Sebagai mak-mak kita pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Segala perkara, tip dan petua diusahakan agar anak lebih fokus, peka, mudah belajar ketika belajar. Lebih-lebih lagi jika anak bakal mengambil peperiksaan besar tak lama lagi.

Salah satu usaha yang mak-mak boleh lakukan adalah melalui amalan pemakanan anak-anak. Salah satunya dengan memberikan anak air rebusan campuran goji berry dan kurma cina. Ia merupakan amalan kesihatan orang cina yang dipercayai dapat membantu anak untuk lebih peka, terang mata dan baik untuk kesihatan.

Jemput baca perkongsian daripada Puan Roszita Fathrul Jaman ini;

“Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam.Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam.Hanya 2 jenis bahan sahaja.No GULA!”

Ada Sebab Cikgu Tuisyen Suruh Minum Campuran Goji Berry+Kurma Cina Setiap Hari

“Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam.Orang-orang cina pasti tahu kan
Sebabnya minuman nie amalan orang-orang Cina.Banyak kelebihannya”

Ads

“MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM.Mana yang baik kite cuba demi anak-anak.Tak salah mencuba perkara yang baik-baik.Tak kisahlah amalan mana-mana.Asalkan bukan yang jahat-jahat”

“Cara masak sangat-sangat senang.Campurkan 2 bahan nie.Masak guna slow cooker lagi bagus.Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati.Biarkan masak beberapa jam”

Ads

Ada Sebab Cikgu Tuisyen Suruh Minum Campuran Goji Berry+Kurma Cina Setiap Hari

“Kalau takde slow cooker boleh saja pakai periuk.Masak api perlahan selama beberapa jam.Lagi lama lagi bagus.”

Ads

Ada Sebab Cikgu Tuisyen Suruh Minum Campuran Goji Berry+Kurma Cina Setiap Hari

“Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina.Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq.”

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bolehlah cuba diamalkan menjadi asbab agar anak-anak lebih peka ketika belajar, terang mata dan lebih sihat.

Sumber:Roszita Fathrul Jaman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI