jauh dan ada yang menghantar ke sekolah.
Alhamdulillah, mereka juga ternanti-nanti rutin malamnya…
Gambar dibawah Abi rakam ketika Ummi Asma Harun tinggalkan amanah dalam fail masing-masing sebelum keluar beberapa hari untuk dakwahnya.
Sumber: Tengku Fazli Tengku Yahya
Baca sini :
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan rutin serta amalan mak-amak setiap hari. Harapnya anak kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.