5 Sebab Mak-mak Teruja Scan 3D/4D, Bakal Ayah Wajib Hadam

Sekarang ini dah canggih, sebelum bayi keluar, mak ayah dah boleh tengok wajah permata hati waktu dalam perut lagi. Mak biasanya yang lebih teruja nak scan 3D/4D bayi dalam kandungannya. Ayah pun boleh merasai pengalaman indah ini. Pengalaman sebegini memang menyeronokkan.

Sebab itu waktu nak buat imbasan 3D/4D ultrasound ayah perlu ada di sisi. Barulah emosi teruja isteri dapat dihayati. Tidaklah, isteri scan babynya sendirian. Nak tahu sebab apa?

Ini 5 Sebab Mak-mak Teruja Scan 3D/4D

 

5 Sebab Mak-mak Teruja Scan 3D/4D, Bakal Ayah Wajib Hadam
Kredit foto : thesurreyparkclinic.co.uk

 

1. Kenangan Masa Bayi Dalam Kandungan

Inilah masanya untuk mak-ayah simpan kenangan wajah janin masa dalam kandungan. Sesetengah doktor yang prihatin akan berikan mak-ayah gambar janin versi bercetak. Kebiasaannya mereka cuma dibekalkan dengan gambar-gambar yang disimpan dalam CD.

2. Merasai Kebesaran Yang Maha Pencipta

Waktu disahkan hamil, syukurnya kita pada hadiah Allah ini sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata. Bila dapat tengok muka bayi dalam kandungan melalui scan 3D/4D, semakin terasa dekat dengan kekuasaanNya. Bertambah kerdil rasa diri ini melihat sifat ar Rahman Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Ads

3. Nak Tahu Bayi Kita Sihat Atau Sebaliknya

Pemeriksaan rutin mak-mak dah sedia maklum dengan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan. Dengan scan 3D/4D mak-mak boleh tengok dengan lebih detail tentang hal ini; raut wajahnya ikut siapa, pergerakannya macam mana, air ketubannya terlebih atau terkurang, kedudukan tali pusat atau tulang belakangnya sempurna atau bagaimana, degupan jantungnya dan fizikalnya yang comel-comel belaka.

4. Makin Kasih Pada Isteri/Suami

Bila scan bayi, suami kenalah temankan isteri di sebelah. Waktu scan dibuat, suami isteri akan rasa lebih dekat, lebih kasih setiap kali mendengar penerangan doktor tentang anak mereka. Tapi katakan, suami tak dapat nak meneman. Isteri jangan pula merentan, sebaliknya redha dan jalani setiap keputusan imbasan dengan bahagia.

5. Masa Yang Sesuai

Sebaiknya lakukan scan 3D/4D ini masa kandungan dah mencecah 7 bulan ke 8 bulan. Jangan lewat sampai 9 bulan, sebabnya nanti tak nampak keseluruhan keputusan seperti yang diharapkan. Kalau awal sangat pun tak digalakkan. Masa itu, pembentukan bayi dalam kandungan belum sempurna. Bimbang ibu terkejut dan patah hati bila tak dapat lihat sebagaimana yang ibu angan-angankan.

Ads

 

5 Sebab Mak-mak Teruja Scan 3D/4D, Bakal Ayah Wajib Hadam
Kredit foto : youtube.com

 

Semasa Dalam Kandungan, Ini Yang Bayi Belajar

Pegang perut mak mengandung 7 bulan. Seronoknya bila dapat rasa gerakan janin ke kiri, ke kanan, atas-bawah. Mak beri salam, “Assalammualaikum sayang…” Lagi laju dia berpusing. Allah… hati mak berdegup bahagia.

Ads

Mak dapat rasa, janin dalam perutnya juga merasakan perkara yang sama. Dia mendengar salam ibunya. Dia sambut dengan gerakan bahagia. Rupa-rupanya janin yang duduk di alam rahim pun belajar 3 perkara ini.

Pertama : Bayi Boleh Terjemahkan Perasaan

Sejak dalam kandungan, bayi telah mengekspresikan perasaan sebagai contoh ketika melakukan ujian imbasan (scan) bayi anda akan tersenyum. Begitu juga dari segi pemakanan, bayi akan cenderung atau gemarkan makanan yang ibunya makan ketika dirinya berada di dalam kandungan.

Pemakanan ini akan mempengaruhi rasanya ketika dilahir kelak. Oleh itu, jagalah pemakanan kerana andalah yang menentukan apa makanan yang anak anda gemari.

Kedua : Bayi Kenal Suara Ibu Sejak Dalam Rahim

Anda salah jika beranggapan bayi mula mempelajari bahasa atau bunyi setelah dilahirkan. Sebaliknya dari dalam kandungan, bayi sudah mula mengenal bahasa di sekelilingnya. Jika tidak, bagaimana dia terasa begitu akrab dengan ibunya sebaik sahaja dilahirkan kerana dia telah mula mengenali suara ibu sejak di dalam perut.

Ketiga : Bayi Pun Belajar Bertutur

Pada trimester terakhir, mekanisma otak dan pendengaran telah berhubung dengansebaiknya. Oleh itu,  berikan ruang buat janin mempelajari sesuatu seperti mendengarkan dia muzik dan memberi kata-kata positif  buatnya. Anda perlu sentiasa bercakap dengan bayi yang anda kerana mereka mendengar apa yang anda katakan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI