Macam-macam kaedah rawatan perubatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Salah satunya doktor terpaksa memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada wajah wanita sebagai satu prosedur sebelum pembedahan boleh dijalankan.
Xiao Yan, 23 tahun, daripada Longjing, China dilahirkan dengan tanda lahir besar di wajah, yang juga dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus. Ia dialami 1 daripada 100 kelahiran.
Semakin lama tanda lahir pada wanita ini mula menjadi sel kanser dan terpaksa dibuang dengan segera oleh beberapa doktor pakar di Shanghai Ninth People’s Hospital, China.
Walaubagaimana pun, prosedur membuang kanser ini bukanlah perkara yang mudah. Doktor perlu memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada bawah wajahnya untuk menjadikan kulitnya tegang, serta tisu kulit baru dapat dihasilkan. Ia sebagai sebahagian daripada prosedur pembedahan untuk membuang tanda lahir tersebut.
Xiao Yan mula rasa sakit pada tanda lahir tersebut sejak Mac lepas. Setelah melakukan pemeriksaan , doktor mendapati tanda lahir tersebut menunjukkan wujudnya sel-sel kanser yang merbahaya.
Selain, terpaksa memasukkan 4 belon pada wajah, Xiao Yan juga terpaksa menghadapi 5 proses pembedahan lain yang amat menyakitkan demi meyelamatkan nyawanya.
Buat masa ini, Xiao terpaksa menggunakan topeng untuk berjalan dikhalayak umum dengan wajahnya yang sebegitu.
Congenital Melanocytic Nevus merupakan sejenis tanda lahir yang selalunya berada di kepala mahupun leher. Tanda lahir ini akan semakin membesar dan selalu menjadi lebih tebal seiring peningkatan usia. Ia dipercayai berlaku berpunca daripada mutasi sel pada tubuh ketika diawal proses kehamilan.
Kasihannya.Semoga pembedahan wanita ini berjaya. Semoga cepat sembuh.Macam-macam jenis penyakit ada, tanda lahir pun boleh menjadi sel kanser.
Sumber:factswt